Okey bertemu lagi kita di dalam post yang terbaru . Kali ini kami ingin membawa anda melawat ke tempat yang agak menarik serta jarang-jarang di ketahui umum iaitu Peladang Agro Resort Setiu. Resort ini terletak agak terpencil dari kesibukan kehidupan kota. Ia adalah syurga bagi pencinta alam yang sukakan kehijauan dan kedamaian alam semulajadi. Ianya terletak lebih kurang 89 km dari Kuala Terengganu dan 13 km dari Bandar permaisuri. Ianya dikelilingi oleh hutan tropika yang subur , tasik-tasik serta sungai-sungai . Nak tahu lebih lanjut jom tengok gambar-gambar yang sempat saya snap . jomm ..jom.. anda pasti teruja ..
Waa ..lihatlah chalet yang sedang terapung tuu..di sini dikatakan mempunyai lebih kurang 58 unit chalet semuanya dan dikelilingi kehijauan pokok-pokok tumbuhan. Airnya pun kehijauan dedaunan yee ..
Terdapat pelbagai aktiviti rekreasi antaranya Flying Fox, Abseilling, Jungle trekking, rafting, berkeno dan macam-macam lagi,
Pengalaman di sini pada waktu malam memang sunyi dan tenang . Jauh dari bunyi bising kenderaan dan kerenah manusia.
Ini adalah jambatan yang terdapat di sini ..ianya agak menarik di tambah dengan aksi yang menarik oleh Faiq dan Najla
Pandangan dari sisi
Welcome dan Ahlan Wasahlan .. ... kata Faiq macam penyambut tetamu pulak ..
Ewah-ewah ...penuh bergaya tu di hadapan lensa . Kecik-kecik dah pandai berposing
Lokasi ini memang cantik kalau nak buat penggambaran filem.
Amacam ada bakat tak saya nie ?
Nie lah rupanya chalet yang diperbuat daripada kayu sepenuhnya . nampak tegap dan kemas buatannya
Nie pulak adalah chalet yang panjanguntuk pengunjung bagi yang datang secara berkumpulan
Suasana pagi yang berkabus mendamaikan jiwa
Background landskap yang cukup cantik dan menarik
Hai semua ..
Model seorang ibu bersama anaknya
Ini lah chalet terapung yang kami tinggal semasa bermalam di sini . Memang selesa apabila ada beranda di luar serta mengadap tasik.
Pemandangan dari arah chalet
Tenang jee...
Ini pulak adalah rakit buatan yang terdapat di sini . Boleh muat dalam 10 orang nie
Ini adalah tasik ternakan ikan air tawar yang terdapat di sini. Tapi di sini di larang memancing yee tengok saje boleh ...
Bagi yang minat berkayak , di sini pun ada disediakan kayak untuk pengunjung yang datang ke sini samada untuk belajar atau berrekreasi bersama keluarga. Yang tak pandai pun boleh jadi pandai
Tu dia kelihatan beberapa kanak-kanak agak teruja untuk bermain kayak. Tapi wajib kena pakai jaket keselamatan yee..
Terasa kabusnya di awal pagi
Ini adalah kolam ikan air tawar ikan ..anda boleh memberi ikan makan di sini..masa nie ikan-ikan sedang tidur kot ..
Taman Permainan juga disediakan di sini bagi keluarga yang ada anak-anak kecil . Boleh main sampai puas yee
waa..semakin besar keluarga ini dan ceria sokmo ..untunglah kalau berkeluarga besar
Berposing sebelum pulang ke kampung dengan seribu pengalaman manis di sini
Kat sini memang Best ..Best ...
Buat pertama kalinya kami memperkenalkan ahli baru kami " Muhammad Fahim Nazran " di dalam blog ini untuk tatapan umum .
Add caption |