Sekarang saya berada di jeti untuk menaiki cruise ke sekitar Teluk di Milford Sound, New Zealand. Backgrond di belakang adalah yang original dan unedited yer..moment pun pada masa nie memang berkabus..
Tidak lupa Cik Nabihah dan Faiq sudah bersedia untuk menaiki cruise di belakang tuu..
2 orang pelawat dari Malaysia pun bersedia untuk menaiki cruise ni . Pelawat berbaju pink tu sedang mendukung anak kecilnya..hebat-hebat..kata orang Malaysia Boleh..tak perlu nak tunggu umur anak-anak besar baru nak pergi kes sini..
Nie macam sesi penggambaran yang hebat . Satu-satunya model terpilih dari Malaysia untuk bergambar di sini ..semuanya ditanggung oleh penaja ..
Antara model cruise yang terdapat di sini. Cruise ni memang selesa ..macam 3 bintang dan ada aircon
Nie pun model cruise yang lain pulak..jadi boleh pilihlah nak naik yang mana satu
cepatlah abah .....saya dah tak sabar lagi ning nak naik cruise tuu..
sebelum kita naik cruise nie ..berposing sekali lagi untuk wat balik Malaysia
Sepanjang perjalanan menaiki cruise ni, kita akan melihat air terjun yang keluar dari tepi kaki gunung..kalau kat Malaysia air terjun ada di dalam hutan tetapi di lain pulak ..tengoklah sendiri ..Di sini juga dikatakan antara salah satu dari 8 keajaiban yang ada di dunia ini..
Kat sini pun ada anjing laut macam dalam citer Discovery Channel .. Tak tahulah binatang nie panjat macam mana..yang penting kita boleh tengok " live "
Suhu pada masa nie agak sejuk sikit ..tapi sajer pakai t shirt ..nak rasa angin kat teluk nie..tempat nie memang sangat cantik ..tambah pula berkabus..
Wah..hebatnya ..tak takut ker bawak anak kecik tu naik cruise ...pegang kuat-kuat nanti jatuh plak..
Cik Najla bersama ibunya
Gaya Zuhal Nakhoda di New Zealand .aku dengan gayaku tersendiri...
Kat sini adalah tempat untuk berehat dan minum coffee untuk para pelawat yang ingin menaiki cruise
Kelihatan seorang anak muda yang tampan bergaya bersama cameranya.Saya suka melihat pokok-pokoknya yang menarik yang terdapat di sini.
Sini adalah pergunungan Homer ..Lihatlah kabus di belakang saya ... Kalau musim salji kawasan nie memang ditutup untuk laluan awam kerana ianya akan penuh diliputi salji tebal..
" I was here....what amazing place." kata faiq
Nie adalah baki salji yang masih membeku ..lihatlah betapa besarnya salji tu dengan kita ..
kelihatan tinggalan salji yang sedang mencair di musim panas....kalau nak tahu betapa sejuknya ais tu bolehlah pergi kat situ ..
Di sepanjang perjalanan ini, kami sempat berjumpa dengan seekor burung yang aneh dan cantik..tak tahu lah burung nie nama apa..
jinaknya burung nie ..kalau buat balik Malaysia best nie..boleh tambah koleksi burung..
Sebelum pulang, kami sempat berposing untuk kenang-kenangan dan pengalaman di sini tidak dapat dilupakan.
Semasa dalam perjalanan pulang, kami terjumpa dengan bunga lavenda yang tumbuh di kaki gunung di sini ..Ini merupakan kali pertama kami jumpa bunga ini yang tumbuh melata dan mempunyai pelbagai warna disepanjang perjalanan kami ke Milford Sound dari Queenstown..
Cik Najla sedang berposing dengan bunga Lavenda di kaki gunung