Berjumpa lagi. Kali ni kita akan singgah ke Muzium Acheh yang terletak di Jalan Alauddin Mahmud Syah, Banda Aceh. Muzium ini menyimpan pelbagai peninggalan sejarah masyarakat Aceh sejak era prasejarah. Disini kita dapat melihat berbagai jenis perkakas, peralatan pertanian, peralatan rumah tangga, senjata tradisional dan pakaian tradisional. Jom kita tengok apa yang ada di sini.
Ini adalah Rumah Tradisional Acheh
Rumah yang penuh kesenian pada ukirannya. cantik kan...
Beginilah keadaan di dalam rumah tradisional Acheh ini. Menarik kan.
ni adalah pelamin tempat persandingan orang Acheh. Sape nak kawin secara tradisional bolehlah datang kat sini .
ni adalah ruang untuk menjamu selera. Mananya lauk-lauk nie tak sampai lagi. Kat sini ruangnya agak luas. tapi tak ada kerusi dan meja. jadi kitorang kena bersilalah
Ini adalah tangga untuk naik ke Rumah Acheh. Pintunya agak pelik kerana kita kena naik dari bawah. Mungkin disebabkan faktor keselamatan daripada penceroboh pada zaman dahulu.
Ni adalah alat-alat tradisional orang Acheh dahulu kala.Boleh belajar sejarah di sini
Kalau penat berjalan bolehlah berehat di sini.Boleh muat ramai di sini.
Di sini juga terdapat makam Sultan Iskandar Muda merupakan Sultan yang paling besar dalam masa Kesultanan Acheh yang berkuasa dari tahun 1607 hingga 1636.Aceh mencapai kejayaannya pada masa kepemimpinan Iskandar Muda dimana
daerah kekuasaannya yang semakin besar dan reputasi internasional
sebagai pusat dari perdagangan dan pembelajaran tentang Islam.. Namanya kini diabadikan di Bandar Udara Internasional Sultan Iskandar Muda di Acheh
Saya sudah sampai di sini. Mari kita hadiahkan " Al-Fatihah " kepada Almarhum Sultan Iskandar Muda yang telah banyak berjasa kepada Acheh.
wow..kat sini pun ada meriam
Rekabentuk yang penuh klasik
Pintu muzium yang diukir halus
Besarnya peluru berpandu ..
mesingan yang dijaga rapi di sini sebagai peninggalan sejarah
No comments:
Post a Comment