Berjumpa lagi dalam post terbaru . Kali ni kami nak kongsikan pengalaman suatu tempat yang telah kami lawati iaitu dipanggil Puzzzling World di Wanaka, New Zealand. Tempat nie agak jauh dari kedudukannya dari Dunedin dan Queenstown . Ianya terletak di Pulau Selatan New Zealand . Di sini dikatakan terdapat pelbagai rekaan arkitek yang pelik-pelik. Nak tahu apa yang menarik dan apa yang ada di dalamnya jom kita tengok gambar-gambar yang sempat saya snap untuk dikongsikan bersama sebagai kenangan Penulis . Jom..jom..
Waaa... pelik dan ajaib sungguh binaan nie. Tengoklah tuu Cik adik tu boleh tolak dengan sebelah tangan ajer pun boleh terbalik. Lagi pelik binaan tu langsung tidak terbalik. Binaan ini di panggil
" Leaning Tower of Wanaka " dan kecondongannya adalah 53 degree dari kedudukan tanah berbanding dengan Menara Pisa di Paris yang hanya kecondongan 6 degree. Hebat kan ..hanya di Wanaka yee...
" Leaning Tower of Wanaka " dan kecondongannya adalah 53 degree dari kedudukan tanah berbanding dengan Menara Pisa di Paris yang hanya kecondongan 6 degree. Hebat kan ..hanya di Wanaka yee...
Tengoklah tuu ..adik Faiq dengan permainan yang membina minda. Bagus jugak kalau kat Malaysia pun ada tempat-tempat macam nie untuk menguji minda anak-anak kita . Barulah boleh menjadi pelajar minda kelas pertama dan bertaraf dunia .
Ini adalah tempat yang dipanggil " Hall of Following Faces Illusion " . Terdapat 168 model muka tokoh-tokoh yang terkenal di seluruh dunia di pamerkan di sini. Apa yang menariknya di sini apabila kita berdiri di sini kelihatan semua muka-muka yang terdapat di sini memandang tepat kepada kita serta seolah-olah ianya masih hidup dan bergerak tetapi ianya adalah ilusi otak kita .
Pelbagai wajah tokoh-tokoh dunia yang terkenal dipamerkan di sini secara ilusi.Tak percaya cuba tengok dalam gambar di atas . Memang unik
Nie lah gambaran penuh " Hall of Following Faces Illusion " yang tidak terfikir oleh kita serta sungguh unik dan hanya terdapat di Wanaka , New Zealand
Tak percaya.cuba perhatikan gambar wajah - wajah di belakang saya ..semuanya seolah-olah memandang ke arah yang sama .
Yang nie pulak teka teki untuk di fikirkan ..Cuba bilang berapa ekor binatang yang terdapat dalam gambar ini ?
Lagi teka teki untuk di selesaikan. Berapa banyak kaki yang terdapat dalam gambar di atas ?
kat sini pulak adalah dinamakan " Bilik Perspektif " yang menarik. teknik Ilusi yang digunakan di sini yang mana kita boleh membuat seseorang menjadi tinggi dan kerdil secara luar biasa. Tak percaya sila tengok gambar di atas. Teknik ini juga digunakan dalam penggambaran cerita Lord of the Rings .Sungguh mengkagumkan ..
yang ini pun adalah lukisan gambar ilusi
Ini adalah lukisan dinding yang menggambarkan tandas awam zaman Roman dahulu kala. Nampak macam bersih dan boleh bersembang-sembang lagi antara satu sama lain.
Untuk Lukisan ini boleh baca arahannya dalam gambar di atas
Ini pulak adalah bilik yang senget 15 degree dari lantai . Keadaannya seolah-olah nak jatuh tetapi sebenarnya ianya hanyalah ilusi otak kita sahaja.Jika anda masuk bilik ini ianya agak mencabar minda anda kerana anda akan kehilangan keseimbangan badan .
Waa...baru tak sampai setahun dan pandai nak main permainan nie. Boleh jadi anak yang bijak kelak
Ini adalah gambaran elektrik statik secara live
Ini pula adalah sebahagian daripada gambar 3-D Hologram yang di pamerkan di sini . nampak macam hidup burung nie.
Setakat ini dulu post kali ini berkenaan Wanaka, New Zealand. Bagi Penulis tempat ini mempamerkan kepada kita betapa hebat senibina arkitek serta kemajuan sains yang dicapai di sini hingga dapat melahirkan saintis yang hebat-hebat. Suatu hari nanti Malaysia juga diharap boleh melahikan saintis-saintis yang hebat juga.