Post kali nie kita akan pergi ke Kundasang Dairy Farm ( Desa Cattle ), Sabah iaitu tempat ternakan lembu tenusu di tanah tinggi. Ia terletak lebih kurang 15-20 minit memandu dari bandar Kundasang dan jalan untuk sampai ke sini agak mencabar. Tapi bagi yang berpengalaman memandu ianya tidak menjadi satu masalah . Pemandangan di sekitar kawasan ternakan ini memang cantik dan menarik kerana ianya dikelilingi gunung - ganang serta berkabus. Anda juga boleh menikmati susu segar yang dibungkus dan dijual di sini kerana di sini juga terletaknya kilang pemprosesan susu segar. Nak tengok sekitar kawasan nie , Jom pakat tengok gambar-gambar di bawah nie .
Fikri Najwan sedang belajar menikmati keindahan alam di sini ..Banyak lagi yang perlu dia pelajari serta nampak agak kekok tuu..
Rumput di sini juga agak tebal serta hijau
Itu dia Puan Nabilah pun berposing bersama Fikri Najwan berlatarbelakangkan gunung - ganang . Suatu pemandangan yang cantik serta menarik serta jarang kita temui
Welcome to Kundasang .. " lihatlah alam ini " ..promo sikit
Gaya Najla dan Nabihah yang tersendiri
Kat belakang nie adalah pusat memproses susu segar dan menjual susu segar
Penulis pun nak ambil kesempatan jugak untuk berposing di sini sebelum memandu pulang
waah seronoknya mereka berdua bersantai di sini di samping di tiup angin. macam tak nak balik
mari..mari..mari...Nie nak promo susu segar yang di jual di sini . Susu dalam kotak nie lembu - lembu ini yang punya..
Selepas pergi ke Kundasang Dairy Farm , kami singgah ke Kundasang War Memorial. Lokasinya adalah di pinggir pekan Kundasang. Nak sampai ke atas kenalah menapak dari sini yer ..
antara Taman bunga yang terdapat di sini yang dibuat ala-ala British
Nabihah berposing dari memorial di sini
Kat dinding tu adalah antara nama-nama tentera Australia dan British yang telah terkorban di sini dan di abadikan di memorial ini. Kalau yang minat sejarah bolehlah berkunjung ke sini.
Pemandangan yang dapat di lihat dari memorial ini.
Lagi pemandangan penempatan penduduk - penduduk di sini
Akulah Zuhal Nakhoda sudah sampai ke sini . Anda bila lagi ?? hee..hee..jangan mare yer
Setakat ini dulu untuk post kali ini. Keseluhannya tempat ini memang antara tempat yang kena anda singgah jika datang ke sini. Suasana kehijauan serta bergunung-ganang yang masih lagi tdk tercemar oleh arus kemajuan amat sesuai bagi mereka yang sukakan keindahan alam. Tempat ini juga menarik bagi mereka yang sukakan fotografi lansdcape lebih-lebih lagi di awal pagi apabila ianya masih diselaputi kabus . okey lah, cukup dulu setakatini. nantikan post-post yang menarik lagi selepas ini ...semuanya ada di Sabah...Jom terokai ..
sangat menarik...selamat bercuti di Kundasang
ReplyDelete