Tuesday, November 18, 2014

Sejarah Tsunami di " Rumah Acheh Escape Hill " ( part 2 )

Berjumpa lagi  kali ini di dalam post terbaru . Kali ini perjalanan penulis  masih lagi di Acheh dan kita akan pergi melawat muzium tsunami Acheh pulak. Muzium Tsunami Aceh adalah sebuah Muzium yang dibina khas untuk mengenang kembali peristiwa tsunami yang dahsyat yang menimpa Nanggroe Aceh Darussalam pada tanggal 26 Disember 2008 yang menelan korban lebih kurang 240,000 0rang. Rekabentuk  “Rumoh Aceh Escape Hill” ini telah dilhamkan  oleh Arkitek  M Ridwan Kamil .Pada tanggal 23 Februari 2008 Presiden RI Susilo Bambang Yudhoyono telah berkunjung ke Aceh untuk merasmikan Muzium Tsunami Aceh di lapangan Blang Padang Banda Aceh. Bangunan megah Muzium Tsunami nampak dari luar seperti kapal besar yang sedang berlabuh. Sementara di bahagian bawahnya terdapat kolam ikan.Bagi yang tidak pernah sampai ke sini jom kita tengok gambar-gambar yang sempat penulis snap di sana . Jomm ..




Di pintu masuk muzium tsunami ini terdapat replika helikopter yang telah musnah akibat ombak besar tsunami tersebut.





Ini adalah The light of God, iaitu sebuah ruang berbentuk telaga silinder yang menyorotkan cahaya ke atas sebuah lubang dengan tulisan arab “Allah” dan disekeliling dinding ruangan ini dipenuhi nama para korban tsunami. Ianya merupakan cerminan dari Hablumminallah (konsep hubungan manusia dan Allah). Ia juga mengingatkan kita bahawa kepada Allahlah semua manusia bergantung harap dalam segala kehidupan.



Di sini terdapat lebih 100 ribu nama mangsa-mangsa tsunami yang terkorban bencana tersebut. Di atas adalah sebahagian nama-nama 
mangsa yang diabadikan di dalam bilik separa gelap ini yang mana dikemuncak ruangan ini tercatat kalimah " Allah " yang kesemuanya akhirnya kembali kepada Allah rabbul jalil. Ianya ibarat kitaran hidup manusia yang menunjukkan bahawa manusia ini lemah serta hanya Allah yang berkuasa segala-galanya. .

 


 Ini adalah 52 kibaran bendera pelbagai negara yang telah memberi pelbagai bantuan kepada mangsa tsunami serta membantu dalam membangunkan semula banda Acheh hingga ke hari ini .



Antara pengunjung cilik yang datang dari Kuala Terengganu, Malaysia.



Ini adalah gambaran replika masjid Baiturrahman yang masih utuh setelah dilanda ombak ganas tsunami yang begitu kuat. Ianya telah membuktikan kekuasaan Allah bahawa segala-galanya terjadi atas kehendak Allah dan tiada siapa pun yang mampu menandingi kekuasaannya.




Sebelum berpindah ke segmen lain adik Faiq sempat berposing dulu di sini. Mungkin suatu hari nanti dia akan datang sekali lagi ke sini serta akan lebih memahami pengertian tsunami.



Ini adalah antara anak-anak kapal nelayan yang terselamat ketika dihanyutkan oleh ombak tsunami dari lautan luas masuk ke banda Acheh. Mati atau hidupnya hanya Allah yang tahu.
 



Lihatlah betapa tingginya ombak tsunami yang melanda pesisir banda Acheh ketika itu. Ianya setinggi pokok kelapa dengan kelajuan 80km/jam. Dapatkah mereka menyelamatkan diri dalam keaadaan yang sedemikian melainkan atas kehendak Allah. 



Gambaran sebegini lebih senang untuk dijelaskan kepada anak-anak kecil seperti Adik Nabihah dan Faiq bagaimana ombak besar tsunami itu melanda Acheh.




Ini adalah replika rumah-rumah Acheh yang telah musnah di landa gempa . Tiada apa yang tinggal.



Lihatlah dalam sekelip mata sahaja apabila gempa berskala besar tercetus semuanya musnah



Lawatan ini sungguh banyak mengajar adik - adik ini .Kata orang banyak berjalan banyak pengalaman dan pengalaman mengajar erti kehidupan.



Terdapat juga replika sfera  bumi bagaimana asas gempa bumi itu boleh berlaku. Ia sesuai untuk pelajar-pelajar yang meminati Sains dan geografi. 



