Monday, December 31, 2012

Rumah Terbalik Tuaran , Sabah


Berjumpa lagi ..kali nie kita akan melawat pula ke tempat yang agak pelik iaitu " Rumah Terbalik "
 ( Upside Down House ) . Ia dikatakan antara yang pertama dibina di Malaysia dan hanya terdapat di sini. Ia terletak di Jalan Telibong ,Tamparuli dan mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Kota Kinabalu, Sabah. Ia mula dibuka kepada orang awam pada bulan Februari 2012 dan telah ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke sini. Apa yang menarik di sini adalah semua peralatan rumah seperti meja , kipas dinding , set bilik tidur, dapur dan sebagainya di dalam rumah ini adalah terbalik. Kalau tak percaya anda bolehlah datang sendiri ke sini. Apa-apa pun kali nie kita nak berkongsi dengan anda semua.  Nak tahu camna rupanya rumah terbalik nie, Jom tengok gambar-gambar yang diupload di sini ...Jom..Jom..



Sesiapa yang nak masuk ke rumah pelik nie, bolehlah ketuk gong nie kuat-kuat ..1..2..3.




Lihatlah rumah di belakang nie ..sudah terbalik ..bumbungnya mencecah bumi 




Rekabentuk rumah nie cantik tapi sayang ianya " terbalik " . Kreatif jugak idea rakyat Malaysia nie 




Yang ini pulak kereta kancil yang terbalik ..Eh.. Tak bahaya ke kanak - kanak main bawah kereta tuu..isshhh..isshhh..bahaya tuuu...tapi nampak macam ada Superhero yang boleh angkat kereta sebelah tangan..powerlah Faiq ..


 

Nie adalah pintu keluar dari rumah terbalik ..cuba perhatikan betul-betul kat luar tu ada basikal yang terbalik termasuk pasu bunga. Pendek kata kalau masuk ke dalam rumah tu semuanya terbalik  tapi jangan pening sudah... Tapi sorrylah gambar di dalam rumah ini tidak dibenarkan ambik ..nak jaga privasi rumah nie kot.. jadi sapa nak tengok camna rupa di dalam rumah nie, kenalah datang sendiri .


Oklah setakat nie dulu untuk post kali nie., kalau nak tengok dengan lebih dekat  anda kenalah datang ke sini..bye.bye..nantikan travelog kami  seterusnya iaitu ke Kota Kinabalu pulak dalam  post yang akan datang

No comments:

Post a Comment