Thursday, November 13, 2014

Menyusuri Banda Acheh ( Part 1 )

Bertemu lagi kita di dalam post yang terbaru untuk bulan ini. Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menyusuri banda Acheh di utara Sumatera  yang pada suatu masa dahulu gempar dengan bencana dahsyat tsunami pada 26 Disember 2004  dan gempa berskala 8.5 SR yang telah mengorbankan ratusan manusia dan memusnahkan banyak bangunan, rumah, kemudahan awam dan ternakan.  Lawatan ini dibuat pada 24-27 Oktober 2014 bersama delegasi peguam-peguam Terengganu dengan kerjasama  Al-Mukminin Travel & Tours  .


Namun satu keajaiban berlaku apabila berpuluh-puluh masjid termasuk Masjid Baiturrahman ( di atas ) tetap  berdiri teguh dengan kubah masih tersergam megah di tengah-tengah kehancuran beberapa bandar dan kampung akibat amukan tsunami. Menara masjid yang masih bersinar di bawah limpahan cahaya matahari adalah suatu fenomena yang menimbulkan kekaguman dan keinsafan terhadap kuasa Tuhan, seperti ungkapan ulama di Sigli, Aceh, Teuku Kaoy Ali: 

“Tuhan menghukum sesetengah daripada kita yang lupa diri, tamak dan angkuh, tetapi Tuhan melindungi rumah-Nya (masjid)."

Lawatan ke Acheh kali ini sungguh menginsafkan walaupun setelah hampir 10 tahun peristiwa tersebut berlalu. Nak tahu apa perubahan yang telah berlaku jom tengok gambar-gambar yang sempat di rakam semasa ke sana baru-baru ini. Biar gambar-gambar berbicara sendiri.




Antara bulatan menarik yang terdapat di banda Acheh ini yang dibina sebagai  mercu tanda simbolik banda Acheh.



Lihat lah keadaan di sekitar banda Acheh yang telah banyak berubah serta cepat membangun dalam masa 10 tahun. Penulis dimaklumkan bahawa setelah bencana tsunami tersebut Acheh telah mendapat banyak bantuan yang datang dari serata negara yang bersimpati dengan bencana ini. Mungkin ini lah hikmah di sebalik bencana tersebut untuk membolehkan Acheh bangkit semula sepertimana sejarah pengeboman bandar Nagasaki dan Hiroshima di Jepun suatu masa dahulu.



Ini adalah bangunan Mahkamah Syariah Acheh yang baru di bina sesuai dengan perkembangan baru undang-undang syariah di Acheh yang semakin pesat membangun seiringan dengan kemajuan bandarnya  sehingga di gelar serambi Mekah. 


Ini adalah  daerah-daerah yang terletak di dalam wilayah Acheh  serta tertakluk di bawah bidangkuasa Mahkamah Syariah Acheh. Keadaan nya pun nampak lebih tersusun setelah berlakunya bencana tsunami suatu masa dahulu. Tapi kali nie tak sempatlah nak jelajah semua daerah tu.Tunggu next trip pulak.




Berposing sikit di depan Mahkamah Syariah Acheh sebagai salah seorang wakil delegasi Peguam - Peguam Syarie dari Terengganu, Malaysia. Banyak pengalaman baru yang dapat dikongsikan di sini khususnya perbezaan perlaksanaan undang-undang Syariah di Malaysia dan Acheh. Antara yang menarik penulis dimaklumkan bahawa hukuman sebatan terhadap pesalah arak ( khamar ) telah pun dilaksanakan di khalayak ramai dan banyak lagi perkara-perkara lain yang di dalam perlaksanaan. Apa-apa pun penulis juga berharap suatu hari nanti ianya dapat juga di laksanakan di Malaysia walaupun mendapat banyak halangan-halangan dan tentangan undang-undang yang sedia ada.



Sebelum melawat ke tempat lain pulak, Penulis sempat berfoto bersama-sama kakitangan serta hakim-hakim Mahkamah Syariah Banda Acheh . Layanan mereka sungguh mesra serta kehadiran delegasi kami di sambut dengan meriah. Penulis juga  ingin mengucapkan " Syabas" kepada mereka kerana dapat melaksanakan undang-undang syariah  sebaik-baiknya serta menjadi contoh dan ikutan bagi negara Islam yang lain. Bak kata orang jauh perjalanan luas pengalaman. Mungkin selepas ini lawatan boleh di buat ke negara Brunei darussalam pula untuk menimba pengalaman di sana pulak.  Ok.. cukup dulu untuk kali nie. nanti kalau citer panjang-panjang boring pulak. Kalau  tengok lagi gambar-gambar yang lebih menarik nantikan post penulis yang seterusnya nanti ..  





No comments:

Post a Comment