Pages

Wednesday, October 31, 2012

Jom Ke Sabah Negeri Bawah Bayu

Berjumpa lagi dalam post yang terbaru.Kali nie kami akan kongsikan dengan anda pengalaman kami melawat ke Kota Kinabalu, Sabah. Perjalanan menaiki kapal terbang mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit dari Kuala Lumpur. Rasanya tak lah lama sangat jika anda membawa apa-apa majalah untuk dibaca semasa dalam perjalanan untuk menghilangkan bosan. Tempat yang menarik kali ini yang sempat kami lawati dan singgah adalah Kundasang, Poring ( Kolam Air Panas ), Tuaran ( Rumah Terbalik ) , Pulau Manukan , Jesselton town dan Sabah Tea Garden. Kali nie kami menyewa van selama 2 hari untuk perjalanan ke Kundasang serta dengan bantuan GPS ( Gamin ) untuk ke sana.  Nak tahu lebih lanjut tavelog kami, jom ..jom..tengok gambar-gambar yang telah diambil oleh photographer yang diimport khas dari Semenanjung Malaysia .


Nie lah rupa bentuk muka bumi Kundasang yang bergunung ganang serta berkabus di waktu pagi.

  
Di sini lah kami menginap untuk hari pertama iaitu Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa . Hotel nie dikatakan antara hotel yang tertinggi terdapat di sekitar Kundasang, Sabah



Pemandangan dari atas hotel. Tempat parking yang luas .



Salah seorang pengunjung sedang berposing berlatar belakangkan Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa. Nie kali pertama lah katakan


Antara rekabentuk chalet yang menarik terdapat di sini.


Berposing skali sebelum balik ke semenanjung Malaysia



" Tiru macam saya " kata Faiq kepada Najla di atas Jambatan gantung



Aksi bersahaja di hadapan lensa. 




Puan Nabilah juga sempat berposing ala-ala model muslimah masa kini. Ada style doh tapi beg duit tu kalau simpan tempat lain lagi menarik.




Di sini juga disediakan tempat untuk melihat kaki gunung Kinabalu . Tak perlu pergi jauh-jauh.



Lihatlah kaki gunung kinabalu yang berkabus di belakang tuu...udara pun segar dan nyaman di sini



Tidak ketinggalan photographer nak berposing sekali bersama anak-anak beliau. Terima kasih kepada En.Mujtaba selaku pembantu photographer yang turut serta dalam travelog kali nie.




Besarnya batang pokok nie.. cuba teka berapa ratus tahun umur pokok nie ??



Berposing gaya bebas memeluk pokok tua




Tu dia Faiq dan Nabihah  turut bergambar bersama mak ngahnya dari Perlis .




Aksi model kanak-kanak muslimah . Sesiapa berminat dengan model nie boleh lah contact admin. blog nie



Amboi ... Cik adik nie sedang asyik  memetik bunga di Taman Larangan  hingga tidak sedar aksinya di rakam lensa 



memperkenalkan adik saya " Cik Najla Fikriyyah " kata Nabihah




Nie pun gaya bebas. Tak tahu mana dia dapat idea nak buat aksi sedih nie



Macam biasalah Faiq menjadi model yang tidak asing lagi dalam blog ini.  Tempat nie memang best untuk anda dan keluarga lawati kerana ianya sebahagian dari tempat percutian di Tanah Tinggi seperti Cameron Highland, Genting Highland dan sebagainya . oklah..cukup dulu setakat ini sebagai permulaan untk Travelog ke Sabah. Nantikan post-post yang lebih menarik pada masa akan datang dengan gambar-gambar yang penuh warna - warni.. byee...byee..

No comments:

Post a Comment