Sunday, November 22, 2015

Travelog ke Padang - Bukit Tinggi, Sumatera Barat .


ok kita berjumpa lagi . Kali ini kita akan pergi melawat pula ke Bukit Tinggi Sumatera Barat, Indonesia . Dah puas bercuti-cuti di Malaysia kita ke kembara ke negara jiran kita plak. Nak tahu ke mana lokasi yang telah kami kunjungi jom tengok gambar-gambar yang sempat di ambil di bawah.



Lembah Anai terletak di Nagari Singgalang Kecamatan X Koto persisnya di jalan raya Padang-Bukittinggi. Lembah Anai terkenal dengan air terjunnya. Air terjun yang berketinggian sekitar 35 meter ini, merupakan bagian dari aliran Sungai Batang Lurah Dalam dari Gunung Singgalang yang menuju daerah patahan Anai.  Air terjun ini berada di bagian barat Cagar Alam Lembah Anai.

Airnya sangat jernih mengalir menyusuri perbukitan menuju lereng dan mengalir terus melewati jalan yang berkelok-kelok dengan pemandangan yang indah. Di sebelah kanan dan kiri jalan anda dapat menyaksikan lembah dan bukit yang menghijau ditumbuhi aneka pohon. Di sepanjang jalan menuju Air Terjun Lembah Anai anda juga dapat menyaksikan monyet-monyet yang berkeliaran seakan-akan dengan senang hati menyambut kehadiran para wisatawan yang datang dari jauh. Bila Anda menempuhnya dari kota Padang ke wisata Air Terjun Lembah Anai ini, Anda akan memakan waktu selama kurang lebih satu jam perjalanan darat.


Ini lah rupanya air terjun yang dapat dilihat dari tepi jalan besar sahaja. Tak perlu berjalan jauh untuk melihat air terjun ini .


 Adik Nabihah mengambil peluang untuk berposing sekejap di sini .


Tempat ini memang sangat sejuk hinggakan adik Najwan ini tertidur di bahu ibunya . 



 Kawasan di sekitar Bukit Tinggi kebanyaknnya kawasan pertanian. Dalam perjalanan kami terserempak dengan pekerja yang sedang mengumpul hasil pertanian. Ianya seperti suasana di Cameron Highland.

 
Rombongan kami berhenti seketika di sini ( Kiniko Industri ) untuk melihat cara kopi, pisang salai dan pelbagai jenis makanan ringan  dibuat secara tradisional 
 






ni adalah cara pisang salai di buat dan di proses di sini . 





 waa..banyak nya serbuk kopi yang sedang dibungkus. bergotong royong nampaknya


 sambil-sambil berehat bolehlah bermain congkak di sini sekejap. Ramai peminat tuu..



 Tu dia model cilik juga nak berposing di sini. Kenapa nampak masam je muka .. ada yang tak kena ke adik .. sekejap je yee.. 1..2..3..snap .


 Berposing gaya apa tu dik Fahim ..senyumlah sikit ..



Tu dia Puan Nabilah pun nak berposing di sini ..memang stylo lah ..



okey.. masa untuk bergambar dengan aksi bebas plak



Horeee..kita dah berjaya sampai di sini . Adik Najwan yang paling hadapan kelihatan paling ceria


okey ibu-ibu pulak nak berposing di sini ..ketepi..ketepi ..



  Dalam kembara ke sini juga kami terserempak dengan kawasan padang yang agak luas. rupanya di sini adalah tempat mereka melatih kuda-kuda liar .


 waa.. bukan senang nak dapat pengalaman menaiki kuda berlatarbelakangkan gunung 



 waa ..adik Nabihah dan Najla pun dah berani menaiki kuda ..hebak..hebak..ready to ride


okey ..cukup dulu setakat ini. Pengalaman menaiki kuda di sini memang best kerana kita akan dibawa menaiki kuda di trak yang terdapat di sini. Landskap di sini pun memang sungguh menarik bagi yang meminati pemandangan gunung ganang dan berkabus.Di sini suasana yang sungguh berbeza dari tempat lain. okeylah ..setakat ni dulu. Jumpa lagi di post yang lain pulak.

Wednesday, November 4, 2015

Kembara ke Magic Eye 3D Museum Hatyai


 Kali nie kita akan singgah ke Magic Eye 3D Museum di Hatyai. Ianya terletak di 1408 Kanjavanich Road, Hatyai Road Hatyai Songkhla Thailand . Muzium 3D sekarang nampaknya semakin popular di mana-mana hinggakan di Pulau Langkawi pun sudah ada muzium 3D. Ianya dibina atas daya kreativiti masing-masing. Apa-apa pun jom tengok pengalaman kami ke Hatyai baru-baru nie memasuki muzium 3D. 



Nie adalah gambaran cermin ajaib. Tengoklah apa yang pelik dalam gambar nie. 


Awas ...Giant Iguana tuuu ...

selamatkan diri anda dari batu batan yang besar tuu..larii ..larii ..



Aku seorang Pengembara

Yang nie adalah meja ajaib.  Cuba teka di mana badannya berada ..



Aduh ... terkena panahan


Tolong ! Tolong ! ...jangan makan saya ..


Pertarungan terhebat dan  terakhir di akhir zaman ..hanya seorang yang akan hidup ..



Jom ikut saya mengembara menaiki unta ini di Padang pasir..



Sediakan Payung sebelum hujan ..antara watak klasik dan moden


Nak naik ke awan ke tuu ..kawan karib nie tak dapat dipisahkan


Ready to fly . saya dah ada sayap .hee..hee..


Sejuknya tempat nie ..boleh lepas ke nak lompat gaung nie..




hai ..nak berjoget dengan anak kanggaroo ke ..




Hidup kita ini  ibarat neraca masa 


Secara keseluruhannya pengalaman kami di sini sungguh menarik kerana gambar-gambar yang di pamerkan di sini nampak seolah-olah hidup. Terdapat pelbagai gambar dari pelbagai zaman di pamerkan di sini. Bagi kanak-kanak ia pasti amat menarik minat mereka di sini. Bagi yang minat fotografi pula di sini adalah tempat yang sesuai untuk anda belajar mengambil foto dari pelbagai sudut berdasarkan daya kreativiti masing-masing. Gambar yang terdapat di sini sudah pasti tidak sama dengan gambar yang terdapat di muzium 3D yang lain di Malaysia . okey setakat nie dulu untuk kali nie . Nantikan post yang lebih menarik nanti.