Ini adalah gambaran Pelukis tempatan yang terdapat dalam muzium tsunami ini.  Keadaan sebenarnya mungkin lebih dahsyat lagi dari gambaran ini. Semuanya terjadi atas kekuasaan dan kehendak Allah.



Ini juga adalah lukisan tangan yang diabadikan  di sini sumbangan Pelukis-Pelukis tempatan yang menggambarkan keadaan panik dan gerunnya semasa tsunami melanda Acheh.


Secara keseluruhannya lawatan ke muzium tsunami ini adalah antara tempat yang wajib anda lawati kerana di sinilah terdapat semua sejarah-sejarah tsunami yang melanda Acheh yang telah mengorbankan ratusan ribu nyawa manusia. Ia juga adalah peristiwa yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah peradaban kemanusiaan di Acheh serta bukti jelas nyata kekuasaan Allah. Apabila bencana itu datang ianya tidak mengira usia samada tua, muda ataupun kanak-kanak kecil. Itulah juga gambaran sebenar apabila datangnya hari kiamat kelak. Malahan ianya adalah lebih dahsyat lagi sepertimana yang digambarkan dalam Al-Quran. bagi yang beriman ianya menjadi petanda dan tauladan untuk lebih membaiki diri. Akhir nya marilah kita sedeqahkan Al-Fatihah.. kepada mereka yang telah pergi meninggalkan kita dan Penulis berdoa agar mereka ditempatkan bersama-sama para solihin. ok setakat ini dulu kali ini. nantikan post lain pulak yang akan datang nanti..

Thursday, November 13, 2014

Menyusuri Banda Acheh ( Part 1 )

Bertemu lagi kita di dalam post yang terbaru untuk bulan ini. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menyusuri banda Acheh di utara Sumatera  yang pada suatu masa dahulu gempar dengan bencana dahsyat tsunami pada 26 Disember 2004  dan gempa berskala 8.5 SR yang telah mengorbankan ratusan manusia dan memusnahkan banyak bangunan, rumah, kemudahan awam dan ternakan.  Lawatan ini dibuat pada 24-27 Oktober 2014 bersama delegasi peguam-peguam Terengganu di terajui oleh Al-Mukninin Travel & Tours  .


Namun satu keajaiban berlaku apabila berpuluh-puluh masjid termasuk Masjid Baiturrahman ( di atas ) tetap  berdiri teguh dengan kubah masih tersergam megah di tengah-tengah kehancuran beberapa bandar dan kampung akibat amukan tsunami. Menara masjid yang masih bersinar di bawah limpahan cahaya matahari adalah suatu fenomena yang menimbulkan kekaguman dan keinsafan terhadap kuasa Tuhan, seperti ungkapan ulama di Sigli, Aceh, Teuku Kaoy Ali: “Tuhan menghukum sesetengah daripada kita yang lupa diri, tamak dan angkuh, tetapi Tuhan melindungi rumah-Nya (masjid)."

Lawatan ke Acheh kali ini sungguh menginsafkan walaupun setelah hampir 10 tahun peristiwa tersebut berlalu. Nak tahu apa perubahan yang telah berlaku jom tengok gambar-gambar yang sempat di rakam semasa ke sana baru-baru ini. Biar gambar-gambar berbicara .




Antara bulatan menarik yang terdapat di banda Acheh ini sebagai  mercu tanda sebagai simbolik Acheh



Lihat lah keadaan di sekitar banda Acheh yang telah banyak berubah serta cepat membangun dalam masa 10 tahun. Penulis dimaklumkan bahawa setelah bencana tsunami tersebut Acheh telah mendapat banyak bantuan yang datang dari serata negara yang bersimpati dengan bencana ini. Mungkin ini lah hikmah di sebalik bencana tersebut untuk membolehkan Acheh bangkit semula sepertimana sejarah pengeboman bandar Nagasaki dan Hiroshima di Jepun suatu masa dahulu.



Ini adalah bangunan Mahkamah Syariah Acheh yang baru di bina sesuai dengan perkembangan baru undang-undang syariah di Acheh. 


Ini adalah  daerah-daerah yang terletak di dalam wilayah Acheh  serta tertakluk di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah Acheh. Keadaan nya pun nampak lebih tersusun setelah berlakunya bencana tsunami suatu masa dahulu. Tapi kali nie tak sempatlah nak jelajah semua daerah tu.




