Pages

Monday, May 14, 2012

Mengintai Kelah di Santuari Kelah, Tasik Kenyir


Kali nie penulis ingin mengajak anda menjejaki suatu tempat yang jarang kita temui di Malaysia iaitu Kelah Santuari Tasik Kenyir. Ianya terletak di Sungai Petang iaitu 21km dari Pengkalan Gawi, pintu masuk utama ke Tasik Kenyir. Perjalanan dengan speedbot laju memakan masa lebih kurang 1 jam dari Pengkalan Gawi.  Manakala perjalanan ke lubuk kelah memakan masa lebih kurang 30 minit dengan berjalan kaki. Nak masuk ke sini dikenakan permit sebanyak RM 10-00 seorang .  Nak tahu macam mana rupanya tempat ini jom kita terokai melalui gambar - gambar yang sempat saya snap baru-baru nie ..Jom..jom ..kita jalan- jalan tengok alam ..


 Nie adalah tempat persinggahan ataupun kaunter untuk check in.. Semua pengunjung kena lah lepas tapisan keselamatan di sini yang mana dijaga oleh renjer Jabatan Perhilitan. Alat-alat memancing serta makanan ikan seperti pelet adalah di larang untuk di bawa masuk.maklumlah species jenis ikan yang dijaga rapi. Pelet ikan ada dijual di sini untuk pengunjung-pengunjung yang ingin memberi ikan kelah makan nanti.


Nak sampai ke Santuari Kelah nie kenalah menaiki bot  yang disediakan di sini...jom ikut kami ..

 


 Shoot gambar sendiri skali ..hee..hee..jangan mare yer .. sebab saya tak percaya kalau orang lain shoot mesti blurr...


Lihatlah keadaannya airnya yang tenang. Kat sini ada jugak ikan kelah tapi kawasan ini adalah kawasan larangan.



Lagi panorama air sungai yang tenang 



Tu dia sebahagian daripada pengunjung baru sampai ..


Nie adalah sebahagian daripada batu batan yang unik yang terdapat di sini



Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi ..penulis ingin berposing sikit ..


Kali imi rombongan yang akan ke Santuari Kelah agak ramai sikit. Kebetulan pada masa nie ada 2 kumpulan yang sama - sama turut serta dalam misi menjejaki kelah ini. Apa-apa pun kata orang lebih ramai lebih meriah..


Nie adalah sebahagian daripada lubuk kelah yang terdapat di sini. Airnya yang jernih dan sejuk dikatakan antara faktor ikan kelah suka tempat - tempat sebegini.


NIe adalah antara ikan kelah merah dan kelah kejor yang bermain - main di tepi sungai ini .


 Lagi anak -anak ikan kelah yang bermain-main


anak- anak kelah yang bermain di tepian sungai


Kelihatan pengunjung sedang bermain-main dengan ikan kelah di tepi sungai yang cetek . Nie baru sebahagian ajer ..nak tengok lebih banyak ikan kelah merah dan ikan kelah kejor .Jom kita jalan lagi ke tempat lain pulak. Nak ke sana anda kenalah berjalan kaki



Nak sampai ke lubuk kelah kejor nie kenalah ikut jejak - jejak yang telah disediakan. Kata orang putih jungle tracking ..biar lambat asalkan selamat ..



tu dia en. Saipul sempat berposing kejap ..peace.. ada gaya macam Mat Salleh doh..




Sesetengah tempat kelihatan agak sedikit mencabar dan ianya menguji ketahanan mental dan
fizikal kita 


nie adalah pokok penaga yang berumur beratus tahun 



okey setelah penat berjalan menempuhi segala halangan serta rintangan  akhirnya sampai jugak ke Lubuk Kejor 



Nie lah pemandangan di sekitar Lubuk Kejor yang famous tuu..


  
Amazing ...lihatlah betapa jinaknya ikan kelah tersebut bermain - main.. suatu pengalaman yang tidak pernah ditemui sebelum ini 


Ada jugak yang mengambil kesempatan untuk mengambil gambar dengan handphone  untuk kenangan serta nak tunjuk kat kawan-kawan bila balik nanti


Kelihatan pelawat wanita pun agak teruja apabila melihat ikan kelah yang semakin banyak mengerumuni mereka 


Tak sabar dah tuuu... sempat lagi posing ..



 Horeee..horee..saya berjaya menangkap ikan Kelah



 Wah ! Wah ! boleh main tangkap ikan kelah guna baju tuuu...hebat - hebat ..



kat sini pelawat - pelawat hanya dibenarkan untuk bermain-main dengan ikan kelah di kawasan bertali sahaja kerana di kawasan tengah tu dikatakan agak dalam ..



Skali skala penulis tidak melepaskan peluang untuk megambil  gambar di saat - saat yang  jarang kita temui 



Horee..horee...banyaknya ikan kelah ..



 Tak tahu brapa kilo dah nie ..pakcik kayooo...




Ketika dalam perjalanan pulang kami terserempak dengan rama-rama yang terdapat di sini 


Lagi spesies rama-rama yang terdapat di sini



Setelah seronok bermain dengan ikan kelah sampai masa untuk pulang ..semua nampak begitu happy skali 



okey lah ..cukup dulu setakat ini untuk post yang sempat saya update untuk tatapan semua. Moga ianya menjadi info yang berguna bagi mereka-mereka yang bercadang untuk datang sendiri ke Santuari Kelah ini di Tasik Kenyir. . Bagi yang sukakan adventure serta melihat keindahan alam semulajadi, di sini adalah anatara tempat yang wajib anda pergi ...bye ..bye ..keep in touch ....jumpa lagi di dalam post yang lain pulak nanti ..

