Selamat berjumpa kembali di dalam post terbaru kami. Kali nie kita akan melawat pula ke tempat yang lebih menarik iaitu Guilin, China. Perjalanan dari KLIA2 ke airport Guilin mengambil masa lebih kurang 4 jam. Jadi kena pandai-pandailah memenuhi masa semasa dalam flight nanti. Kali ni kami akan di bawa oleh Malaysian Harmony Tour & Travel Agency dengan menaiki bas mini untuk melihat apa yang menarik terdapat di sini. Nak tahu apa yang menarik ... jomm ikut kami ...kita naik bas warna biru nie ..
Begini lah sebahagian gambaran kesibukan bandar Guilin
setiap hari.Kat sini kebanyakan rakyatnya menggunakan skuter/motosikal yang
menggunakan elektrik ( bateri ) dan had kelajuan dibenarkan dalam bandar adalah 60 km/j. Mereka
juga tidak diwajibkan memakai topi keledar melainkan motosikal yang
menggunakan minyak sebagai bahan bakar. Manakala had kelajuan di highway pulak hanya 80km/j. Jadi kat sini tidak banyak
kemalangan maut berlaku apabila had laju di dalam bandar hanya 60km/j. Mat rempet pun susah nak jumpa kat sini.
Ok tempat yang pertama yang akan kita lawati adalah " Guilin Cable Car " . Ni adalah stesyen cable car untuk naik ke puncak gunung Yao . Gunung ini terletak di utara Guilin dan merupakan gunung yang tertinggi di bandar Guilin dengan ketinggian 909 meter.Ianya terletak 12km dari bandar Guilin. Keadaan pemandangan dari puncak gunung ini dikatakan berubah-ubah mengikut musim . Tapi kali ni kita akan melihat suasana di musim panas.
Sebelum naik cable car ..sempat lagi berposing di hadapan kereta kebal nie . Kereta ni tak ada jual kat Malaysia .
Waaa ...lihatlah betapa indahnya pemandangan dari atas yang dipenuhi dengan gunung ganang yang menghijau. Suatu pemandangan yang jarang dapat kita lihat sebegini rupa di Malaysia. Allah Maha Besar ..
Perjalanan ke puncak gunung ni mengambil masa yang agak lama juga lebih kurang 45 minit untuk naik dan turun dari gunung. Maklumlah
ketinggiannya 909 meter. Ianya tidak jemu kerana tapi kita akan dapat melihat pemandangan
sekelilingnya yang menghijau sepanjang 1.4 km perjalanan ini.
Lihatlah betapa indahnya gunung ganang ciptaan Allah yang dijadikan sebagai pasak bumi. Rasanya di sini kurang terjadinya gempar bumi bila banyak gunung ganang di sini.
Ada jugak pengunjung yang membawa payung sendiri untuk berlindung dari panas matahari dan hujan. Relaks jee tengok diorang tuu ..
Lagi pemandangan gunung ganang dari aras tinggi
Ini adalah lorong yang penuh ukiran dinding yang terdapat di atas kemuncak gunung ini
Ini adalah Puan Nabilah yang berposing bersama anaknya Muhammad Fahim Nadzran yang baru berumur 8 bulan di puncak pergunungan Yao. Sungguh teruja sekali dan tidak ramai rasanya ibu yang berani melakukan aksi sebegini. Ia memerlukan ketabahan dan semangat keberanian yang sangat tinggi. Syabasss Malaysia Boleh ..
Horeee..saya pun dah sampai ke puncak gunung ..kata Fikri Najwan yang baru berumur 2 tahun . Beraninya dia naik kereta kabel nie ...
landing time ....cepat-cepat turun ...
Jom kita teroka apa yang ada di puncak gunung ini ...
Suasana landskap yang teratur dan kemas
Tidak kurang juga peniaga yang sedia menunggu kedatangan pengunjung untuk menjual barangan cenderamata. Macam-macam adaaa...
Nie lah antara rombongan dari Malaysia kali ini ..
Nie adalah mangga-mangga yang berkunci yang dikatakan sebagai simbolik impian pengunjung-pengunjung yang sengaja meletakkannya disini
Cik Najla, Nabihah dan Muhammad Faiq berposing di tepi kolam di puncak gunung..
Nie adalah pintu gerbang yang terdapat di sini .. Siapa pandai tolong terjemah tulisan Cina tuu...
Cik Najla sempat lagi berposing dengan wanita Cina yang memakai pakaian tradisional Guilin ..Alahai senyum lah sikit dik ..
Berposing dengan gadis dari Guilin . Pelik jugak pakaiannya yang kembang macam burung merak
okey ..mana - mana boleh membaca bahasa Cina silalah baca sendiri pasal sejarah gunung Yao nie yee...
kat sini pun ada banyak patung-patung keagamaan seperti ini
Masa untuk pulang dan naik kereta kabel ..hati-hati turun tangga ..
Masa menuruni gunung Yao kita akan dapat melihat pemandangan bandar Guilin yang penuh bergunung ganang serta amat menarik.
Lagi pemandangan menuruni gunung Yao .jangan pandang bawah bagi yag ada penyakit " gayat "
Bagi yang nak menuruni gunung melalui luncur nie pun boleh ..risiko tanggung sendiri yeee ...
Lihatlah betapa indahnya gunung ganang yang terdapat di sini.
Bagi yang minat nak beli kipas bolehlah beli di sini .
Nak tahu nie adalah cendawan gergasi yang ada di jual di sini