Sunday, February 6, 2011

Menjejaki Milford Sound. New Zealand


Kali ni kita akan pergi menjejaki Milford Sound pulak. Suatu tempat yang cukup menarik di New Zealand. Kat sana agak sejuk sikit walaupun masih lagi " summer ".So..kenalah pakai baju tebal sikit..macam kita nie lah...Apa lagi..Jom kita tengok apa yang menarik kat sana...Jom..Jom..



Nie adalah terowong " Homer " . Terowong ni di buat di atas gunung . Kalau nak pergi kat Milford Sound kena lalu terowong nie dulu. Kalau kat sini macam terowong karak. Tapi yang ni di buat atas pergunungan. Hebat jugak teknologi diorang...



Yang ni adalah salji telah membeku di musim panas. boleh lah tengok lagi salji di musim panas nie... kat atas tu adalah kabus ...



Wah..kecik - kecik dah sampai kat pergunungan ....baby nie ( najla )  baru berumur 8 bulan...so sapa - sapa nak pergi sini kena tahan mental dan fizikal..macam ibu nie...kata orang nak seribu daya...dan yakin boleh...syabass...



sepanjang perjalanan , eden terjumpa  2 ekor lebah yang sedang mencari madu...so apa lagi shoot kejap..



 Nie adalah jeram kat sini..cantikkan anak sungai dengan pokok - pokok yang kehijauan..tapi air kat sini sejuk giler..nak mandi pun tak tahan...





Ber style tu..pengembara dari Malaysia baru menjejaki Milford Sound..


Subhanallah....Cantiknya pemandangan di kaki gunung ...ada tasik pulak di keliling gunung tuu....



Nie pulak adalah pintu masuk ke jetty kalau nak naik cruise...jom kita masuk ke dalam pulak..kita tengok apa ada kat dalam ..." Kio Ora"  adalah bahasa maori...maknanya  Selamat datang ..


Ni lah rupanya kapal cruise yang bakal kami naik untuk melihat keindahan alam di sekeliling kawasan nie..perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih...kat belakang pun dah menarik ..ada gunung ganang..berkabus pulak tu..



are you ready for the journey....Follow me.......





Nie lah gambaran gunung ganang yang ada kat sini..kalau musim salji kat atas tu semua putih ..masa ni musim panas bolehlah nampak hijau - hijau lagi..



cantik pemandangan..macam dalam filem Juraissic Park...


Wah..wah..faiq dah jadi macam kapten kapal tu...hebat..hebat...



Wah..that 's my girl...all pinky...



Kami sempat melihat anjing laut yg sedang berehat ..waa..relax jer diorang ...macam dalam filem National Geographic ..



Nie adalah air terjun yang turun dari gunung...suatu pemandangan yang jarang-jarang kita lihat dan jumpa..



Naik cruise ni best giler....boleh tengok gunung ganang sekeliling kita...tempat ni dah macam kat dalam filem 
" King kong " ..natural ...


 nie kalau tahu ..orang panggil bunga Lavender ...bunga nie hidup subur di kaki gunung..tengoklah warnanya yang menarik...kalau buat filem bollywood kat sini pun menarik...Okey setakat nie dulu untuk dikongsikan bersama pengalaman mengembara ke Milford Sound..nantikan post yang lain pulak...