Bertemu kembali di dalam post terbaru. Kali ni kita akan menjejaki pula ke terowong bersejarah yang dipanggil Terowong Khao Nam Khang yang terletak di dalam Daerah Natawee , Songkla. Ia merupakan antara terowong buatan yang terbesar dan terpanjang terdapat di Thailand. Ia mempunyai 3 tingkat dan 3 koridor yang berasingan. Terowong ini dikatakan boleh memuatkan seramai 200 orang dengan terdapat di dalamnya beberapa bilik seperti bilik mesyuarat, bilik kecemasan, dapur, bilik penyiaran dan sebagainya.Pada asalnya di sini terdapat 3 jalan untuk masuk kemudian telah ditambah menjadi 6 jalan untuk masuk ke terowong ini. Kebanyakan terowong ini terletak di kaki bukit. Nak tahu lebih lanjut macam mana rupanya tempat ini ..Jom ikut kami menjejaki terowong peninggalan askar Komunis ini suatu masa dahulu.
Kat sini adalah ruang pameran yang mempamerkan sejarah komunis di Malaya dan Selatan Thailand.
ini adalah gambar-gambar klasik askar komunis suatu ketika dahulu
Ini adalah gambar-gambar klasik terowong yang di bina serta serba sedikit berhubung sejarah terowong tersebut.
Ini adalah barang - barang peninggalan askar komunis juga dipamerkan di sini.
Ini adalah gambar-gambar askar serta pemimpin-pemimpin kanan askar komunis pada ketika itu
Nak tahu macam mana rupanya di dalam terowong ini..Jomm ..pakat ikut kami.. masuk ke sini adalah percuma serta tiada tiket di kenakan ..
Tu dia di dalam terowong nie pun sudah ada lampu untuk masuk ke sini. terowong nie pun agak tinggi serta tidak perlu membongkok.
waaa..banyaknya anak tangga ..rajin pulak diorang buat tangga dalam terowong nie ..
tu dia ..hati-hati cik adik bila naik tangga nie ..kot-kot terjatuh nanti tak dapet eden nak menolong..errr..errr ..ada line ke dalam terowong nie ..
Kat dalam terowong nie pun ada bilik mesyuarat ..macam tempat bersembang-sembang pun best nie
tu dia Penulis sempat juga bergaya dgn kameranya di dalam terowong misteri nie ..berpeluh jugak masuk terowong nie
Kalau penat naik tangga bolehlah berehat dan baring-baring kat sini ..nak tidur pun tak pe..tapi kena bawak bantal dan selimut sendiri lah ..
kat sini adalah tempat masak ( dapur ) ..nampak macam adventure pulak kalau tinggal dalam terowong nie ..nak masak spaghetti dan maggi pun boleh ..
kat sini pun ada pusat printing ..kalau letak mesin photostat pun muat lagi nie ..
nie pulak adalah tempat " Telegram "..kalau ada emergency boleh pergi kat sini yer ..
singgah sebentar kat dapur masak ..
nie lah rupanya terowong tu bila diambil dari tempat tinggi ..nampak bertingkat-tingkat ..kalau yang ada sakit jantung dinasihatkan jumpa doktor dululah dan mintak surat pelepasan kalau nak masuk terowong nie ..sorrylah tak sempat nak bilang ada berapa semua anak tangga ..
nie adalah gambaran bagaimana terowong ini di bina pada suatu masa dahulu
Pemandangan dalam terowong ..menarik kan ..kalau nak buat shooting wedding pun menarik kat dalam nie ..
Ini adalah pintu keluar dari terowong bertingkat tersebut yang telah diubahsuai ...
Kat sini adalah dewan untuk pemimpin-peminpin Komunis berkumpul dan bermesyuarat .
nie adalah tempat berehat dan berteduh di kala hujan lebat
kat sini pun ada tempat permainan ..tu nampak macam tempat bermain " basketball " jer ..kata orang askar pun kenalah bersukan untuk menjaga kesihatan diri ..
kat sini dikatakan tempat untuk majlis mengadakan akad nikah bagi pasangan-pasangan yang sudah bertemu jodoh ..
Kalau nak keluar dari terowong nie boleh juga keluar ikut pintu nie ..rugi kalau datang sini tak ambil gambar .. tengok macam saya nie ..hee hee..
Setelah selesai membuat lawatan ke terowong nie kelihatan pengunjung-pengunjung telah keluar dari tempat ini ..