Berjumpa lagi kali ini di dalam post terbaru . Kali ini perjalanan penulis masih lagi di Acheh dan kita akan pergi melawat muzium tsunami Acheh pulak. Muzium Tsunami Aceh adalah
sebuah Muzium yang dibina khas untuk mengenang kembali peristiwa tsunami yang dahsyat
yang menimpa Nanggroe Aceh Darussalam pada tanggal 26 Disember 2008 yang
menelan korban lebih kurang 240,000 0rang. Rekabentuk “Rumoh Aceh Escape Hill” ini telah dilhamkan oleh Arkitek M Ridwan Kamil .Pada tanggal 23 Februari 2008 Presiden RI Susilo
Bambang Yudhoyono telah berkunjung ke Aceh untuk merasmikan Muzium Tsunami
Aceh di lapangan Blang Padang Banda Aceh. Bangunan megah Muzium Tsunami nampak dari luar seperti kapal besar yang
sedang berlabuh. Sementara di bahagian bawahnya terdapat kolam ikan.Bagi yang tidak pernah sampai ke sini jom kita tengok gambar-gambar yang sempat penulis snap di sana . Jomm ..
Di pintu masuk muzium tsunami ini terdapat replika helikopter yang telah musnah akibat ombak besar tsunami tersebut.
Ini adalah The light of God,
iaitu sebuah ruang berbentuk telaga silinder yang menyorotkan cahaya ke atas
sebuah lubang dengan tulisan arab “Allah” dan disekeliling dinding ruangan ini dipenuhi nama para korban tsunami. Ianya merupakan
cerminan dari Hablumminallah (konsep hubungan manusia dan Allah). Ia juga mengingatkan kita bahawa kepada Allahlah semua manusia bergantung harap dalam segala kehidupan.
Di sini terdapat lebih 100 ribu nama mangsa-mangsa tsunami yang terkorban bencana tersebut. Di atas adalah sebahagian nama-nama
mangsa yang diabadikan di dalam bilik separa gelap ini yang mana dikemuncak ruangan ini tercatat kalimah " Allah " yang kesemuanya akhirnya kembali kepada Allah rabbul jalil. Ianya ibarat kitaran hidup manusia yang menunjukkan bahawa manusia ini lemah serta hanya Allah yang berkuasa segala-galanya. .
Ini adalah 52 kibaran bendera pelbagai negara yang telah memberi pelbagai bantuan kepada mangsa tsunami serta membantu dalam membangunkan semula banda Acheh hingga ke hari ini .
Antara pengunjung cilik yang datang dari Kuala Terengganu, Malaysia.
Ini adalah gambaran replika masjid Baiturrahman yang masih utuh setelah dilanda ombak ganas tsunami yang begitu kuat. Ianya telah membuktikan kekuasaan Allah bahawa segala-galanya terjadi atas kehendak Allah dan tiada siapa pun yang mampu menandingi kekuasaannya.
Sebelum berpindah ke segmen lain adik Faiq sempat berposing dulu di sini. Mungkin suatu hari nanti dia akan datang sekali lagi ke sini serta akan lebih memahami pengertian tsunami.
Ini adalah antara anak-anak kapal nelayan yang terselamat ketika dihanyutkan oleh ombak tsunami dari lautan luas masuk ke banda Acheh. Mati atau hidupnya hanya Allah yang tahu.
Lihatlah betapa tingginya ombak tsunami yang melanda pesisir banda Acheh ketika itu. Ianya setinggi pokok kelapa dengan kelajuan 80km/jam. Dapatkah mereka menyelamatkan diri dalam keaadaan yang sedemikian melainkan atas kehendak Allah.
Gambaran sebegini lebih senang untuk dijelaskan kepada anak-anak kecil seperti Adik Nabihah dan Faiq bagaimana ombak besar tsunami itu melanda Acheh.
Ini adalah replika rumah-rumah Acheh yang telah musnah di landa gempa . Tiada apa yang tinggal.
Lihatlah dalam sekelip mata sahaja apabila gempa berskala besar tercetus semuanya musnah
Lawatan ini sungguh banyak mengajar adik - adik ini .Kata orang banyak berjalan banyak pengalaman dan pengalaman mengajar erti kehidupan.
Terdapat juga replika sfera bumi bagaimana asas gempa bumi itu boleh berlaku. Ia sesuai untuk pelajar-pelajar yang meminati Sains dan geografi.
Ini adalah gambaran Pelukis tempatan yang terdapat dalam muzium tsunami ini. Keadaan sebenarnya mungkin lebih dahsyat lagi dari gambaran ini. Semuanya terjadi atas kekuasaan dan kehendak Allah.
Ini juga adalah lukisan tangan yang diabadikan di sini sumbangan Pelukis-Pelukis tempatan yang menggambarkan keadaan panik dan gerunnya semasa tsunami melanda Acheh.
No comments:
Post a Comment