Pages

Sunday, November 20, 2011

Melihat Telaga Minyak di Seria, Brunei ( Part 2 )


Dari Kuala Belait kita melawat pula ke tempat pengeluaran minyak di Seria, Brunei. Kami dimaklumkan bahawa kebanyakan minyak di sini berada di darat dan di kendalikan oleh syarikat gergasi Shell sejak dahulu lagi. Bersempena dengan pengeluaran minyak yang ke 1-bilion pada bulan Julai tahun 1991 syarikat Shell telah membina monumen di atas sebagai penghargaan serta sumbangan kepada negara Brunei. Tapi setakat tahun 2011 tak taulah dah berapa bilion.Monumen ini mempunyai maksudnya yang tersurat dan tersirat. Kalau nak tahu lebih detail kenalah datang ke sini. Tapi yang agak susah nak pergi ke sini bolehlah tengok gambar-gambar yang saya shoot kat sana Hanya ekslusif di dalam blog Beladau Seri ini  ..Jooommm......., kita tengok gambar-gambar yang menarik di bawah..




Ini adalah gambaran monumen dari pandangan arah hadapan.



Wah ! Bukan main bergaya tuu sambil promote monumen pengeluaran tong minyak yang ke 1 bilion . Kat Brunei ni tulisan jawi menjadi kewajipan di mana-mana jua.termasuklah di bandar-bandar kecil  di Brunei. Kata orang bahasa menunjukkan bangsa..



Sebagai kenang - kenangan Faiq sempat bergambar dengan kawan barunya bernama Cik Amani yang kebetulan menetap di Brunei . Walaupun berbeza negara tetapi masih lagi boleh bersatu kerana bahasa kita adalah serupa dan kita adalah bangsa  Melayu.




Faiq bersama ibunya berposing di hadapan monumen 



Yang ni rasanya paham-paham sendirilah yee...



 Cantik tak di belakang saya nie..semuanya mempunyai sejarahnya tersendiri


Ni adalah antara jentera yang digunakan untuk menggali minyak di daratan


Jentera ini pulak orang panggil " Nodding Donkey ". Terdapat beribu Nodding Donkey di sini dalam pelbagai saiz.


Tu dia faiq berposing di hadapan Nodding Donkey



Ni adalah paip minyak yang digunakan untuk menyalurkan minyak ..agaknya lah



Ni adalah replika tempat simpan minyak model jenis lama .Macam gerabak keretapi lah pulak




Kat sini pun ada pantai yang menarik. Rasanya kat sini pun ada banyak lagi minyak 



Ewah - ewah ...Faiq nak bagi bunga kat sapa tuu..atau main petik bunga ..



Cik Najla bersama ibunya ..Tahu ke anak kecik dia dah sampai ke Brunei. Mungkin bila dah besar kelak barulah dia paham kot..


Penulis blog  juga sempat berposing di monumen bersejarah ini. Kalau sapa-sapa nak tahu saya lah
" Zuhal Nakhoda " . nama samaran jer di alam maya nie...


 Oklah cukup setakat ini dulu untuk post kali ini di sekitar lawatan ke Seria, Brunei. Kalau nak citer panjang2 kat sini sehari pun tak habis. Untuk post yang akan datang, kita akan menjelajah pula tempat-tempat lebih menarik di Bandar Seri Begawan, Kampung Air dan sebagainya. Kat atas ni adalah antara masjid berkubah emas yang terdapat di Bandar Seri Begawan.So nantikan kemunculan post terbaru nanti ...Yezzarrr...















No comments:

Post a Comment