Monday, May 23, 2011

The Amazing Great Wall Of China. Menjejaki Keajaiban Dunia di Tembok Besar China

Kali ni kita menjejaki pula kesan peninggalan sejarah di negara China iatu Tembok Besar China. Kalau nak tahu penjang tembok besar ni adalah lebih kurang 5,6660 km bemula dari tebing Sungai Talu di Timur hinggalah ke Gunung Tianshan di sebelah barat. Bayangkan lah berapa lama orang dahulu kala membina tembok besar ini. Sebab itulah kat sini juga dikenali antara salah satu dari 7 keajaiban di dunia pada suatu masa dahulu...Apa - apa pun bagi yang tidak pernah sampai lagi ke sini, jom tengok gambar-gambar yang sempat saya snap semasa kat sana..


Lihatlah binaan batu batan yang dibina oleh orang Cina dahulu kala. Kemas dan teratur ajer kan


 Ni adalah pemandangan yang diambil dari Tembok Besar China. kat belakang tu pun ada tembok besar .Panjang dan berlingkar-lingkar ..


Jom kita tengok apa ada kat atas pulak ....


Beginilah keadaannya setiap hari....ramai ajer pengunjung samada pengunjung tempatan dan luar negara ..kat sini kalau nak exercise naik dan turun tangga kat sini lah tempatnya..


Yang nie adalah kubu di sekitar Tembok Besar China 


Yang nie adalah kota-kota lama peninggalan dahulu kala



Nie adalah antara kota dan kubu yang terdapat di Tembok Besar China


Wah...kecik-kecik dah sampai kat Tembok Besar China. Boleh ke naik ke atas tuu..tengok tangga tinggi-tinggi tuu...Kalau nak tahu faiq sebenarnya dah berjaya sampai ke atas yer..macam pengunjung-pengunjung yang lain...Tahniah.! Tahniah !


yang nie pun adalah pemandangan dari atas..cuba tengok tembok-tembok yang dibina di tepi lereng-lereng gunung tu...macam manalah orang dahulu kala terfikir nak buat tembok macam nie..Tapi kata orang tidak ada yang " Mustahil ". Jika ada kemahuan dan usaha semuanya boleh berjaya ..

Semasa sampai kat atas, Faiq sempat berposing bersama - sama Pengawal dan penjaga Tembok Besar nie..Diorang " sporting"  jer bila ambik gambar..kalau tak percaya ..Cuba tengok..


Yang ni pulak, Cik Najibah juga berjaya sampai ke atas Tembok China  . katanya " Peace " ..kalau nak turun kena hati-hati yer .tangganya curam jugak...


Bila dah sampai sini kalau tak beli cenderahati memang tidak sah...


Berposing sekejap di Tembok Besar China sebelum balik Malaysia


Kalau nak naik tangga nie sampai ke atas , anda kenalah sihat tubuh badan dan fit untuk aktiviti ini.


Ni adalah antara Replika Pahlawan Cina yang menjaga Tembok Besar China ni pada suatu masa dahulu


Opps..yang nie pulak adalah Pahlawan masa kini yang menjaga Tembok Besar ini dari musuh-musuh


Satu Malaysia...saya dah berjaya sampai ke Tembok Besar China



Nie adalah antara pengunjung Malaysia yang sempat berposing di kaki Tembok Besar China. Bergaya sakan nampaknya ...

Tak kurang hebat jugak makcik nie..Dah berumur pun masih lagi kuat dan gagah naik Tembok Besar China ..Apa petuanya nie.??.

Nie adalah antara rombongan dari Malaysia yang sama-sama dalam Beijing Tour  2011. Sebagai kenang-kenangan penulis blog ini abadikan foto ini di dalam blog ini .

Monday, May 16, 2011

Acrobatic In China


Setelah melawat Forbidden City di Beijing, kami kemudian sempat  dibawa melihat persembahan  Acrobatic Cina di suatu lokasi yang dinamakan Qin Yue Musical Palace, Beijing. Kumpulan ini dikatakan telah membuat persembahan di beberapa buah negara seperti Perancis, U.S.,Hong Kong , Taiwan , Japan , Macao dan beberapa buah negara lagi. Mungkin suatu hari nanti mereka akan sampai ke negara kita. Persembahan mereka memang cukup hebat dan menakjubkan sekali. Kalau tengok macam tidak percaya . Badan boleh lentok macam plastik dan getah. Itu mungkin antara kelebihan seni akrobatik kat sini. Bagi yang tidak melihat secara "  live " persembahan mereka, di sini Penulis blog ingin berkongsi dengan anda semua sebahagian dari persembahan mereka secara ekslusif di sini.. Foto-foto ini juga adalah ekslusif dan tertakluk kepada Hak Rekacipta Terpelihara ( Beladau Seri Photography copyright ) ..hee..hee... Sekiranya anda ke Beijing, jangan lupa pergi ke tempat ini ...sorry ..promote negara orang sikit...








































