Wednesday, March 23, 2011

Dari Mata Turun ke hati,Cinta Berputik Akhirnya Disatukan

Kali ini krew Beladau Seri telah menghadiri satu majlis perkahwinan bagi pasangan Hilmi & Aida di Kuala Terengganu. Atas permintaan pasangan ini krew Beladau Seri telah bermurah hati untuk mengambil foto outdoor pasangan ini di masjid Kristal, Taman Tamadun Islam. Kami mengucapkan semoga pengantin ini akan terus berbahgia hingga ke akhir hayat. Sebagai kenang-kenangan penulis blog ini ingin mengabadikan foto pasangan ini di dalam blog ini.   

Pasangan Hilmi & Aida ( 12.3.2011 / 7 Rabiulakhir 1432H )

Pengantin Aida dengan gaya yang tersendiri. Boleh jadi model dah nie.

Akhirnya pasangan ini ke jinjang pelamin. Cantik backgound pelamin pasangan ini.


Saat - saat manis bila kali pertama diketemu dan disatukan.

Bahgia dan sepadan dah pasangan ini. kami tumpang gembira.

Tidak lupa juga kepada pasangan Jalidah & Rozi yang juga telah menjadi suami dan isteri yang sah pada 29 Zulhijjah 1431H. Semoga pasangan ini berbahgia hingga ke akhir hayat.Kami tumpang gembira.   


Pengantin perempuan dikamarnya menantikan kehadiran pengantin lelaki dengan penuh kegembiraan.

Kami juga ingin mengucapkan Selamat pengantin Baru kepada pasangan Naza & Ella yang juga telah selamat diijab kabulkan. Moga ikatan yang telah dijalinkan akan kekal selamanya ibarat rambut disimpul mati.


 Saat - saat bahagia pasangan ini  dikongsikan bersama - sama ahli keluarga . Satu jari menandakan simbolik satu keluarga.. Setakat ini dulu untuk post kali ini. Bertemu lagi di post2 yang lebih menarik nanti.

Tuesday, March 1, 2011

Melangkah Ke Putrajaya


 Kali nie krew Beladau Seri membuat penggambaran di sekitar Putrajaya di Istana Kehakiman. Tempat ni menjadi simbol keadilan bagi warga Malaysia dan juga bagi pengamal undang-undang. Di sinilah terletaknya Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan Malaysia. So...sesiapa yang tidak berpuas hati dalam sesuatu perkara bolehlah membuat rayuan kat sini kerana ianya adalah hak Anda !!



 

Nie adalah sebuah jambatan di putrajaya. Kelihatan cantik dan menarik pada waktu malam



Jambatan moden di Putrajaya


Sebuah kereta Honda City dan seorang Diplomat Malaysia sempat jugak bergambar di jambatan yang menjadi kebanggaan warga Putrajaya. Penulis blog ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada diplomat tersebut kerana telah membawa kami bersiar-siar di sekitar Putrajaya.


Kat sini lah krew Beladau Seri sempat menginap di sebuah hotel di Putrajaya. Nama hotel nie " Pullman Hotel " . Tempatnya agak menarik dan rekabentuknya bangunanya adalah campuran Tradisional Melayu, Cina dan Bali.. Kalau tdk percaya cuba tengok gambar-gambar di bawah nie...




Suatu pemandangan di lakeside Pullman Hotel , Putrajaya

Landscape di Pullman Hotel, Putrajaya

Apartment  Pullman Hotel . Apartment nie sangat besar dan luas. Rekabentuk pun moden style.

Ni adalah gambar Istana Kehakiman yang diambil pada waktu malam

Biasalah ... selepas habis kes di Mahkamah Rayuan Putrajaya , penulis dan pemilik blog ini sempat berposing di hadapan Istana Kehakiman Putrajaya. Satu pengalaman, satu Gandingan dan akhirnya satu Kejayaan bagi permulaan 2011.