Saturday, August 13, 2011

Menjejaki Sejarah Cu Chi Tunnel, Vietnam


Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda antara tempat yang mesti anda lawati sekiranya anda pergi ke Saigon, Vietnam. Tempat ini dipanggil terowong Cu Chi ( Cu Chi Tunnel) iaitu antara terowong bawah tanah yang hebat ciptaan gerila Vietkong semasa peperangan dengan tentera Amerika pada tahun 1968.  Ianya lebih kurang 70 km dari bandar Ho Chi Minch dan terletak di daerah Cu Chi.Tempat ini juga antara tempat yang paling digeruni oleh tentera Amerika kerana di sini dikatakan terdapat banyak jerangkap samar di seluruh kawasan ini. Ramai tentera Amerika yang telah terkorban kerana terkena jerangkap samar ini sehingga membolehkan Vietnam menang dalam peperangan ini pada tahun 1975. Terowong bawah tanah ini juga dinamakan sebagai lubang tikus .  Kalau nak tahu kehebatan mereka jomm kita tengok foto-foto yang sempat saya ambil semasa melawat kawasan ini. Jomm..jom...jommm...




 Macam biasalah kalau nak masuk dan melawat tempat ini kenalah beli tiket dulu dan dapat pamplet berkenaan tempat ini.


 

Ini adalah terowong untuk memasuki tempat bersejarah ini. Jom kita tengok apa yang ada selepas habis terowong ini.

  
Ini adalah tempat untuk bermesyuarat bagi gerila Vietkong pada suatu masa dahulu


 

Yang ini adalah tempat untuk bermesyuarat antara mereka semasa Perang. Ia juga dibuat di bawah tanah.
 
Kawasan ini adalah kawasan di larang merokok

 

Kat belakang pokok ni adalah kesan daripada bom 30 tan yang telah digugurkan oleh pesawat B52 oleh tentera Amerika melalui " operation Crimp " pada bulan Januari 1966 dengan tujuan untuk menghancurkan kubu kuat gerila Vietkong di daerah Cuci ini. Tetapi ianya tidak juga berjaya kerana sistem pertahanan terowong yang dibina amat kukuh dan strategik.




Ini adalah sebahagian daripada lubang rahsia yang telah dibina oleh gerila Vietkong semasa perang. Lubang ini adalah sangat kecil dan hanya orang yang berbadan kurus dan kecil boleh melepasinya.



Itu dia..saya sempat berposing dengan penjaga yang berada di kawasan Cu Chi Tunnel ini. Rupanya tak banyak beza dengan orang kita, maklumlah kitakan rumpun Asia...Tapi saya orang Melayu Malaysia yer ..bukan gerila Vietkong..



Ini adalah antara jerangkap samar yang dibuat oleh gerila Vietkong  semasa perang Vietnam-Amerika dulu. Di dalamnya terdapat duri - duri tajam yang boleh membunuh sesiapa sahaja yang terjatuh ke dalamnya. Tak tahulah dah berapa ramai tentera Amerika yang telah terjatuh dan terkorban di dalam jerangkap ini.



Ini pulak adalah antara lubang rahsia yang terdapat di sini. Amacam ada gaya macam Gerila Vietkong tak ..haa...haa...



Ini adalah antara pakaian yang digunakan oleh gerila Vietkong semasa perang dahulu. Pakaiannya simple sahaja. macam pakaian orang tinggal kat kampung sahaja. Tapi saya dimaklumkan bahawa kebanyakan gerila Vietkong adalah juga berasal dari orang kampung Cuci dan mempelajari teknik untuk berperang dengan tentera Amerika. Alaah..macam kat Malaysia lah semasa negara kita dijajah oleh tentera Portugis, Belanda , British dan Jepun.



Ini pun adalah replika gerila vietkong sedang berbincang dan berehat setelah penat berjaga malam kot.



Waaaahhhh..tengok tu bukan main hebat lagi jerangkap samar rekaan mereka. Aduuuh sakitnya kalau sesiapa yang terjatuh ke dalam lubang perangkap ini.



Ini pulak jenis perangkap samar yang lain pulak. Penuh duri - duri besi yang tajam serta boleh membunuh.


Yang ini pulak jenis perangkap berduri besi di bawah dan di atas. Ianya biasa diletakkan di dalam tanah dan diletakkan rumput / daun-daun di atasnya.  Kalau pakai kasut tebal pun rasanya boleh tembus kaki nie...


