Pages

Friday, July 8, 2011

Bersantai di Pulau Redang, Terengganu



Setelah berkunjung ke Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir kali ni kita bersantai pulak ke Pulau Redang, Terengganu. Perjalanan ke Pulau Redang mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Pengkalan Merang. Kalau anda naik ferry dari Taman Shahbandar, Kuala Terengganu ianya mengambil masa lebih kurang 2 jam. Kalau nak cepat ke Pulau Redang lebih baik naik kat sini. Kat pengkalan ni ada banyak bot-bot bersaiz sederhana dan besar di sini. Jadi anda boleh pilih nak naik yang mana satu. Kali ni kami menaiki bot Holiday Resort. Tengok tu..bot sudah ready ...Jom ikut kami..



 Wah...ni merupakan kali pertama Faiq akan pergi ke Pulau Redang bersama To' Ciknya. Bukan main bergaya lagi Tok Cik bersama faiq hendak naik bot ke Pulau Redang ..macam orang muda..


Landing time..kita sudah sampai ke Pulau Redang, Holiday Resort. Tengok tu..nak turun dari bot dah disediakan tangga..terus turun ke tepi pantai.


Best ! Best ! Best ! kata Bihah bila saja sampai dan menjejak kaki ke Pulau Redang


Sungguh indah pemandangan di sini. Airnya jernih dan membiru ciptaan Allah . Sekali tengok ajer rasa tenang dan damai.


Saya dah sampai kat Redang Holiday Resort. Berposing kejap buat kenang- kenangan kat papan tanda resort nie... Jangan marah yer..


Ni adalah sebahagian panorama semulajadi yang terdapat di sekitar Pulau Redang ini.


Kalau nak tahu di sini lah chalet tempat kami menginap. Ianya terletak di tempat yang agak tinggi serta mengadap laut ( seaview ). Biliknya luas serta lokasinya pun menarik. Petang - petang bolehlah bersantai di luar sambil di tiup angin sepoi-sepoi bahasa.. kata orang bolehlah kalau nak hlangkan tensen....


selain tu , kat sini jugak boleh buat aktiviti bermain pasir.  Hai ..tu nak buat apa tu..nak buat kuih ke



Antara aktiviti yang paling best kat sini adalah mandi di tepi pantai. Waahh..waahh..waah..bukan main suka Bihah main air laut..Landai dan jernihnya air kat laut kat sini.. Kat sini tempatnya Insyaallah selamat kerana pantainya sangat landai ..


Saya pun dah pandai berenang lah..


Haah..inilah Gaya ku yang tesendiri..I wanna to fly ...


Kat sini memang Best ...cuba tengok view kat belakang saya tu..airnya jernih dan biru...



Antara sebahagian ahli keluarga penulis yang turut serta berehat ke Redang Holiday,Pulau Redang.


4 orang kanak - kanak yang sedang bermain air laut .Mungkin suatu hari nanti kita akan datang lagi kat sini..

Tidak ketinggalan , buat kenangan najla bergambar bersama ibunya di Pulau Redang ini. Rasanya dia pun tdk puas lagi bermain dan mandi air laut di sini. Jika ada kelapangan masa, kita akan datang lagi ke sini untuk bersantai.

gif maker online

1 comment:

  1. Nie pergi amek package ke?or just sewa room je?coz bwk anak2..saya pun plan nak bwk anak2 tuk next year..thanks :)

    ReplyDelete