Kali ini saya ingin membawa anda melihat apa yang menarik di Kampung Ayer ( water village ) , Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam. Untuk ke sana kita kenalah naik bot tradisional nie..Kat sini memang banyak bot-bot tradisional menunggu di sini. Anda hanya perlu membayar 20 BND sahaja untuk satu bot ini. Perjalanan mengeliligi kampung air mengambil masa lebih kurang 45 minit. Jommm kita tengok apa yang ada di sana..
Kelihatan banyak jugak bot-bot tradisional disediakan untuk para pelancong yang datang ke sini.
Pada masa nie cuaca agak baik dan cerah. Drebar bot ni agak peramah dan suka bercerita pasal kampung air nie.Jadi kami layan sajalah ceritanya.
Sessi memberi penerangan baru bermula tuu..dan tdk sedar gambar ini diambil..
Nie adalah sebahagian bangunan yang terdapat d isekitar kampung air
Kat dalam air pun ada papan iklan yang besar. Tengoklah tu kabel elektrik pun ada dalam air. Hebat-hebat..rasanya sapa-sapa nak iklan kat sini kosnya lagi mahal ..
merentasi dan membelah sungai..hati-hati dik..nanti jatuh..
antara jenis - jenis rumah yang direka khas di atas air ..rumah tradisional melayu..di belakang tu adalah masjid berkubah emas.
jambatan yang merentasi sungai ini pun ada dibina untuk kemudahan penduduk kampung ini ..kalau kat daratan macam jejantas lah..tapi kat sini tak ada traffic light yer..
antara kenderaan yang utama bila masuk ke kampung air ini
cantik rumah nie .macam homestay atas air dah..
kat sini kalau nak memancing pun senang ..bila-bila masa sahaja..tak payah pergi pasar dah..
tangga nak naik ke rumah pun ada disediakan tuu..
Lihatlah sekeliling sungai nie..penuh dengan rumah-rumah di atas air. suatu pemandangan yang jarang-jarang kita boleh lihat jika anda berkunjung ke sini..promote sikit..ne kena bagi royalty kat kami nie..
Pemandangan pinggiran Bandar Seri Begawan
Ini adalah surau di atas air . Kalau sesiapa nak ke surau ini bolehlah singgah dengan menaiki bot.
lagi gambar surau atas air
Lihatlah kabel elekrik yang terdapat di kampung air ini. Agak-agaknya berapa lama masa diambil nak siapkan kabel nie..Tapi kata orang semuanya tidak mustahil..ia mungkin boleh dilaksanakan di Malaysia
Rumah air yang mengekalkan ciri-ciri lamanya.
Kelihatan bot yang membawa penumpang meluncur masuk ke kampung ini
Ini adalah surau yang dibina di tepi jeti untuk kemudahan ummat Islam
Ini adalah wajah balai polis yang juga dibina di atas air..kalau sesiapa nak buat aduan bolehlah ke sini ..berkhidmat pada setiap masa.
Kalau nak tahu nie lah rupanya sekolah atas air ..2 tingkat lagi tuu..
Ini pulak juga rupa sekolah agama kampung setia yang dibina di atas air
kalau nampak baca sendirilah
Bukan main kagum lagi pelancong-pelancong dari Terengganu nie..
Di kesempatan ini saya pun mengambil peluang untuk berposing di atas bot nie bersama anak-anak..
I was here ..anda bila lagi ..
I was here ..anda bila lagi ..
Faiq dengan gayanya tersendiri
wah ...ceria dan sporting ajer drebar bot nie.. " Welcome to kampung air " katanya
Ni adalah rumah-rumah yang rekabentuknya lebih moden dan teratur
Cik Najla dan abangnya sedang menikmati keindahan alam ..kecik-kecik dah berani naik bot..
Cik Nabihah bersama adik dan abangnya
Nie pulak adalah stesyen minyak terapung " Shell "
nie pun masjid di tepi sungai
lagi gambar rumah- rumah kampung air
yang ini sebahagian lagi projek rumah air yang dalam pembinaan
setelah pusing-pusing di sekeliling kampung air nie ..rombongan kami pun nak pulang ke daratan semula ..
kelihatan bandar yang semakin pesat membangun