Pages

Wednesday, June 15, 2011

Memori di Beijing, China

Okey..kalau nak tahu nie lah rupa dan keadaannya sebahagian bandar Beijing. Waktu ni adalah awal pagi. jadi sebab tu lah nampak tak ramai lagi orang - orang kat sini . Nak pergi jalan mana yer ?


Gambar ini di ambil di awal pagi. Nampak ramai orang - orang kat sini yang hendak pergi kerja..alaa samalah macam kat Malaysia..


Wah..Cik najla pun dah sampai ke Beijing bersama  ibunya..cayaalah..



Ni adalah antara kereta beroda tiga. Nampak unik dan jarang - jarang kita jumpa kat Malaysia. Apa-apa pun berposing kat sini jap wat kenangan .

Sekali sekala bergambar dengan orang-orang tua di Beijing apa salahnya...nampak smart jer nenek nie bertopi dan berseluar jeans..sporting lagi..caya lah Faiq..


ni adalah gabungan orang muda,tua dari Beijing dan  Malaysia ...ada perbezaannya " Lu Pikir Lah sendiri ..."


Nie adalah Penjual Strawberi yang sempat kami jumpa di jalanan. Kat sini buah strawberi kira murah jugak. Buah-buahnya besar jugak. Sekali tengok gambar nie macam zaman 70-an  pulak. Kalau kat Malaysia memang tak jumpalah orang jual strawberi macam nie.


Ni adalah lukisan Cina di sebuah Restoren Islam di Beijing. Sesiapa yang boleh baca tulisan Cina bolehlah tolong terjemahkan apa maknanya . Gambar ni diambil kerana ianya nampak unik dan klasik.


Ini adalah lokasi di sekitar Bandar Beijing. Foto ni sengaja di hitam putihkan untuk mewujudkan susana klasik. Latarbelakang pun nampak klasik jugak.



Haa..haa..kalau nak tahu corak nie sebenarnya diambil dari sehelai baju yang diperbuat dari sutera di Beijing. Corak ini merupakan corak purbakala dan sulaman orang dahulu kala. Kreatif jugak yer..



kalau sesiapa nak tahu ini adalah " kepompong " ulat sutera.  Dari sinilah asalnya benang sutera sebelum ianya di proses menjadi kain sutera. Di dalamnya kepompong nie ada telur ulat sutera.



Ini adalah alat yang digunakan untuk mengasingkan benang sutera dari kepompong. Ianya masih lagi secara tradisional.



 Setelah siap diproses, maka siaplah kain sutera tersebut dan boleh dijual. Kat sini ada pelbagai corak.
so sesiapa berminat bolehlah pilih..bawak duit lebih sikit yer..



Ini adalah sebahagian jambatan klasik di Summer Palace, Beijing. Cantik , menarik tertarik


yang nie pulak kenapa termenung jer kat situ. Ada apa-apa yang tdk kena ke.?? Actually dia sajer berposing kat tepi jambatan ..tapi tak tahu gaya apa nie  ..



Yang ini pulak adalah Cik Ibah dan Cik Najla yang cute sedang berposing di jambatan Summer Palace.


Yang ini pulak adalah bot berwajah ala-ala naga.  Kreatif jugak orang- orang kat sini.


Yang ini pulak model di tepi batu


Penulis blog ini juga sempat berposing di jambatan ini sebagai kenang kenangan..haa..haa..




kami juga sempat berkunjung di masjid lama yang dalam proses pembinaan. namun rekabentuk tradisi masih lagi dikekalkan..dan warna merah juga menjadi pilihan mereka. Mungkin ada rahsia di sebalik warna merah nie.. 

Ini adalah atap-atap yang ada kat masjid di sini. Tengoklah betapa kreatifnya mereka.



sebelum pergi ke destinasi lain, anak kecil nie berposing kejap ...

 yang nie kenapa tuuu..merajuk kee..


Nie adalah pintu masuk ke masjid Nan Do Ya di Beijing. Kalau kat sini dan mana-mana pun di Beijing rekabentuknya adalah sama ajer. ada ukiran - ukiran cina. cuba tengok tuu...



Ni adalah rupa masjid lama yang dikenali Nan dou Ya ..senibinanya cukup klasik .

Sebelum pulang, penulis blog sempat bersembang dengan penjaga masjid ini . Katanya di sini ramai pelawat dari Malaysia yang berkunjung di masjid ini. malahan ada perkataan seperti tanda arah " Tandas " di tulis di kawasan masjid ini . Mereka sangat peramah dan baik hati. Moga suatu hari kita akan bertemu lagi.


Kat sini kami sempat dibawa ke Stadium Sarang Burung, Beijing. Kebetulan pada masa nie cuaca dan keadaan sedikit berkabus . Masa nie adalah musim panas tapi berangin sikit.


 okey lah..setakat ini lah dulu travelog kami di Beijing ..nantikan post yang lebih menarik di Vietnam pulak nanti...kata orang jauh perjalanan luas pemandangan ..



No comments:

Post a Comment