Wednesday, February 20, 2013

Jom ke Pulau Manukan , Sabah


Selamat bersua kembali setelah penulis sibuk dengan kareer hingga lupa nak update blog ini. Okey ..kali nie kita masih lagi di Sabah. Kali nie kami akan melawat pula ke Pulau Manukan, Kota Kinabalu, Sabah. Hendak ke sana kita hendaklah menaiki bot yang disediakan di jeti di Jesselton, Sabah. Di sini dikatakan antara tempat bersejarah juga kerana di jeti inilah banyak kapal-kapal berlabuh sejak zaman berzaman. Tapi keadaan sudah banyak berubah serta lebih banyak  kemudahan disediakan. Nak tahu lebih lanjut ..jomm ikut kami meneroka gambar-gambar yang sempat penulis snap .



nie adalah kaunter tiket untuk ke Pulau Manukan
 

Antara bot-bot yang disediakan untuk ke Pulau - Pulau sekitar perairan Sabah




Sambil - sambil tunggu giliran untuk ke Pulau , penulis berposing kejap di jeti Jesselton yang penuh bersejarah



Ini lah gaya seorang pengembara




Lagi kelihatan bot-bot yang disediakan di sini pelancong
  


Nak pergi ke sana keselamatan menjadi keutamaan. jacket keselamatan wajib dipakai semasa berada di dalam bot..aik ..ada pelancong di belakang Faiq yang meniru gayanya bersantai



waaa....kita sudah sampai ke Pulau Manukan . Perjalanan mengambil masa lebih kurang 20 minit . Airnya kelihatan jernih dan membiru



Suasana yang damai di Pulau Manukan ini 



Gaya macam 3 musketeer bila baru sampai di Pulau Manukan ini..jeng..jeng ..



Tu diaa....gaya Zuhal Nakhoda ala-ala pengembara solo



Cantik jugak chalet yang terdapat di sini, nampak kemas dan teratur  jer 



lajunya berjalan macam tak sabar-sabar nak mandi di Pulau ini



nie adalah restoren yang terdapat di Pulau ini untuk pengunjung yang ingin berehat serta bersantai setelah mandi - manda di pulau ini.



Jom kita mandi dulu ..setakat ini dulu yang sempat Penulis update untuk bulan ini. Kalau berkelapangan nanti penulis akan update lagi dengan destinasi yang lebih menarik.