Sunday, October 4, 2015

Jalan - Jalan Cari Makan di Pantai Lampuuk Acheh Besar


Ok kali ni kita akan singgah ke Pantai Lampuuk Acheh Besar untuk menikmati makanan tradisional orang Acheh di sini. Nak tahu apa yang istimewa, jom kita tengok gambar-gambar yang sempat disnap di bawah.



Itu dia ikan bakar yang dibakar  secara tradisional dengan menggunakan arang untuk menaikkan aromanya



Di sini banyak disediakan pondok-pondok beratap rumbia yang jarang kita temui dan pelawat-pelawat akan disajikan secara bersila dengan keluarga / kawan-kawan.



Antara juadah yang menarik di sini adalah ikan bakar yang di buat secara tradisional .. jom kita makan dulu ..memang best



Pantainya masih cantik walaupun setelah dibadai tsunami yang dahsyat 



Faiq dan Nabihah bersama To'ciknya ( Hj Mohd Noor ) yang telah sama-sama menjejak kaki ke Acheh



Kat sini memang " best " dan murah makanannya 



Buah apa nie..cuba teka ?



kat sini pun ada landskap yang menarik jika anda sukakan berposing macam adik Nabihah nie..macam kat korea pun ada .


Jika anda ke Acheh antara tempat makan yang menarik yang terletak di tepi pantai adalah di sini.  Suasana yang damai di tepi pantai dapat mendamaikan jiwa sambil mengenang peristiwa Tsunami suatu masa dahulu. Di sini juga dikatakan terdapat kubur besar tetapi semua jenazahnya telah dialihkan dan disemadikan  di tempat lain. Ok lah setakat inilah dulu dikesempatan kali ini. Nantikan post yang lain pulak yang akan datang iaitu Travelog ke Bukit Tinggi, Sumatera Barat dan Medan, Indonesia. Banyak pengalaman yang akan dikongsikan nanti. Kata orang jauh perjalanan luas pemendangan

No comments:

Post a Comment