Kali ini krew Beladau Seri telah menghadiri satu majlis perkahwinan bagi pasangan Hilmi & Aida di Kuala Terengganu. Atas permintaan pasangan ini krew Beladau Seri telah bermurah hati untuk mengambil foto outdoor pasangan ini di masjid Kristal, Taman Tamadun Islam. Kami mengucapkan semoga pengantin ini akan terus berbahgia hingga ke akhir hayat. Sebagai kenang-kenangan penulis blog ini ingin mengabadikan foto pasangan ini di dalam blog ini.
Pasangan Hilmi & Aida ( 12.3.2011 / 7 Rabiulakhir 1432H )
Pengantin Aida dengan gaya yang tersendiri. Boleh jadi model dah nie.
Akhirnya pasangan ini ke jinjang pelamin. Cantik backgound pelamin pasangan ini.
Saat - saat manis bila kali pertama diketemu dan disatukan.
Bahgia dan sepadan dah pasangan ini. kami tumpang gembira.
Tidak lupa juga kepada pasangan Jalidah & Rozi yang juga telah menjadi suami dan isteri yang sah pada 29 Zulhijjah 1431H. Semoga pasangan ini berbahgia hingga ke akhir hayat.Kami tumpang gembira.
Pengantin perempuan dikamarnya menantikan kehadiran pengantin lelaki dengan penuh kegembiraan.
Kami juga ingin mengucapkan Selamat pengantin Baru kepada pasangan Naza & Ella yang juga telah selamat diijab kabulkan. Moga ikatan yang telah dijalinkan akan kekal selamanya ibarat rambut disimpul mati.
Saat - saat bahagia pasangan ini dikongsikan bersama - sama ahli keluarga . Satu jari menandakan simbolik satu keluarga.. Setakat ini dulu untuk post kali ini. Bertemu lagi di post2 yang lebih menarik nanti.