Wednesday, October 31, 2012

Jom Ke Sabah Negeri Bawah Bayu

Berjumpa lagi dalam post yang terbaru.Kali nie kami akan kongsikan dengan anda pengalaman kami melawat ke Kota Kinabalu, Sabah. Perjalanan menaiki kapal terbang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit dari Kuala Lumpur. Rasanya tak lah lama sangat jika anda membawa apa-apa majalah untuk dibaca semasa dalam perjalanan untuk menghilangkan bosan. Tempat yang menarik kali ini yang sempat kami lawati dan singgah adalah Kundasang, Poring ( Kolam Air Panas ), Tuaran ( Rumah Terbalik ) , Pulau Manukan , Jesselton town dan Sabah Tea Garden. Kali nie kami menyewa van selama 2 hari untuk perjalanan ke Kundasang serta dengan bantuan GPS ( Gamin ) untuk ke sana.  Nak tahu lebih lanjut tavelog kami, jom ..jom..tengok gambar-gambar yang telah diambil oleh photographer yang diimport khas dari Semenanjung Malaysia .


Nie lah rupa bentuk muka bumi Kundasang yang bergunung ganang serta berkabus di waktu pagi.

  
Di sini lah kami menginap untuk hari pertama iaitu Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa . Hotel nie dikatakan antara hotel yang tertinggi terdapat di sekitar Kundasang, Sabah



Pemandangan dari atas hotel. Tempat parking yang luas .



Salah seorang pengunjung sedang berposing berlatar belakangkan Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa. Nie kali pertama lah katakan


Antara rekabentuk chalet yang menarik terdapat di sini.


Berposing skali sebelum balik ke semenanjung Malaysia



" Tiru macam saya " kata Faiq kepada Najla di atas Jambatan gantung



Aksi bersahaja di hadapan lensa. 




Puan Nabilah juga sempat berposing ala-ala model muslimah masa kini. Ada style doh tapi beg duit tu kalau simpan tempat lain lagi menarik.




Di sini juga disediakan tempat untuk melihat kaki gunung Kinabalu . Tak perlu pergi jauh-jauh.



Lihatlah kaki gunung kinabalu yang berkabus di belakang tuu...udara pun segar dan nyaman di sini



Tidak ketinggalan photographer nak berposing sekali bersama anak-anak beliau. Terima kasih kepada En.Mujtaba selaku pembantu photographer yang turut serta dalam travelog kali nie.




Besarnya batang pokok nie.. cuba teka berapa ratus tahun umur pokok nie ??



Berposing gaya bebas memeluk pokok tua




Tu dia Faiq dan Nabihah  turut bergambar bersama mak ngahnya dari Perlis .




Aksi model kanak-kanak muslimah . Sesiapa berminat dengan model nie boleh lah contact admin. blog nie



Amboi ... Cik adik nie sedang asyik  memetik bunga di Taman Larangan  hingga tidak sedar aksinya di rakam lensa 



memperkenalkan adik saya " Cik Najla Fikriyyah " kata Nabihah




Nie pun gaya bebas. Tak tahu mana dia dapat idea nak buat aksi sedih nie



Macam biasalah Faiq menjadi model yang tidak asing lagi dalam blog ini.  Tempat nie memang best untuk anda dan keluarga lawati kerana ianya sebahagian dari tempat percutian di Tanah Tinggi seperti Cameron Highland, Genting Highland dan sebagainya . oklah..cukup dulu setakat ini sebagai permulaan untk Travelog ke Sabah. Nantikan post-post yang lebih menarik pada masa akan datang dengan gambar-gambar yang penuh warna - warni.. byee...byee..

Sunday, October 21, 2012

Jom Bersantai di Awana Genting Golf Resort


Post kali nie saya nak share antara tempat yang saya suka lepak dan berehat setiap tahun  iaitu di Awana Genting Golf Resort. Rate di hotel ni tidaklah mahal sangat serta berpatutan. Walaupun hotel Awana ini dikira antara hotel yang lama tetapi dari segi kemudahan serta strukturnya yang ada adalah terpelihara. Hotel pun bersih serta ruang bilik yang agak luas untuk yang sudah berkeluarga. Antara yang paling best di sini adalah time breakfast dan lunch . Hotel nie menyediakan pelbagai juadah pagi dan tengahari serta kualitinya juga adalah terjamin jika dibandingkan dengan hotel-hotel lain Suasana yang dingin serta sejuk juga di sini membuatkan kita rasa selesa serta boleh menghilangkan " stress " .  


 Nie adalah pandangan dari arah hadapan ..Kaunter Reception terletak di sebelah dalam 



 Ada kemudahan lif yang banyak ..kita tak perlu menunggu lama



Kat sini pun adalah kolam buatan serta ikan peliharaan yang pelbagai jenis dan warna.. kena hati-hati bila melepasi jambatan pendek ini



 Di waktu pagi anda boleh bersenam serta berriadah untuk meregangkan otot-otot  seperti di atas



 Lagi aksi riadah di atas ..okey ke kanan pulak ..



Waa..kat sini pun ada kerbau yang sangat jinak ..tengok tuu Bihah berani naik kerbau tuu..




