Wednesday, February 1, 2012

Melawat Masjid Hasanol Bolkiah , Brunei Darussalam


Setelah lama tak update blog nie ,di kesempatan ini penulis berkelapangan untuk menyambung lagi rentetan perjalanan ke Brunei Darussalam.  Di sini adalah antara masjid yang tersohor di Brunei dan diberi nama Masjid Hassanol Bolkiah, Brunei Darussalam . Ianya terletak 1 km dari pekan Tutong.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Yang Teramat Mulia Paduka Duli Pengiran Muda Mahkota Hassanal Bolkiah pada hari Jumaat, 9hb. Jamadilawal, 1386 bersamaan dengan 26hb. Ogos, 1966. Jom kita tengok apa yang menariknya terdapat di masjid ini .






Itu dia seorang ibu sedang berposing bersama anaknya.Cik Najla ..



persekitaran masjid yang bersih



Di sini juga dikatakan hampir setiap hari ramai pelancong tempatan dan luar negara datang untuk melihat keindahan rekacipta dan kesenian binaan masjid ini .  Moga Allah memberi hidayah kepada mereka untuk lebih mendekati Islam



Ini adalah antara menara yang dibina. Penuh dengan kesenian 






Kelihatan masjid berkubah emas 



Pandangan masjid ini dari hadapan. Opps.. ada seorang kanak-kanak di tepi dinding tuu.. Mungkin suatu hari nanti bila dia meningkat dewasa baru dia tahu bahwa dia sudah sampai di sini.


setakat ini dulu untuk post kali ini .. jika ada kesempatan lain saya akan berkongsi lagi dengan anda dengan post-post yang lebih menarik lagi.. Nantikan ...