Berposing sikit di depan Mahkamah Syariah Acheh sebagai wakil delegasi Peguam - Peguam Syarie dari Terengganu, Malaysia . Banyak pengalaman baru dapat dikongsikan di sini khususnya perbezaan perlaksanaan undang-undang Syariah di Malaysia dan Acheh. Antara yang menarik penulis dimaklumkan bahawa hukuman sebatan terhadap pesalah arak ( khamar ) telah pun dilaksanakan di khalayak ramai dan banyak lagi perkara-perkara lain yang di dalam perlaksanaan. Apa-apa pun penulis juga berharap suatu hari nanti ianya dapat juga di laksanakan di Malaysia walaupun mendapat banyak halangan-halangan.



Sebelum melawat ke tempat lain pulak, Penulis sempat berfoto bersama-sama kakitangan serta hakim Mahkamah Syariah Banda Acheh . Layanan mereka sungguh mesra serta kehadiran delegasi kami di sambut dengan meriah. Penulis juga  ingin mengucapkan " Syabas" kepada mereka kerana dapat melaksanakan undang-undang syariah  sebaik-baiknya serta menjadi contoh dan ikutan bagi negara Islam yang lain. Bak kata orang jauh perjalanan luas pengalaman. Mungkin selepas ini lawatan boleh di buat ke negara Brunei darussalam pula untuk menimba pengalaman di sana pulak.  Ok.. cukup dulu untuk kali nie. nanti kalau citer panjang-panjang boring pulak. Kalau  tengok lagi gambar-gambar yang lebih menarik nantikan post penulis yang seterusnya nanti ..  





Menyusuri Banda Acheh ( Part 1 )

Bertemu lagi kita di dalam post yang terbaru untuk bulan ini. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menyusuri banda Acheh di utara Sumatera  yang pada suatu masa dahulu gempar dengan bencana dahsyat tsunami pada 26 Disember 2004  dan gempa berskala 8.5 SR yang telah mengorbankan ratusan manusia dan memusnahkan banyak bangunan, rumah, kemudahan awam dan ternakan.  Lawatan ini dibuat pada 24-27 Oktober 2014 bersama delegasi peguam-peguam Terengganu dengan kerjasama  Al-Mukminin Travel & Tours  .


Namun satu keajaiban berlaku apabila berpuluh-puluh masjid termasuk Masjid Baiturrahman ( di atas ) tetap  berdiri teguh dengan kubah masih tersergam megah di tengah-tengah kehancuran beberapa bandar dan kampung akibat amukan tsunami. Menara masjid yang masih bersinar di bawah limpahan cahaya matahari adalah suatu fenomena yang menimbulkan kekaguman dan keinsafan terhadap kuasa Tuhan, seperti ungkapan ulama di Sigli, Aceh, Teuku Kaoy Ali: 

“Tuhan menghukum sesetengah daripada kita yang lupa diri, tamak dan angkuh, tetapi Tuhan melindungi rumah-Nya (masjid)."

Lawatan ke Acheh kali ini sungguh menginsafkan walaupun setelah hampir 10 tahun peristiwa tersebut berlalu. Nak tahu apa perubahan yang telah berlaku jom tengok gambar-gambar yang sempat di rakam semasa ke sana baru-baru ini. Biar gambar-gambar berbicara sendiri.




Antara bulatan menarik yang terdapat di banda Acheh ini yang dibina sebagai  mercu tanda simbolik banda Acheh.



Lihat lah keadaan di sekitar banda Acheh yang telah banyak berubah serta cepat membangun dalam masa 10 tahun. Penulis dimaklumkan bahawa setelah bencana tsunami tersebut Acheh telah mendapat banyak bantuan yang datang dari serata negara yang bersimpati dengan bencana ini. Mungkin ini lah hikmah di sebalik bencana tersebut untuk membolehkan Acheh bangkit semula sepertimana sejarah pengeboman bandar Nagasaki dan Hiroshima di Jepun suatu masa dahulu.



Ini adalah bangunan Mahkamah Syariah Acheh yang baru di bina sesuai dengan perkembangan baru undang-undang syariah di Acheh yang semakin pesat membangun seiringan dengan kemajuan bandarnya  sehingga di gelar serambi Mekah. 


Ini adalah  daerah-daerah yang terletak di dalam wilayah Acheh  serta tertakluk di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah Acheh. Keadaan nya pun nampak lebih tersusun setelah berlakunya bencana tsunami suatu masa dahulu. Tapi kali nie tak sempatlah nak jelajah semua daerah tu.Tunggu next trip pulak.