 Jomm..kita pakat naik ramai-ramai kerbau nie ..1,2,3,..jalann...



 Tidak lupa juga .. Puan Nabilah pun nak berposing dengan kerbau jinak sambil memegang tanduknya



 Wajah keriangan anak-anak Penulis semasa di Awana Genting



 seperti biasa Faiq akan membuat gaya yang tersendiri


nie adalah pemandangan yang boleh anda nikmati bila berada di Awana Genting Golf Resort . Biasanya pada waktu pagi ianya akan kelihatan berkabus dan suhu di sini agak sejuk. Jadi kenalah bawa baju yang tebal-tebal sikit. Oklah setakat ini dulu untuk post kali ini. Nantikan post yang lain pulak nanti untuk lokasi yang lebih menarik iaitu Kundasang, Sabah..
Add caption

Tuesday, October 2, 2012

RIANG RIA DI GENTING HIGHLANDS

Berjumpa lagi di post terbaru . Kali nie kita akan melawat ke Taman Tema Genting Highlands, Pahang . Kita pergi bersiar-siar di dalam negara pulak . Kata orang banyak lagi tempat-tempat menarik di dalam negara sendiri untuk dilawati. Kat sini juga adalah sesuai umtuk kanak-kanak serta orang dewasa mencuba pelbagai permainan indoor dan outdoor yang disediakan di sini. Nak tahu lebih lanjut pasal tempat ini, jomm kita tengok gambar-gambar di bawah ini .


Bangunan yang berwarna warni tu adalah First World Hotel . Hotel ini mempunyai lebih dari  6100 bilik untuk pengunjung yang datang ke sini dan dikatakan antara hotel yang terbesar di dunia. Kalau nak tahu bagaimana rasanya tinggal di sini kenalah datang dan bermalam di sini.

   

Ini adalah gambaran yang sempat di ambil dari bawah di waktu pagi  serta masih berkabus .Kelihatan tali kabel untuk mereka yang ingin naik ke Genting Highlands melalui Skyway.  Ia bermula dari stesyen skyway dari Gohtong Jaya hingga ke puncaknya. Jarak perjalanan ke atas melalui kabel ini adalah sejauh 3.8km dan kita boleh lihat pemandangan yang menarik  . Tiket yang dikenakan adalah RM 4-00 untuk sehala dan RM 7-00 untuk pergi dan balik.  



Lagi pemandangan Genting Highlands yang diambil di kala cuaca cerah



Kalau nak tahu kat bawah tu adalah stesyen Skyway untuk naik ke atas



waaa..kat sini pun ada dinasour Tirex yang makan orang  .. besarnya dan nampak seolah-olah binatang ini hidup




Kat sini pun ada dinasourland..anda boleh tengok pelbagai spesies dinasour yang terdapat di sini.



Anda juga boleh menaiki bot berbumbung ini yang direka khas untuk mengelilingi kawasan ini melalui bot ini dan semua dinasour akan menunggu kedatangan anda sambil berbuyi yang pelik-pelik


waaa..tengok tuu seorang ibu yang sedang mendukung anaknya berada dekat dengan dinasour berleher panjang ..tak takut ker...


Sekali sekala penulis berposing dengan memakai cermin mata gelap ..hai semua ..



Cik Najla kelihatan sangat teruja naik kuda yang bergerak dan ini adalah kali pertama beliau sampai ke sini

" We are friend Forever " Cik Nabihah bersama kawannya Cik Sofea ketika berjumpa di Genting Highlands



Jika anda gayat jangan  naik permainan ini



macam kon aiskrim 


Cik Najla sangat gembira dapat naik anak gajah 


ini pula permainan anak gajah yang boleh terbang dan berpusing-pusing


tu dia faiq sempat berposing bersama kawannya Samir


ini pulak permainan cawan yang boleh berpusing-pusing 180 darjah


Permainan ini hanya sesuai untuk orang dewasa sahaja dan bagi yang sukakan cabaran yang lasak
Permainan ini juga untuk orang sihat jantungnya dan bagi yang suka menjerit-jerit



Ada apa kat belakang tuu.. orang belakang pun senyum jugak


Kelihatan deretan kedai yang menjual pelbagai barang dan souvenier ..tapi kena bawa banyak duitlah


waa..bukan main suka faiq boleh naik kren  angkut barang dengan kawannya 


Cik Nabihah menaiki kereta dengan adiknya 


Jadi driver keretapi pulak 

posing sekali ..ada sapa-sapa nak ambik saya jadi model majalah


Acara berlumba kuda pulak ..kuda siapa paling cepat dan laju



Naik kereta rusa tuu ...best ! best ! best !



Naik kereta lumba pulak ..tapi kat sini tak boleh laju - laju

Tingginya ..semua kuat semangat naik bende alah nie dan kena pegang kuat-kuat ..boleh tengok pemandangan sekeliling Taman Tema nie.. oklah cukup dulu setakat ini pasal Taman Tema Genting Highlands nie ,Kalau nak tahu apa lagi yang menarik di sini kenalah datang sendiri .. bye..jumpa lagi di post yang lain pulak..