Bertemu lagi di dalam post terbaru. Masih lagi berkisar di Danau Toba. Rombongan travelog kami kemudian singgah bermalam di Samosir Villa Resort Danau Toba. Rekabentuk resort ini sungguh menarik dan menyejukkan mata. Di sini kita akan dapat melihat pemandangan tasik Danau Toba dengan lebih luas. Jika anda berkunjung ke Pulau ini resort ini boleh dikatakan memang sesuai untuk bersantai dan beristirehat.Nak tahu apa yang menarik ..jom tengok gambar-gambar di bawah.
Terdapatnya anjung atau pondok yang dibuat mengadap Danau Kota sungguh menenangkan fikiran. Bilik-bilik resort juga dibuat mengadap Tasik Danau Toba.
rekabentuknya yang menarik menggamit kenangan
Pemandangan tasik Danau Toba dapat dilihat secara jelas dari resort ini.
Yeaahh .. berposing dulu sebelum nak terjun ke tasik Danau Toba..
Destinasi seterusnya kami singgah ke Muzium Batak . Di sini tersimpannya barang-barang peninggalan orang-orang Batak serta budaya mereka. sekali sekala kena ambik tahu jugak sejarah yang ada di sini.
Kalau nak tahu nie adalah pakaian pahlawan orang-orang Batak di sini. Amacam ..ada gaya tak ?
Ini adalah replika rumah orang Batak yang terdapat di sini. Replika ini juga dijual kepada penunjung-pengunjung yang datang ke sini. Bumbung rumah mereka seakan-akan rumah orang minangkabau.
Pemandangan sebegini juga adalah rutin di sini. Betapa gigihnya orang-oang disini mencari rezki.
Overall ..travelog ke sini adalah lebih untuk melihat pemandangan tasik yang luas dan membiru serta sesuai untuk mereka yang suka mencari ketenangan . Cuma perjalanan untuk ke sini mengambil masa yang agak lama untuk sampai .
oklah setakat ini dulu perkongsian Penulis bagi mereka yang bercadang untuk ke tasik Danau Toba. Moga " post " ini dapat membantu bagi mereka yang ingin bercuti ke sini. Kata orang jauh pengalaman luas pemandangan. ok ..jumpa lagi di post yang lain pulak yang lebih menarik. byee byee..
No comments:
Post a Comment