Wednesday, May 9, 2012

Bersatu dengan alam di Tasik Kenyir 2012

 




















Baru - baru ini saya sempat mengikuti program Survival Trip 2012 di Tasik Kenyir sepertimana promo di atas. Ini merupakan kesinambungan program yang diadakan hampir setiap tahun oleh Terengganu BAR. Tapi tema kali ini adalah " Bersatu Dengan Alam ". Nak tahu apa yang bestnya trip kali ini, jom kita tengok foto - foto yang sempat saya snap untuk kenangan dan memori bersama. Kata orang gambar boleh menceritakan segala-galanya.

















































Nie lah antara bot kembara yang dinaiki oleh peserta - peserta Trip kali ini. Bot yang telah diubahsuai imi agak menarik serta selesa. Ada astro lagi.. Tempat ini dinamakan kawasan Air Terjun Lasir antara lokasi yang terkenal di Tasik Kenyir.

 

Tu dia semua kelihatan gembira apabila bot bersedia untuk melabuhkan sauhnya. semua kelihatan bersantai sambil menghirup udara segar di Tasik Kenyir ini . Perjalanan ke sini tidaklah membosankan bagi pecinta alam.



Bot telah selamat melabuhkan sauhnya 




Ketika kami  sampai juga terdapat pengunjung-pengunjung lain yang telah beberapa hari berada di sini untuk memancing. Maklumlah kaki pancing di sinilah lubuknya.



Lagi pelbagai jenis bot yang telah diubahsuai untuk keselesaan pengunjung-pengunjung Tasik Kenyir yang datang untuk berehat serta memancing .

 
 Lihatlah pemandangan yang tenang ketika kami baru sampai di sini..



Suasana air yang tenang sehinggakan menimbulkan refleks awan di dalam air 




Ini adalah antara anak air terjun yang dapat dilihat di luar kawasan Air Terjun Lasir  ini.  Di kawasan ini juga dikatakan antara tempat yang banyak ikan seperti sebarau, toman, lampam dan sebagainya kerana ikan suka bermain-main di anak air terjun tersebut.



Berposing secara solo 

 

 Tu dia ada antara pengunjung yang tidak sabar-sabar untuk mengambil gambar ikan yang banyak di kawasan ini ..kali pertamalah katakan ..nak tahu ikan apa tu..nanti tengok gambar-gambar di bawah nanti..





 Ada juga yang terus mengeluarkan joran untuk memancing di tepi bot ..sabar-sabar bang ...



 Bersembang - sembang pun best jugak sambil memancing di sini ..



 Nie lah ikan lampan yang paling banyak di sini ..boleh nampak dengan airnya yang jernih ..tapi nak mengail ikan lampan kenalah ada skil dan ilmu di dada.. biasanya ikan lampan boleh diumpan dengan pelet ataupun roti.


Kat sini pun skali skala ada juga line telefon tetapi singnalnya agak tidak stabil.



Nak ikat mata kalil pun kena ada skil , kesungguhan dan kesabaran  




Alang - alang dah sampai kat sini , berposing skali dengan gaya bebas..siapa paling macho ..


Pasal makan minum semua telah disediakan.. bukan senang nak jumpa makan serta berkelah beramai- ramai macam nie di Tasik Kenyir


Lepas makan boleh lah berehat serta melihat keindahan alam di sekeliling 




 
Peserta kali ini agak ramai serta terpaksa menyewa 2 bot  dan bila 2 bot dicantumkan menjadikan kawasan untuk bersantai agak luas. Lihat lah ada jugak kanak-kanak yang boleh bermain dan melompat-lompat di atas bot ini.



 Ada yang berehat serta membaca surat khabar...aktiviti bebas..



Nie adalah gambaran apabila bot disatukan ..



Best ! Best ! Best ! saya suka trip kembara ini .. suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan..


 Walaupun berada di Tasik Kenyir tanggungjawab kepada pencipta tidak pernah dilupakan.. Kelihatan Muazzin sedang melaungkan azan di Tasik Kenyir .. Mungkin ini adalah kali pertama azan dilaungkan di tasik ini untuk mengajak bersolat berjemaah.


Setelah bersolat jemaah,  kat sini pun kami masih boleh melihat tv ( astro ) untuk melihat perkembangan semasa yang berlaku di luar . Tetapi keadaan di sini adalah lebih tenang kerana jauh dari hiruk pikuk kenderaan. dan bunyi bising


 Dinner time ..masakan baung tuuu.. semua beratur ...


Terasa seperti waktu bersekolah di asrama semasa muda-muda dahulu ..penuh nostalgia ..


Wahh...wahh..antara tangkapan yang berjaya dinaikkan di sini .. masing-masing telah menunjukkan skil mengail tuuu..




Horeee...horee...inilah tangkapan saya .. wajah-wajah penuh kegembiraan ..




Sebelum beredar ke lokasi lain pula saya sempat berposing sekejap di sini.. Gambar ini di ambil pada awal pagi iaitu ketika kabus masih lagi kelihatan.. Terima kasih kepada Zuhal Nakhoda



Ketika senja kita kami berpeluang melihat mentari terbenam di ufuk barat .. Suasana yang jarang kita lihat serta amati saat - saat ini.. Setakat ini dulu untuk post kali ini..nantikan post yang lain pulak yang lebih menarik. Nanti kita akan menjejaki  pula ke Kelah santuari untuk bermain-main dengan ikan kelah. Suatu pengelaman yang tidak akan dapat dilupakan seummur hidup ..nantikan keluaran post yang lain kelak ..