Berposing sikit di depan Mahkamah Syariah Acheh sebagai salah seorang wakil delegasi Peguam - Peguam Syarie dari Terengganu, Malaysia. Banyak pengalaman baru yang dapat dikongsikan di sini khususnya perbezaan perlaksanaan undang-undang Syariah di Malaysia dan Acheh. Antara yang menarik penulis dimaklumkan bahawa hukuman sebatan terhadap pesalah arak ( khamar ) telah pun dilaksanakan di khalayak ramai dan banyak lagi perkara-perkara lain yang di dalam perlaksanaan. Apa-apa pun penulis juga berharap suatu hari nanti ianya dapat juga di laksanakan di Malaysia walaupun mendapat banyak halangan-halangan dan tentangan undang-undang yang sedia ada.



Sebelum melawat ke tempat lain pulak, Penulis sempat berfoto bersama-sama kakitangan serta hakim-hakim Mahkamah Syariah Banda Acheh . Layanan mereka sungguh mesra serta kehadiran delegasi kami di sambut dengan meriah. Penulis juga  ingin mengucapkan " Syabas" kepada mereka kerana dapat melaksanakan undang-undang syariah  sebaik-baiknya serta menjadi contoh dan ikutan bagi negara Islam yang lain. Bak kata orang jauh perjalanan luas pengalaman. Mungkin selepas ini lawatan boleh di buat ke negara Brunei darussalam pula untuk menimba pengalaman di sana pulak.  Ok.. cukup dulu untuk kali nie. nanti kalau citer panjang-panjang boring pulak. Kalau  tengok lagi gambar-gambar yang lebih menarik nantikan post penulis yang seterusnya nanti ..  





Wednesday, August 20, 2014

Menyusuri sungai di Yang Shao


Kali nie kita akan pergi melawat pula sekitar gunung ganang yang terdapat di Yang Shao. Di sini dikatakan terdapat banyak dalam pelbagai bentuk gunung ganang. Paling mudah nak tengok gunung ganang nie adalah melalui jalan air ataupun menyusuri sungai yang terdapat di sini. Nak tahu bagaimana rupanya bentuk muka bumi di sini jom tengok gambar-gambar di bawah .



Nie adalah bot panjang ataupun cruise yang terdapat di sini.




nie adalah rupanya dalam  cruise tu. Ada meja untuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan dan panorama sepanjang perjalanan ini.



Jom berposing dulu di atas cruise nie. Cantikkan pemandangan gunung ganang di belakang


Aksi terbang di atas cruise .. horee horee ..dari Malaysia ke Yang Shao,Guilin


Sekali sekala menyusuri sungai di negara orang pun best jugak. 



Suasana ketika ini agak mendung tapi gunung ganang masih jelas kelihatan



En Mujtaba bersama pelancong dari Melaka, Malaysia yang kebetulan berjumpa dan menaiki cruise yang sama 


A happy family


Once upon a time in Yang Shao 


okey kita sudah sampai ke pengkalan. Jom kita pergi ke tempat lain pulak.



Di sini juga terdapat orang tempatan yang menjual produk-produk tempatan seperti jagung , kacang dan pelbagai.

Sepanjang perjalanan menyusuri sungai di Yang Shao dengan menaiki cruise di sini agak menarik kerana kita dapat melihat banyak pemandangan gunung ganang dan bentuk muka buminya Di samping itu pemandangan hijau di kaki gunung juga menenangkan fikiran . Ok setakat ini dulu untuk kali ini. Nantikan post-post yang lebih menarik nanti.

Monday, June 23, 2014

Jom teroka Guilin, China


Selamat berjumpa kembali di dalam post terbaru kami. Kali nie kita akan melawat pula ke tempat yang lebih menarik iaitu Guilin, China. Perjalanan dari KLIA2 ke airport Guilin mengambil masa lebih kurang 4 jam. Jadi kena pandai-pandailah memenuhi masa semasa dalam flight nanti. Kali ni kami akan di bawa oleh Malaysian Harmony Tour & Travel Agency dengan menaiki bas mini untuk melihat apa yang menarik terdapat di sini. Nak tahu apa yang menarik ... jomm ikut kami ...kita naik bas warna biru nie ..





Begini lah sebahagian gambaran kesibukan bandar Guilin setiap hari.Kat sini kebanyakan rakyatnya menggunakan skuter/motosikal  yang menggunakan elektrik ( bateri ) dan had kelajuan dibenarkan dalam bandar adalah 60 km/j. Mereka juga tidak diwajibkan memakai topi keledar melainkan motosikal yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar. Manakala had kelajuan di highway pulak hanya 80km/j. Jadi kat sini tidak banyak kemalangan maut berlaku apabila had laju di dalam bandar hanya 60km/j. Mat rempet pun susah nak jumpa kat sini.