Monday, May 9, 2011

Forbidden City , Beijing

Forbidden City of Beijing
Kali ini krew Beladau  Seri berkunjung pula ke Beijing, Repunlic of China . Antara tempat yang sempat kami ziarahi lawati adalah " Forbidden City " atau pun orang panggil Istana Larangan. Istana purbakala ini agak unik kerana lain dari yang lain. Tempatnya agak luas dan mempunyai rekabentuknya tersendiri . Kalau nak tahu lebih dekat ...Jom kita pakat tengok foto - foto menarik yang sempat dirakam di sana. Kalau yang berhajat hendak ke sini boleh lah tengok gambar - gambar nie yer... .Jom..Jommm...


Ini adalah gambaran Forbidden City dari luar.. Sekelilingnya ada parit air yang besar dan temboknya yang tinggi. Mungkin pada masa ni arkiteknya sengaja membuat Istana yang dikelilingi oleh air untuk tujuan pertahanan dan keselamatan.


Di sini adalah pintu nak masuk ke Istana Larangan . Kat sini memang ramai pengunjung tempatan dan luar negara .Nak tahu macam mana rupanya di dalam Istana nie..Jom..ikut kami.... 


Ni adalah suasana di dalam Istana Larangan. Besar tempat nie..kalau tidak tahu jalan boleh sesat dalam istana nie..


Masa ni adalah musim summer..kalau winter penuh salji kat sini kot..


Cantik dan antik pintu gerbang nie..


Wah...Faiq pun dah sampai kat Istana Larangan nie..bukan main happy dia..


Lihat lah terbentang luas Istana Larangan nie..kalau masa dahulu kala mesti penuh pahlawan-pahlawan dan gundik - gundik  kat dalam istana ini.


Wah...mother dan baby nie ( Najla )  pun nak berposing kat Istana Larangan nie..Tahu ke baby tu dia kat mana nie...Tak pe lah bila dah besar nanti baru dia tahu kot..


Dataran dalam istana larangan


Nie adalah istana utama maharaja..di kawal ketat oleh pahlawan baju hijau nie..


lagi pintu gerbang dalam istana ..semua warna merah lah...


Nie adalah pintu keluar istana larangan ..


Berposing kejap di luar Istana sebelum balik ..kat luar pun ramai jugak orang..tdk putus - putus..so..kalau Anda membawa anak-anak kecil pastikan kena pimpin tangan anak-anak tu sepanjang masa...


Wah..kami sempat melihat tempayam besar dan antik di dalam istana ini..tdk tahu lah berapa ribu tahun umur tempayan nie..kalau sesiapa nak mandi bunga  dalam tempayam nie ..best jugak ..


lapangnya di dalam istana ....


Tiba - tiba dalam kunjungan kami, Faiq sempat berfoto dengan pengunjung berpakaian tradisi budaya dia ..peminat lah kot...tapi faiq tetap " kool"  jer tu..


 
Nie  adalah simbolik dalam istana nie..so ..tengok sedirilah..


Pokok ni  sangat unik dan jarang-jarang kita lihat..dahannya berlingkar-lingkar tuu..tak tahulah berapa umur pokok nie..


Ni adalah seorang rakan yang sempat berposing dengan faiq ..kata orang nak tumpang tuah kot...haa..ha..


Ni adalah bangunan muzium berhampiran dengan Dataran Tienmen..kat sini orang berbasikal adalah pemandangan biasa ...untuk kesihatan dan awet muda kot...



Kami sempat berkunjung ke Masjid Niujie di Beijing. masjid ni adalah antara masjid lama di sini . Rekabentuknya masih lagi mengekalkan tradisi China dan penuh ukiran-ukiran Cina. Biasalah masjid mengikut sosio budaya di sini... Kalau kat sini lainlah pulak ukiran dan rekabentuknya..


Ni adalah susana di dalam kawasan masjid Niujie..tenang jer jiwa bila berada di dalam masjid lama di sini..


Ni adalah antara muslim warga tua yang sempat kami temui di masjid ini..nampak warak jer diorang ..tapi peramah bila kami bagitau kami dari Malaysia..


Krew Beladau Seri sempat berjabat tangan dengan penjaga masjid ini....tidak kira dimana dan apa jua bangsa ..KITA adalah bersaudara ...Salam Perantauan  2011..


Nie adalah ukiran dan rekabentuk Masjid di China. ..Ok lah setakat ini dulu ..nantikan post-post yang lain pulak yang lebih menarik di Beijing nanti...kata orang  " Sharing is Caring  " .