Yang ini dipanggil " rolling trap ". Ianya jenis berpusing.


 
Yang ini pulak jenis jerangkap samar yang lain pulak. Tengok sendiri lah..



Kat sini pulak adalah tempat untuk mendapatkan rawatan apabila cedera semasa perang. Ianya juga di buat di bawah tanah .  Kat sebelah tu adalah En. Sofian yang turut serta dalam trip kali ini.



Ini adalah antara kereta kebal yang menjadi kebanggan gerila Vietkong semasa perang. Ianya dapat dimusnahkan oleh gerila ini melalui periuk api yang dibuat oleh mereka pada tahun 1970.


  
Kereta kebal ini musnah pada tahun 1970


 

Kalau nak tahu macam mana rupanya terowong Cu chi ini mari kita tengok gambarajah di atas. Ianya mempunyai 2 lapisan terowong yang menghubungkan antara satu sama lain. Di bawahnya mempunyai tempat untuk bekalan makanan, tempat rawatan, tempat simpanan senjata, tempat bekalan air, tempat komunikasi dan sebagainya. Terdapat banyak lubang rahsia yang hanya diketahui oleh Gerila Vietkong. Dikatakan kebanyakan tentera Amerika yang masuk ke dalam terowong ini tidak dapat keluar semula dan ramai yang mati di dalamnya kerana kekurangan oksigen dan mati diserang oleh Gerila Vietkong.



Kat sini juga ada dijual souvenier bagi yang datang melawat ke sini.  Kreatif jugak mereka.



Ini adalah gambaran terowong bawah tanah yang sempat saya ambik .Ada lampu dan terang dah...tapi bila masuk ke dalam terowong ini anda kenalah berjalan itik serta tidak boleh berdiri. Jadi sebelum masa anda kenalah mempunyai stamina dan mental yang kuat.

 

Ini adalah gambaran dan pakaian Gerila Vietkong bagi lelaki dan perempuan.

 

Ini adalah antara bom-bom pelbagai saiz yang telah digugurkan oleh tentera Amerika semasa perang Vietnam - Amerika pada tahun 60 - an sehinggalah ke tahun 1975.



   Ini adalah antara kebijaksanaan gerila vietkong yang boleh mengubahsuai semula bom yang telah digugurkan oleh tentera Amerika.


Ini adalah antara cerucuk besi yang tajam yang dibuat di dalam lubang jerangkap samar.
  
  
Di atas adalah replika patung yang dibuat oleh orang di sini untuk jualan. Tak pelah kalau tak beli ambik gambar buat kenangan pun jadilah...


 

Akhir sekali..ini adalah antara rakan -rakan yang turut serta dalam lawatan ke Cu chi Tunnel kali ini.
Secara umumnya lawatan ini memberi banyak pengalaman di tempat bersejarah ini yang akhirnya membolehkan mereka menang di dalam peperangan Vietnam - Amerika ini. Bagi yang meminati di dalam sejarah peperangan ini, di sini adalah antara tempat yang wajib anda lawati. Ok, sekianlah buat kali ini ..nantikan post-post yang lebih menarik nanti dari saya ( Zuhal Nakhoda ).



Friday, August 5, 2011

Tour to the Saigon City , Vietnam


Bertemu kembali di dalam post yang lebih menarik. Kali ini kita akan menjelajah ke negara jiran kita iaitu Ho Chi Minh, Vietnam atau nama lamanya " saigon " . Perjalanan dari Airport KLIA hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam 45 minit sahaja. Tambangnya pun agak murah jugak kalau boking awal - awal. Tapi kalau nak pergi melalui Vietnam Airlines pun boleh jugak .Kat atas ni ada gambar kapal terbang dari Vietnam Airlines. Haaa tu lah rupa kapal terbangnya...promo sikit sebagai intro..



Tu dia ..baru sahaja mendarat kat Airport Ho Chi Minh, Vietnam terus berposing ramai-ramai dalam satu group. Biasalah nak buat kenang-kenangan... wah siap ada tempah bena lagi tu..hebat-hebat..Beg masing-masing ringan aje tau..tapi bila balik nanti sarat dan padat beg masing-masing..kalau nak tahu apa yang menarik kat sini Jommm tengok foto - foto yang sempat saya ambik kat sini untuk dikongsikan bersama..



