Monday, December 31, 2012

Rumah Terbalik Tuaran , Sabah


Berjumpa lagi ..kali nie kita akan melawat pula ke tempat yang agak pelik iaitu " Rumah Terbalik "
 ( Upside Down House ) . Ia dikatakan antara yang pertama dibina di Malaysia dan hanya terdapat di sini. Ia terletak di Jalan Telibong ,Tamparuli dan mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Kota Kinabalu, Sabah. Ia mula dibuka kepada orang awam pada bulan Februari 2012 dan telah ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke sini. Apa yang menarik di sini adalah semua peralatan rumah seperti meja , kipas dinding , set bilik tidur, dapur dan sebagainya di dalam rumah ini adalah terbalik. Kalau tak percaya anda bolehlah datang sendiri ke sini. Apa-apa pun kali nie kita nak berkongsi dengan anda semua.  Nak tahu camna rupanya rumah terbalik nie, Jom tengok gambar-gambar yang diupload di sini ...Jom..Jom..



Sesiapa yang nak masuk ke rumah pelik nie, bolehlah ketuk gong nie kuat-kuat ..1..2..3.




Lihatlah rumah di belakang nie ..sudah terbalik ..bumbungnya mencecah bumi 




Rekabentuk rumah nie cantik tapi sayang ianya " terbalik " . Kreatif jugak idea rakyat Malaysia nie 




Yang ini pulak kereta kancil yang terbalik ..Eh.. Tak bahaya ke kanak - kanak main bawah kereta tuu..isshhh..isshhh..bahaya tuuu...tapi nampak macam ada Superhero yang boleh angkat kereta sebelah tangan..powerlah Faiq ..


 

Nie adalah pintu keluar dari rumah terbalik ..cuba perhatikan betul-betul kat luar tu ada basikal yang terbalik termasuk pasu bunga. Pendek kata kalau masuk ke dalam rumah tu semuanya terbalik  tapi jangan pening sudah... Tapi sorrylah gambar di dalam rumah ini tidak dibenarkan ambik ..nak jaga privasi rumah nie kot.. jadi sapa nak tengok camna rupa di dalam rumah nie, kenalah datang sendiri .


Oklah setakat nie dulu untuk post kali nie., kalau nak tengok dengan lebih dekat  anda kenalah datang ke sini..bye.bye..nantikan travelog kami  seterusnya iaitu ke Kota Kinabalu pulak dalam  post yang akan datang

Thursday, December 6, 2012

Jom Singgah di kaki Gunung Kinabalu, Sabah




 Hai semua ..dan berjumpa lagi. Kali ini travelog kami di teruskan lagi ke Gunung Kinabalu, Sabah. Gunung ini dikatakan antara gunung yang tertinggi terdapat di Malaysia ( 4,095 meter / 13,455 kaki ) . Ia terletak di Kinabalu National Park lebih kurang 2-3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu, Sabah. Di sini terdapat pelbagai spesies tumbuhan, rama-rama, burung  dan sebagainya sehingga diberi status sebagai salah satu warisan dunia oleh UNESCO. Nak tahu apa yang menarik di sini , jom tengok gambar-gambar di bawah nie yang sempat Penulis snap ..



Kalau nak tahu ini adalah rekod catatan masa terpantas yang pernah dicatatkan oleh pendaki-pendaki yang hebat dari seluruh dunia .. Jadi  kalau anda boleh challenge masa mereka nama anda juga boleh dicatatkan di sini ..
 


 Tu dia.. kelihatan Pendaki-pendaki baru turun dari kemuncak Gunung Kinabalu..santai jer tengok diorang 



 Nie adalah pintu masuk bagi sesiapa yang ingin mendaki ke puncak Gunung Kinabalu




Nak datang ke sini  semua kemudahan sudah disediakan 



 Waaa.. adik Fikri Najwan nie pun sudah sampai ke kaki Gunung Kinabalu ..baru berumur 7 bulan .. 




 Untuk kenangan , ibu serta anak-anak juga sempat bergambar di kaki gunung Kinabalu ..kerusi untuk bergambar juga disediakan di sini ..




Tak lupa juga  Penulis sempat bergambar bersama keluarga di sini ..keadaan di belakang agak berkabus walaupun di tengahari .




 Bagi yang minat untuk mendaki dan mencuba mendaki Gunung Kinabalu , nie adalah peta atau track untuk anda ikut yer .. 



Nie adalah track untuk mendaki ke Gunung Kinabalu.  Waa..tengok tu Faiq macam dah tak sabar nak mendaki ke Gunung Kinabalu ..  sabar yee..tunggu bila besar sikit nanti ..



 Nie adalah tempat untuk pengunjung-pengunjung berehat serta kedai barangan cenderamata



Oklah ..setakat nie lah dulu untuk post kali nie ..nantikan post yang lebih menarik lagi nanti ..TUNGGUUUU...



Add caption

Sunday, December 2, 2012

Kolam Air Panas , Ranau Sabah

Okey, kita akan melawat pula ke Poring ( Kolam Air Panas ) di Ranau, Sabah. Ia terletak lebih kurang 40km dari Kinabalu National Park. Nak tahu lebih dekat apa yang terdapat di sini jom kita pakat tengok gambar-gambar yang sempat saya snap


Kat sini semua tempat adalah  menarik ..jadi pilihlah ke mana nak pergi .

 
Inilah tempat kolam air panas.." I  were here ..2012 "

 

Kat belakang saya nie adalah kolam air panas .



Kalau sesiapa yang rasa nak mandi dan berendam bolehlah berendam di sini 



 Lagi kolam yang dibina khas untuk pengunjung



Kalau hari minggu dikatakan kolam ini penuh dengan pengunjung luar dan tempatan. Jadi kalau anda ingin berendam lama-lama baiklah datang pada hari biasa.




Oklah setakat nie lah dulu untuk post kali ini. kata orang jauh perjalanan luas pemandangan ..nak pergi ke tengok rumah terbalik lah pulak ..nantikan di post yang akan datang ..bye..bye..