Kali ini kita akan berkunjung pula ke Desa Lampulo, Kecamatan Kuta Alam,
Banda Aceh iaitu 3 kilometer dari pantai. Di sini terdapat sebuah bot nelayan yang terdampar di atas sebuah rumah. Diceritakan bahawa semasa kejadian tsunami tersebut seramai 59 orang yang terselamat yang berada dalam bot kayu tersebut. Nama-namaya yang terselamat tertera di bawah bot kapal kayu tersebut. Kesemuanya berlaku atas qudrat dan iradat Allah. Ianya sebagai tanda kebesaran dan kekuasaan Allah untuk kita semua bertafakur dan berfikir. Jom kita tengok foto-foto yang sempat Penulis ambik sepanjang berada di sini.
Lihatlah betapa tingginya air tsunami yang datang melanda ketika itu hingga boleh membawa bot kayu yang berat ini ke atas rumah .Tidak terfikir oleh akal fikiran kita.
Saya sudah sampai ke sini. Tempat ini penuh sejarah
Lihatlah betapa tingginya air tsunami yang melanda Acheh ketika itu.
Inilah gambaran awal serta kesan-kesan badaian tsunami yang masih kekal di fotokan di sini.
Penulis bersama Cik Nabihah yang sama-sama berkunjung ke sini. Moga catatan ini menjadi ingatan apabila beliau besar kelak agar sentiasa mengingati kebesaran Allah.
Kesan tsunami di atas bot kayu ini masih lagi dikekalkan sebagai sejarah untuk kita sama-sama berfikir dan selalu beringat-ingat bahawa Allah itu Maha Berkuasa atas segala-galanya.
Oklah setakat ini dulu kali ini. Tempat ini adalah antara tempat yang wajib anda kunjungi jika ke Acheh. Ianya mengingatkan kita kepada kebesaran Allah bahawa sepandai mana pun kita kita tidak akan dapat menandingi kekuasaan Allah. Moga kita terus meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah.