Tuesday, November 18, 2014

Sejarah Tsunami di " Rumah Acheh Escape Hill " ( part 2 )

Berjumpa lagi  kali ini di dalam post terbaru . Kali ini perjalanan penulis  masih lagi di Acheh dan kita akan pergi melawat muzium tsunami Acheh pulak. Muzium Tsunami Aceh adalah sebuah Muzium yang dibina khas untuk mengenang kembali peristiwa tsunami yang dahsyat yang menimpa Nanggroe Aceh Darussalam pada tanggal 26 Disember 2008 yang menelan korban lebih kurang 240,000 0rang. Rekabentuk  “Rumoh Aceh Escape Hill” ini telah dilhamkan  oleh Arkitek  M Ridwan Kamil .Pada tanggal 23 Februari 2008 Presiden RI Susilo Bambang Yudhoyono telah berkunjung ke Aceh untuk merasmikan Muzium Tsunami Aceh di lapangan Blang Padang Banda Aceh. Bangunan megah Muzium Tsunami nampak dari luar seperti kapal besar yang sedang berlabuh. Sementara di bahagian bawahnya terdapat kolam ikan.Bagi yang tidak pernah sampai ke sini jom kita tengok gambar-gambar yang sempat penulis snap di sana . Jomm ..




Di pintu masuk muzium tsunami ini terdapat replika helikopter yang telah musnah akibat ombak besar tsunami tersebut.





Ini adalah The light of God, iaitu sebuah ruang berbentuk telaga silinder yang menyorotkan cahaya ke atas sebuah lubang dengan tulisan arab “Allah” dan disekeliling dinding ruangan ini dipenuhi nama para korban tsunami. Ianya merupakan cerminan dari Hablumminallah (konsep hubungan manusia dan Allah). Ia juga mengingatkan kita bahawa kepada Allahlah semua manusia bergantung harap dalam segala kehidupan.



Di sini terdapat lebih 100 ribu nama mangsa-mangsa tsunami yang terkorban bencana tersebut. Di atas adalah sebahagian nama-nama 
mangsa yang diabadikan di dalam bilik separa gelap ini yang mana dikemuncak ruangan ini tercatat kalimah " Allah " yang kesemuanya akhirnya kembali kepada Allah rabbul jalil. Ianya ibarat kitaran hidup manusia yang menunjukkan bahawa manusia ini lemah serta hanya Allah yang berkuasa segala-galanya. .

 


 Ini adalah 52 kibaran bendera pelbagai negara yang telah memberi pelbagai bantuan kepada mangsa tsunami serta membantu dalam membangunkan semula banda Acheh hingga ke hari ini .



Antara pengunjung cilik yang datang dari Kuala Terengganu, Malaysia.



Ini adalah gambaran replika masjid Baiturrahman yang masih utuh setelah dilanda ombak ganas tsunami yang begitu kuat. Ianya telah membuktikan kekuasaan Allah bahawa segala-galanya terjadi atas kehendak Allah dan tiada siapa pun yang mampu menandingi kekuasaannya.




Sebelum berpindah ke segmen lain adik Faiq sempat berposing dulu di sini. Mungkin suatu hari nanti dia akan datang sekali lagi ke sini serta akan lebih memahami pengertian tsunami.



Ini adalah antara anak-anak kapal nelayan yang terselamat ketika dihanyutkan oleh ombak tsunami dari lautan luas masuk ke banda Acheh. Mati atau hidupnya hanya Allah yang tahu.
 



Lihatlah betapa tingginya ombak tsunami yang melanda pesisir banda Acheh ketika itu. Ianya setinggi pokok kelapa dengan kelajuan 80km/jam. Dapatkah mereka menyelamatkan diri dalam keaadaan yang sedemikian melainkan atas kehendak Allah. 



Gambaran sebegini lebih senang untuk dijelaskan kepada anak-anak kecil seperti Adik Nabihah dan Faiq bagaimana ombak besar tsunami itu melanda Acheh.




Ini adalah replika rumah-rumah Acheh yang telah musnah di landa gempa . Tiada apa yang tinggal.



Lihatlah dalam sekelip mata sahaja apabila gempa berskala besar tercetus semuanya musnah



Lawatan ini sungguh banyak mengajar adik - adik ini .Kata orang banyak berjalan banyak pengalaman dan pengalaman mengajar erti kehidupan.



Terdapat juga replika sfera  bumi bagaimana asas gempa bumi itu boleh berlaku. Ia sesuai untuk pelajar-pelajar yang meminati Sains dan geografi. 



Ini adalah gambaran Pelukis tempatan yang terdapat dalam muzium tsunami ini.  Keadaan sebenarnya mungkin lebih dahsyat lagi dari gambaran ini. Semuanya terjadi atas kekuasaan dan kehendak Allah.



Ini juga adalah lukisan tangan yang diabadikan  di sini sumbangan Pelukis-Pelukis tempatan yang menggambarkan keadaan panik dan gerunnya semasa tsunami melanda Acheh.


Secara keseluruhannya lawatan ke muzium tsunami ini adalah antara tempat yang wajib anda lawati kerana di sinilah terdapat semua sejarah-sejarah tsunami yang melanda Acheh yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia. Ia juga adalah peristiwa yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah peradaban kemanusiaan di Acheh serta bukti jelas nyata kekuasaan Allah. Apabila bencana itu datang ianya tidak mengira usia samada tua, muda ataupun kanak-kanak kecil. Itulah juga gambaran sebenar apabila datangnya hari kiamat kelak. Malahan ianya adalah lebih dahsyat lagi sepertimana yang digambarkan dalam Al-Quran. bagi yang beriman ianya menjadi petanda dan tauladan untuk lebih membaiki diri. Akhir nya marilah kita sedeqahkan Al-Fatihah.. kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita dan Penulis berdoa agar mereka ditempatkan bersama-sama para solihin. ok setakat ini dulu kali ini. nantikan post lain pulak yang akan datang nanti..

Thursday, November 13, 2014

Menyusuri Banda Acheh ( Part 1 )

Bertemu lagi kita di dalam post yang terbaru untuk bulan ini. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menyusuri banda Acheh di utara Sumatera  yang pada suatu masa dahulu gempar dengan bencana dahsyat tsunami pada 26 Disember 2004  dan gempa berskala 8.5 SR yang telah mengorbankan ratusan manusia dan memusnahkan banyak bangunan, rumah, kemudahan awam dan ternakan.  Lawatan ini dibuat pada 24-27 Oktober 2014 bersama delegasi peguam-peguam Terengganu di terajui oleh Al-Mukninin Travel & Tours  .


Namun satu keajaiban berlaku apabila berpuluh-puluh masjid termasuk Masjid Baiturrahman ( di atas ) tetap  berdiri teguh dengan kubah masih tersergam megah di tengah-tengah kehancuran beberapa bandar dan kampung akibat amukan tsunami. Menara masjid yang masih bersinar di bawah limpahan cahaya matahari adalah suatu fenomena yang menimbulkan kekaguman dan keinsafan terhadap kuasa Tuhan, seperti ungkapan ulama di Sigli, Aceh, Teuku Kaoy Ali: “Tuhan menghukum sesetengah daripada kita yang lupa diri, tamak dan angkuh, tetapi Tuhan melindungi rumah-Nya (masjid)."

Lawatan ke Acheh kali ini sungguh menginsafkan walaupun setelah hampir 10 tahun peristiwa tersebut berlalu. Nak tahu apa perubahan yang telah berlaku jom tengok gambar-gambar yang sempat di rakam semasa ke sana baru-baru ini. Biar gambar-gambar berbicara .




Antara bulatan menarik yang terdapat di banda Acheh ini sebagai  mercu tanda sebagai simbolik Acheh



Lihat lah keadaan di sekitar banda Acheh yang telah banyak berubah serta cepat membangun dalam masa 10 tahun. Penulis dimaklumkan bahawa setelah bencana tsunami tersebut Acheh telah mendapat banyak bantuan yang datang dari serata negara yang bersimpati dengan bencana ini. Mungkin ini lah hikmah di sebalik bencana tersebut untuk membolehkan Acheh bangkit semula sepertimana sejarah pengeboman bandar Nagasaki dan Hiroshima di Jepun suatu masa dahulu.



Ini adalah bangunan Mahkamah Syariah Acheh yang baru di bina sesuai dengan perkembangan baru undang-undang syariah di Acheh. 


Ini adalah  daerah-daerah yang terletak di dalam wilayah Acheh  serta tertakluk di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah Acheh. Keadaan nya pun nampak lebih tersusun setelah berlakunya bencana tsunami suatu masa dahulu. Tapi kali nie tak sempatlah nak jelajah semua daerah tu.




Berposing sikit di depan Mahkamah Syariah Acheh sebagai wakil delegasi Peguam - Peguam Syarie dari Terengganu, Malaysia . Banyak pengalaman baru dapat dikongsikan di sini khususnya perbezaan perlaksanaan undang-undang Syariah di Malaysia dan Acheh. Antara yang menarik penulis dimaklumkan bahawa hukuman sebatan terhadap pesalah arak ( khamar ) telah pun dilaksanakan di khalayak ramai dan banyak lagi perkara-perkara lain yang di dalam perlaksanaan. Apa-apa pun penulis juga berharap suatu hari nanti ianya dapat juga di laksanakan di Malaysia walaupun mendapat banyak halangan-halangan.



Sebelum melawat ke tempat lain pulak, Penulis sempat berfoto bersama-sama kakitangan serta hakim Mahkamah Syariah Banda Acheh . Layanan mereka sungguh mesra serta kehadiran delegasi kami di sambut dengan meriah. Penulis juga  ingin mengucapkan " Syabas" kepada mereka kerana dapat melaksanakan undang-undang syariah  sebaik-baiknya serta menjadi contoh dan ikutan bagi negara Islam yang lain. Bak kata orang jauh perjalanan luas pengalaman. Mungkin selepas ini lawatan boleh di buat ke negara Brunei darussalam pula untuk menimba pengalaman di sana pulak.  Ok.. cukup dulu untuk kali nie. nanti kalau citer panjang-panjang boring pulak. Kalau  tengok lagi gambar-gambar yang lebih menarik nantikan post penulis yang seterusnya nanti ..  





Menyusuri Banda Acheh ( Part 1 )

Bertemu lagi kita di dalam post yang terbaru untuk bulan ini. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menyusuri banda Acheh di utara Sumatera  yang pada suatu masa dahulu gempar dengan bencana dahsyat tsunami pada 26 Disember 2004  dan gempa berskala 8.5 SR yang telah mengorbankan ratusan manusia dan memusnahkan banyak bangunan, rumah, kemudahan awam dan ternakan.  Lawatan ini dibuat pada 24-27 Oktober 2014 bersama delegasi peguam-peguam Terengganu dengan kerjasama  Al-Mukminin Travel & Tours  .


Namun satu keajaiban berlaku apabila berpuluh-puluh masjid termasuk Masjid Baiturrahman ( di atas ) tetap  berdiri teguh dengan kubah masih tersergam megah di tengah-tengah kehancuran beberapa bandar dan kampung akibat amukan tsunami. Menara masjid yang masih bersinar di bawah limpahan cahaya matahari adalah suatu fenomena yang menimbulkan kekaguman dan keinsafan terhadap kuasa Tuhan, seperti ungkapan ulama di Sigli, Aceh, Teuku Kaoy Ali: 

“Tuhan menghukum sesetengah daripada kita yang lupa diri, tamak dan angkuh, tetapi Tuhan melindungi rumah-Nya (masjid)."

Lawatan ke Acheh kali ini sungguh menginsafkan walaupun setelah hampir 10 tahun peristiwa tersebut berlalu. Nak tahu apa perubahan yang telah berlaku jom tengok gambar-gambar yang sempat di rakam semasa ke sana baru-baru ini. Biar gambar-gambar berbicara sendiri.




Antara bulatan menarik yang terdapat di banda Acheh ini yang dibina sebagai  mercu tanda simbolik banda Acheh.



Lihat lah keadaan di sekitar banda Acheh yang telah banyak berubah serta cepat membangun dalam masa 10 tahun. Penulis dimaklumkan bahawa setelah bencana tsunami tersebut Acheh telah mendapat banyak bantuan yang datang dari serata negara yang bersimpati dengan bencana ini. Mungkin ini lah hikmah di sebalik bencana tersebut untuk membolehkan Acheh bangkit semula sepertimana sejarah pengeboman bandar Nagasaki dan Hiroshima di Jepun suatu masa dahulu.



Ini adalah bangunan Mahkamah Syariah Acheh yang baru di bina sesuai dengan perkembangan baru undang-undang syariah di Acheh yang semakin pesat membangun seiringan dengan kemajuan bandarnya  sehingga di gelar serambi Mekah. 


Ini adalah  daerah-daerah yang terletak di dalam wilayah Acheh  serta tertakluk di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah Acheh. Keadaan nya pun nampak lebih tersusun setelah berlakunya bencana tsunami suatu masa dahulu. Tapi kali nie tak sempatlah nak jelajah semua daerah tu.Tunggu next trip pulak.




Berposing sikit di depan Mahkamah Syariah Acheh sebagai salah seorang wakil delegasi Peguam - Peguam Syarie dari Terengganu, Malaysia. Banyak pengalaman baru yang dapat dikongsikan di sini khususnya perbezaan perlaksanaan undang-undang Syariah di Malaysia dan Acheh. Antara yang menarik penulis dimaklumkan bahawa hukuman sebatan terhadap pesalah arak ( khamar ) telah pun dilaksanakan di khalayak ramai dan banyak lagi perkara-perkara lain yang di dalam perlaksanaan. Apa-apa pun penulis juga berharap suatu hari nanti ianya dapat juga di laksanakan di Malaysia walaupun mendapat banyak halangan-halangan dan tentangan undang-undang yang sedia ada.



Sebelum melawat ke tempat lain pulak, Penulis sempat berfoto bersama-sama kakitangan serta hakim-hakim Mahkamah Syariah Banda Acheh . Layanan mereka sungguh mesra serta kehadiran delegasi kami di sambut dengan meriah. Penulis juga  ingin mengucapkan " Syabas" kepada mereka kerana dapat melaksanakan undang-undang syariah  sebaik-baiknya serta menjadi contoh dan ikutan bagi negara Islam yang lain. Bak kata orang jauh perjalanan luas pengalaman. Mungkin selepas ini lawatan boleh di buat ke negara Brunei darussalam pula untuk menimba pengalaman di sana pulak.  Ok.. cukup dulu untuk kali nie. nanti kalau citer panjang-panjang boring pulak. Kalau  tengok lagi gambar-gambar yang lebih menarik nantikan post penulis yang seterusnya nanti ..