Ni adalah papan tanda  yang terdapat apabila hendak keluar dari airport..Ada sapa-sapa yang boleh baca tulisan Vietnam dan terjemahkannya..haa..haa.. Rasanya bayaran untuk parking kot..kalau nak tahu kat sini matawang yang digunakan adalah" dong " / VND..tapi kat sini RM dan USD pun laku di sini ...terpulang kepada selelesaan anda nanti..



Baru sahaja kami sampai ke Ho Chi Minh City, Vietnam kami ternampak seorang wanita bersama 3 orang anaknya menunggang motosikal..Hebat dan lasak rupanya orang-orang di sini..Tengok tu anak perempuan dia sempat melambai-lambai kepada kami yang berada di dalam bas pelancong..Kat Malaysia situasi macam ini adalah satu kesalahan kerana ianya merbahaya kepada keselamatan tapi kat sini kami lihat ianya adalah perkara biasa sahaja..Apa-apa pun kami suka tengok anak beliau yang ceria ..


 Kat atas ni adalah sebuah gereja lama yang beri nama Notre Dame Cathedral yang sempat kami lawati



Ini adalah pejabat pos lama yang terdapat di Saigon city. Kat atas ni adalah pondok telefon yang masih terdapat dalam pejabat pos di sini.



Wah..tua dia... ini gaya Zuhal nakhoda..keunikan pejabat pos ini adalah kerana bumbungnya yang mempunyai ukiran serta menarik. Lantainya pun mempunyai pelbagai paterndan warna.



Ini adalah gambaran penuh di hadapan Pejabat Pos Saigon, Vietnam. Tengok tu bukan main hebat senibina pejabat pos bersama model-model..haa..haa..




Kat pejabat pos ni pun ada menjual pelbagai barang cenderamata dan hasil kraftangan orang Vietnam. Tak pe lah tak dapat beli ambik gambar wat balik pun jadilah...


 Ini adalah sebahagian gambaran sistem jalanraya yang tedapat kat sini. Kebanyakan di sini rakyat Vietnam manggunakan motosikal sebagai kenderaan utama untuk bergerak tidak kira lelaki ataupun wanita. Dikatakan jumlah motosikal di atas jalanraya adalah melebihi jumlah rakyat Vietnam.Kalau tak percaya cuba tengok gambar di bawah nie..




Haaa...ni lah gambaran setiap hari kat Saigon City, Vietnam. Ni baru sikit jer penunggang motosikal. Ada setengah tempat penuh atas jalan dengan penunggang motosikal. Kalau kat Malaysia kita hanya boleh tengok situasi begini bila ada program konvoi beramai-ramai. Itu pun sekali sekala. Kalau di Beijing pulak basikal paling banyak di atas jalan.Apa-apa pun kata orang lain padang lain belalang lain negara lain adatnya.



Ni adalah antara hasil kraftangan yang dijual di pasar malam. Kreatif dan menarik jugak buatan mereka. Siapa yang berminat bolehlah datang sendiri kat sini



Ni adalah pasar malam berhampiran dengan pasar Ben Thanh. Keadaan nya lebih kurang macam kat Petaling Street Kuala Lumpur. Macam - macam barang ada dijual di sini. Kat sini juga boleh tawar menawar. RM juga laku di sini dan ada peniaga fasih berbahasa Melayu. Mungkin disebabkan sudah ramai orang dari Malaysia yang berkunjung di sini.




Tengok lah betapa kreatifnya orang - orang Vietnam di sini. Ni adalah replika besi yang dibuat dari barangan terbuang sehingga boleh menjadi robot.



Ni pun lagi hasil kreativiti orang-orang Vietnam membuat replika patung askar-askar semasa perang.




Bagi kaum wanita, kat sini boleh dikatakan syurga membeli belah kerana kain-kain di sini dikatakan harganya agak murah jika dibandingkan di Malaysia. Terpulang kepada citarasa anda sendiri .




Ni adalah suasana di dalam kedai yang menjual kain-kain wanita. Tempatnya kalau kat sini lebih kurang kedai Pasar Payang Kuala Terengganu. Kiri kanan penuh kain-kain dengan pelbagai jenis,warna da pattern.Pilih - pilih....




Ni adalah antara pelbagai jenis selipar berwarna warni untuk di pakai dalam rumah sahaja.


Ni adalah lampu hiasan dengan pelbagai corak yang menarik. Setakat ni dulu untuk post kali ini..Nantikan post yang lebih menarik lagi nanti berkaitan  Saigon, Vietnam