Kali ni kita akan melawat ke monumen PLTD ( pembangkit Letrik Tenaga Diesel ) Apung di Desa Punge Blancut banda Acheh. kapal ini adalah sumber tenaga elektrik bagi wilayah Ulee Lheue dan berada di pinggir laut sebelum terjadinya tsunami. Panjang kapal ini adalah 63 meter dan mampu menjanakuasa elektrik sebanyak 10.5 megawat. Beratnya adalah 2600 tan. Kedahsyatan gelombang tsunami yang melanda pesisir utara Acheh pada Disember 2004 telah membawa kapal besar ini bergerak hingga ke tengah kota banda Acheh. Jaraknya dari pinggiran laut lebih kurang 5 km. Betapa dahsyatnya badaian tsunami pada tika tersebut. Oleh itu monumen peringatan telah di bina di sini sebagai tanda ingatan buat generasi yang akan datang bahawa tiada siapa pun dapat mencabar kekuasaan Allah. Jom kita tengok foto-foto sejarah yang sempat saya snap di sana ..
Faiq berposing di hadapan monumen PLTD Apung .
Ini adalah lukisan yang digambarkan oleh artis diabadikan di sini.
Lihatlah betapa besarnya kapal di belakang tuu sampai boleh di bawa arus tsunami ke tengah - tengah ibu kota banda Acheh. Tidak terfikir oleh akal kita, tapi itulah hakikatnya.
Besaunya kapal dari laut terdampar di sini
Jom kita naik ke atas kapal ..kita tengok apa yang ada di atas kapal nie ..jom..jomm
Gambar di atas dek kapal . ada gaya macam kelasi kapal doh ayahcik
peninggalan kesan tsunami masih terjaga
Rombongan dari Terengganu pun nak berposing di atas kapal bersejarah ini..ok 1..2..3..senyum semua..
Tingginya kapal ni .. boleh nampak pemandangan di sekeling kawasan nie
Naik ke tempat yang paling tinggi di atas kapal
Betapa gembiranya Faiq dan Nabihah dapat sampai ke tempat bersejarah ini . Boleh main naik turun kapal .
Saya dah sampai ke sini . horeee .. balik boleh citer kat kawan-kawan
Saya baru aje minggu lepas pulang dari melawat situs ini
ReplyDelete