Kali ini kita akan singgah ke pasar terapung di Khlong Hae , Selatan Thailand. Pasar ini dikatakan telah dibuka pada awam pada bulan ogos 2008 . Apa yang menarik di sini adalah semua peniaga berniaga di atas sampan di sepanjang terusan Khlong Hae dan kebanyakannya adalah wanita Islam seakan-akan berada di pasar besar Khatijah Kelantan dan Kedai Payang Terengganu. Lokasinya pun adalah tidak jauh dari bandar Hatyai, Thailand. Bagi yang kali pertama sampai ke sini ianya suatu pengalaman yang sungguh menarik serta tidak ada di Malaysia. Nak tahu apa yang menarik di sini ..jom kita terokai gambar-gambar yang sempat saya snap di sana ..jommmm...
tu dia kelihatan banyak sampan-sampan yang berlabuh di tepian
peniaga pun muda-muda belaka ..dah pandai berdikari. jual apa tu dik ..
masing-masing dengan fesyen tersendiri serta daya kreativiti masing-masinguntuk menarik pelanggan
amboii..amboi ..Cik adik nie sempat lagi berposing tuu..nak masuk blog beladauseri ka. bukan senang nak dapat publisiti free dalam blog beladauseri nie.
Tidak kurang juga makcik-makcik yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan ini dengan resipi yang tersendiri ..lemang ke tu ..memang steady lah
yang ni pulak sedang menggoreng kentang goreng di atas perahu . Tong gas pun ada kat belakang
waa..bestnya air kelapa muda di jual dalam bekas tuu..boleh try nie
macam-macam jenis air minuman ada dijual
yang nie jual pisang goreng ke tuu...baik-baik nanti jatuh dalam air
cantik bekas-bekas minuman yang disediakan ..pelbagai bentuk." rare " nie
Berposing skali kat sini sebelum balik ..kat sini memang best dan " recommended " bagi yang sukakan hobi jalan-jalan cari makan
Kelihatan 2 orang gadis Malaya yang senyum bila gambarnya di ambil oleh cameraman . Seronok agaknya bila sampai kat sini. Mesti banyak nak shopping tuu..
perrgh..penuh gaya tradisional pakcik nie
marii..marii..marii....macam-macam ada ..
sambil berniaga boleh lah sembang-sembang dengan orang sebelah ..
Beginilah kemeriahannya setiap malam di sini . Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini adalah orang Malaysia ..
ahaa apa nie ....nie adalah serangga yang telah di goreng ..ada sapa-sapa berani
yang nie ..cuba teka buah apa ? nak kata buah durian bukan ..
Sebelum balik ..bolehlah beli mana-mana T-shirt yang berkenan di hati buat kenangan ..
yang ni pulak penulis sempat mengambil gambar di sini pada waktu petang . Pakcik nie maintain lagi lah
Banyak makanan tuuu ..macam - macam jenis sosej ada
cik adik jual kuih apa tuu ..warna warni lah .
woww...terliur tengok udang galah saiz XXL ..