Wednesday, December 7, 2011

Mengenali Kampung Ayer, Brunei


Kali ini saya ingin membawa anda melihat apa yang menarik di Kampung Ayer ( water village ) , Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Untuk ke sana kita kenalah naik bot tradisional nie..Kat sini memang banyak bot-bot tradisional menunggu di sini. Anda hanya perlu membayar  20 BND sahaja untuk satu bot ini. Perjalanan mengeliligi kampung air mengambil masa lebih kurang 45 minit. Jommm kita tengok apa yang ada di sana..



Kelihatan banyak jugak bot-bot tradisional disediakan untuk para pelancong yang datang ke sini.



 Pada masa nie cuaca agak baik dan cerah.  Drebar bot ni agak peramah dan suka bercerita pasal kampung air nie.Jadi kami layan sajalah ceritanya.



 Sessi memberi penerangan baru bermula  tuu..dan tdk sedar gambar ini diambil..



 Nie adalah sebahagian bangunan yang terdapat d isekitar kampung air



 Kat dalam air pun ada papan iklan yang besar. Tengoklah tu kabel elektrik pun ada dalam air. Hebat-hebat..rasanya sapa-sapa nak iklan kat sini kosnya lagi mahal ..

 

 merentasi dan membelah sungai..hati-hati dik..nanti jatuh..



 antara jenis - jenis rumah yang direka khas di atas air ..rumah tradisional melayu..di belakang tu adalah masjid berkubah emas.



 jambatan yang merentasi sungai ini pun ada dibina untuk kemudahan penduduk kampung ini ..kalau kat daratan macam jejantas lah..tapi kat sini tak ada traffic light yer..



 antara kenderaan yang utama bila masuk ke kampung air ini 





 cantik rumah nie .macam homestay atas air dah..



kat sini kalau nak memancing pun senang ..bila-bila masa sahaja..tak payah pergi pasar dah..



tangga nak naik ke rumah pun ada disediakan tuu..



Lihatlah sekeliling sungai nie..penuh dengan rumah-rumah di atas air. suatu pemandangan yang jarang-jarang kita boleh lihat jika anda berkunjung ke sini..promote sikit..ne kena bagi royalty kat kami nie..



Pemandangan pinggiran Bandar Seri Begawan 




Ini adalah surau di atas air . Kalau sesiapa nak ke surau ini bolehlah singgah dengan menaiki bot.



lagi gambar surau atas air


Lihatlah kabel elekrik yang terdapat di kampung air ini. Agak-agaknya berapa lama masa diambil nak siapkan kabel nie..Tapi kata orang semuanya tidak mustahil..ia mungkin boleh dilaksanakan di Malaysia



Rumah air yang mengekalkan ciri-ciri lamanya.



 Kelihatan bot yang membawa penumpang meluncur masuk ke kampung ini 

 

 Ini adalah surau yang dibina di tepi jeti untuk kemudahan ummat Islam



 Ini adalah wajah balai polis yang juga dibina di atas air..kalau sesiapa nak buat aduan bolehlah ke sini ..berkhidmat pada setiap masa.



Kalau nak tahu nie lah rupanya sekolah atas air ..2 tingkat lagi tuu..



 Ini pulak juga rupa sekolah agama kampung setia yang dibina di atas air 

 

kalau nampak baca sendirilah


Bukan main kagum lagi pelancong-pelancong dari Terengganu  nie..



Di kesempatan ini saya pun mengambil peluang untuk berposing di atas bot nie bersama anak-anak..
I was here ..anda bila lagi ..



Faiq dengan gayanya tersendiri 



wah ...ceria dan sporting  ajer drebar bot nie.. " Welcome to kampung air " katanya



 Ni adalah rumah-rumah yang rekabentuknya lebih moden dan teratur 



 Cik Najla dan abangnya sedang menikmati keindahan alam ..kecik-kecik dah berani naik bot..



Cik Nabihah bersama adik dan abangnya




Nie pulak adalah stesyen minyak terapung " Shell "


 nie pun masjid di tepi sungai



 lagi gambar rumah- rumah kampung air



 yang ini sebahagian lagi projek rumah air yang dalam pembinaan


 setelah pusing-pusing di sekeliling kampung air nie ..rombongan kami pun nak pulang ke daratan semula ..


 kelihatan bandar yang semakin pesat membangun


okeylah perjalanan kami sudah sampai ke penghujungnya. Kalau nak komen kami boleh katakan pengalaman ke kampung air ini agak menarik kerana kita jarang dapat melihat perkampungan yang sebesar ini. Terdapat pelbagai kemudahan seperti sekolah, pasar, balai polis, masjid, surau , bomba dan sebagainya . Semuanya dibina di atas air. Itu antara yang menarik di sini. Okeylah ..setakat ini dulu untuk kali ini yang dapat kami kongsikan. Nantikan post-post yang lain pulak nanti.