Berjumpa lagi kali nie di post yang terbaru. Kali nie kita akan pergi ke selatan Thailand pulak iaitu Hatyai. Perjalanan ke sana kenalah melalui imigresen di Rantau Panjang , Kelantan. Jadi..kena pastikan anda membawa passpot untuk masuk ke sempadan Thailand. Nak tahu apa yang menarik di sana ..jom tengok gambar-gambar di bawah..
Kat sini, penggunaan gas agak meluas digunakan di sini serta lebih menjimatkan bagi yang berkecimpung dalam bidang pelancongan ini.
Yeeeaaah ..sekarang saya dah berada di Hatyai .. kenderaan yang telah diubahsuai di sebelah saya ini orang panggil " Tut - Tut " dan banyak terdapat di kawasan bandar sahaja . Macam kat Malaysia orang panggil " beca " .
Lagi kelihatan " tut - tut " yang menunggu dan mencari penumpang
Beginilah keadaan bandar hatyai di awal pagi ..Kalau pagi-pagi berjogging di sini pun bagus untuk kesihatan.
Pemandangan peniaga menjual buah mata kucing di tepi-tepi jalan adalah lumrah di sini.
Ini pula adalah kedai yang menjual pelbagai pakaian - pakaian wanita dan lelaki
Ini adalah antara barangan kreatif yang di jual di sini ...anda bolehlah pilih yang mana anda berkenan
Burung unta pun ada dijual di dalam bandar ini ..menarik tapi gerenti tak akan bertelur ..
Ini adalah replika motor-motor berkuasa besar yang boleh anda miliki serta mampu milik..
waaa.. skuter pun ada ..murah-murah jer nie ..
koboi pun ada jugak ..eerrrr..lelaki ke perempuan nie ..
Ini adalah antara kebanggan yang terdapat di sana iaitu Masjid Songkla ...Masjid ini antara masjid yang terbesar terdapat di sini . Jadi kalau anda pergi ke sini jangan lupa singgah di masjid ini . |
No comments:
Post a Comment