 Ok tempat yang pertama yang akan kita lawati adalah " Guilin Cable Car "  . Ni adalah stesyen cable car untuk naik ke puncak  gunung Yao . Gunung ini terletak di utara Guilin dan merupakan gunung yang tertinggi di bandar Guilin dengan ketinggian 909 meter.Ianya terletak 12km dari bandar Guilin. Keadaan pemandangan dari puncak gunung ini dikatakan berubah-ubah mengikut musim . Tapi kali ni kita akan melihat suasana di musim panas.





Sebelum naik cable car ..sempat lagi berposing di hadapan kereta kebal nie . Kereta ni tak ada jual kat Malaysia .





Waaa ...lihatlah betapa indahnya pemandangan dari atas yang dipenuhi dengan gunung ganang yang menghijau. Suatu pemandangan yang jarang dapat kita lihat sebegini rupa di Malaysia. Allah Maha Besar ..




Perjalanan ke puncak gunung ni mengambil masa yang agak lama juga lebih kurang 45 minit untuk naik dan turun dari gunung. Maklumlah ketinggiannya  909 meter. Ianya tidak jemu kerana tapi kita akan dapat melihat pemandangan sekelilingnya yang menghijau sepanjang 1.4 km  perjalanan ini.

 






Lihatlah betapa indahnya gunung ganang ciptaan Allah yang dijadikan sebagai pasak bumi. Rasanya di sini kurang terjadinya gempar bumi bila banyak gunung ganang di sini.



Ada jugak pengunjung yang membawa payung sendiri untuk berlindung dari panas matahari dan hujan. Relaks jee tengok diorang tuu ..



Lagi pemandangan gunung ganang dari aras tinggi




Ini adalah lorong yang penuh ukiran dinding yang terdapat di atas kemuncak gunung ini 


Ini adalah Puan Nabilah  yang berposing bersama anaknya Muhammad Fahim Nadzran yang baru berumur 8 bulan di puncak pergunungan Yao. Sungguh teruja sekali dan tidak ramai rasanya ibu yang berani melakukan aksi sebegini. Ia memerlukan ketabahan dan semangat keberanian yang sangat  tinggi. Syabasss Malaysia Boleh ..




Horeee..saya pun dah sampai ke puncak gunung ..kata Fikri Najwan yang baru berumur 2 tahun . Beraninya dia naik kereta kabel nie ...





landing time ....cepat-cepat turun ...





Jom kita teroka apa yang ada di puncak gunung ini ...





Suasana landskap yang teratur dan kemas





Tidak kurang juga peniaga yang sedia menunggu kedatangan pengunjung untuk menjual barangan cenderamata. Macam-macam adaaa...



 Nie lah antara rombongan dari Malaysia kali ini ..





Nie adalah mangga-mangga yang berkunci yang dikatakan sebagai simbolik  impian pengunjung-pengunjung yang sengaja meletakkannya disini




Cik Najla, Nabihah dan Muhammad Faiq berposing di tepi kolam di puncak gunung..



Nie adalah pintu gerbang yang terdapat di sini .. Siapa pandai tolong terjemah tulisan Cina tuu...





Cik Najla sempat lagi berposing dengan wanita Cina  yang memakai pakaian tradisional Guilin ..Alahai senyum lah sikit dik ..




 Berposing dengan gadis dari  Guilin . Pelik jugak pakaiannya yang kembang macam burung merak




okey ..mana - mana  boleh membaca bahasa Cina silalah baca sendiri pasal sejarah gunung Yao nie yee...





kat sini pun ada banyak patung-patung keagamaan seperti ini




Masa untuk pulang dan naik kereta  kabel ..hati-hati turun tangga ..






Masa menuruni gunung Yao kita akan dapat melihat pemandangan bandar Guilin yang penuh bergunung ganang serta amat menarik.





Lagi pemandangan menuruni gunung Yao .jangan pandang bawah bagi yag ada penyakit " gayat " 





Bagi yang nak menuruni gunung melalui luncur nie pun boleh ..risiko tanggung sendiri yeee ...




Lihatlah betapa indahnya gunung ganang yang terdapat di sini.





Bagi yang minat nak beli kipas bolehlah beli di sini .





Nak tahu nie adalah cendawan gergasi yang ada di jual di sini



Okey setakat ini dulu buat post kali ini. Lokasi ni ini adalah antara  lokasi yang wajib anda ziarahi kerana di sini anda boleh melihat hampir keseluruhan bandar guilin dari aras tinggi kerana di sini adalah puncak gunung yang paling tinggi.Rasanya di Malaysia kita pun boleh mencontohi keunikan yang terdapat di sini dengan menggunakan sumber-sumber alam yang sedia ada. Okey , jumpa lagi di post yang lebih menarik pada akan datang . Tungguu.. tungguuuu ..