Tuesday, July 2, 2013

Menjejaki sejarah Masjid Kerisik Pattani, di Selatan Thai

Kali ini rombongan kami singgah sebentar di masjid Kerisik Pattani melihat serta menjejaki sejarah masjid ini . Berdasarkan kepada maklumat  yang diperolehi Selatan Thailand merupakan wilayah asal orang melayu sehingga sekarang dan jika di selidik sejarah, ia merupakan sebuah negara yang bernama Fathoni Darussalam. Mereka tidak jauh bezanya daripada sejarah Malaysia iaitu mempunyai sistem Sultan dan kebanyakan mereka berketurunan dari Kelantan, Kedah dan Melaka.

Namun, selepas penjajahan British, Selatan Thai ini di beri kepada kerajaan Siam dan dimasukkan bersama dalam negara Thailand. Bumi selatan Thai atau Fathoni ini merupakan bumi yang subur yang penuh dengan kehijuan tumbuh-tumbuhan serta hasil laut malah mempunyai hasil galian yang cukup lumayan seperti minyak dan emas.

Apa yang mendukacitakan, negeri yang subur ini merupakan negeri yang bergolak yang menjadi perebutan antara kerajaan Siam dan pejuang Melayu. Hal ini menjadi semakin teruk bila berlakunya kes kecurian senjata di kem tentera dimana pihak keraan Siam dibawah Perdana Menteri Takhsin Shinawat menuduh pejuang Islam mencuri. Dari situ tentera di hantar masuk ke negeri kecil ini dan berkubu sehingga sekarang dengan alasan untuk membanteras puak pemisah.
Akan tetapi lain pula jadinya dimana pendudukan Islam di sana pula menjadi mangsa kekejaman askar Siam dalam beberapa tragedi seperti peristiwa Tabal (Takbai) dan Peristiwa Masjid Kerisik yang mengorbankan ribuan nyawa umat Islam.



Pada 28 April 2013, sudah 9 tahun tragedi Majid Kerisik (Kruse Mosque ) berlalu dan yang pasti kenangan pahit ini tidak akan hilang di hati rakyat Pattani. Mereka kehilangan saudara-mara dengan sekelip mata sahaja dan ada juga yang cacat kekal. Sehingga sekarang menurut masyarakat setempat,  pembunuhnya tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa sehingga sekarang.

Masjid Kerisik merupakan salah sebuah masjid dalam Wilayah Pattani yang menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk beribadat. Peristiwa berdarah berlaku sewaktu masyarakat baru selesai menunaikan solat fardhu dan dengan tiba-tiba di kepung oleh tentera Siam, jemaah masjid tidak dibenarkan keluar dalam tempoh masa yang lama sehingga tembakan bermula yang bukan hanya dari tentera malah juga bom dari helikopter Apache yang dijatuhkan kedalam kubah masjid.

Dapat dibayangkan situasi pada masa itu, rakyat yang tidak berdosa di bunuh sebegitu rupa yang cukup menggambarkan kekejaman pihak tentera dan kerajaan Thailand pada masa itu sehingga mengorbankan sejumlah 108 nyawa anak muda dan orang tua yang tidak berdosa. Bukan setakat membunuh malah penduduk di ugut oleh ketua tentera dengan menggunakan pembesar suara masjid yang mengingatkan agar memberitahu yang melakukan ini adalah puak pemisah jika ditanya oleh pihak luar.

 

pandangan masjid kerisik yang diambil dari sudut lain 


ini lah rupanya ruang solat yang telahpun dibaik pulih serta telah dihidupkan semula oleh penduduk setempat . Tempat ini lah yang mengundang pelbagai peristiwa pahit bagi penduduk setempat.



Berdiri di pintu masuk masjik kerisik yang masih utuh



Penulis bersama - sama rakan-rakan seperjuangan mengingati persitiwa berdarah di sini



kesan tembakan peluru masih lagi kelihatan serta tidak diusik sebagai tanda peringatan dan sejarah



Pandangan masjid kerisik dari luar


Oleh itu, Alhamdulillah di negara lain seperti Malaysia ini cukup aman dan harus kita mensyukurinya atas nikmat beharga ini,  Disamping itu marilah sama-sama kita berdoa kepada saudara seIslam di Selatan Thai, agar dibantu oleh Allah SWT dan dianugerahkan nikmat keamanan suatu hari nanti..Insya’Allah.


sumber maklumat ini di petik dari blog PKIM 


oklah setakat ini saja info yang dapat dikongsikan bersama untuk travelog ke Thailand . Banyak pengalaman yang dapat dipelajari atas segala peristiwa yang berlaku di sini.  Moga keamanan yang dikecapi di negara kita hari ini akan kekal selamanya kerana Malaysia adalah tanah airku yang tercinta .  ( foto ini diambil di Masjid Pattani , Thailand )

No comments:

Post a Comment