Saturday, April 2, 2016

Jom singgah ke Istana Pagaruyung , Sumatera Barat.


Okey bertemu lagi di dalam post yang baru. Kali ini kami akan singgah pula ke Istana Pagaruyung atau pun dipanggil Istana Baso yang terletak di Sumatera Barat. Kalau nak berjalan kaki sekeliling istana ni memang satu hari pun tak habis , tapi mujur ada keretapi pendek nie  . Jom ikut kami dan kita tengok apa yang menarik terdapat di sini sambil  kita pusing sekitar Istana nie.


Untuk info Istano Basa yang lebih terkenal dengan nama Istana Pagaruyung, adalah sebuah istana yang terletak di kecamatan Tanjung Emas  kota Batusangkar , Kabupaten Tanah Datar Sumatera Barat . Istana ini merupakan pusat kebudayaan yang terkenal di Sumatera Barat.

Istano Basa yang berdiri sekarang sebenarnya adalah replika dari yang asli. Istano Basa asli terletak di atas bukit Batu Patah dan terbakar habis pada sebuah kerusuhan berdarah pada tahun 1804. Istana tersebut kemudian didirikan kembali namun kembali terbakar tahun  1966.

Proses pembangunan kembali Istano Basa dilakukan dengan peletakan tunggak tuo (tiang utama) pada 27 Disember 1976 oleh Gabenor Sumatera Barat waktu itu, Harun Zain . Bangunan baru ini tidak didirikan di tapak istana lama, tetapi di lokasi baru di sebelah selatannya.  Pada akhir 1970-an, istana ini telah  dikunjungi oleh umum.

sumber info dari Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas

Antara rumah yang terdapat di sini . Ianya masih mengekalkan tradisinya


Ini adalah pandangan dari atas Istana Baso . Luas jugak halaman di Istana nie dan musuh boleh dilihat dari jauh.


Nie pulak adalah hiasan dan ukiran yang terdapat di dalam Istana ini. sungguh klasik rekabentuknya.



Senapang pun ada dalam Istana Baso nie ..jangan main-main yee..




Tiang Istana baso yang besar - besar menjadi pasak kepada Istana ini.



Antara replika yang terdapat dalam Istana yang mempamerkan pakaian tradisional  
mereka



Pakaian tradisional ala-ala Minangkabau 



Nie  pun adalah 2 replika pakaian tradisional. Yang si kecil tu pun nak jadi model ke





waa..nie dua orang puteri yang turun dari kayangan dengan penuh bergaya di hadapan Istana Baso. Namanya Putri Najla dan Putri Nabihah dari Malaya 


Puteri puteri dari Istana Pagar Ruyung yang penuh sopan santun


Puteri - puteri diapit oleh hulubalang Istana Baso sedang megah berdiri. Rela berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan Istana Baso dari serangan musuh.

  

Inilah Pahlawan Melayu terakhir yang datang dari Tanah Malaya. Macam Hang Tuah dan Hang Jebat sedang bertarung .




 Pandangan Istana baso dari sisi


Antara yang unik di sini adalah terdapatnya restoren / kedai makan yang di buat di tepi sawah. Suasana nyaman  damai di sini berserta dengan hidangan masakan kampung .




 Okey setakat ini dulu untuk travelog ke Istana Baso Sumatera . Tempat ini sungguh unik kerana terdapat Istana Pagar Ruyung yang masih utuh serta menjadi tarikan pelancong luar dan dalam negara. Rekabentuk luarannya sungguh menarik .Ianya mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kalau anda ke Padang Sumatera  di sini adalah antara tempat yang wajib anda lawati. Ok setakat ini dulu coretan Penulis . Kita berjumpa lagi dalam edisi yang lain dengan lokasi yang lebih menarik untuk dikongsikan. Nanti yee...







Sunday, November 22, 2015

Travelog ke Padang - Bukit Tinggi, Sumatera Barat .


ok kita berjumpa lagi . Kali ini kita akan pergi melawat pula ke Bukit Tinggi Sumatera Barat, Indonesia . Dah puas bercuti-cuti di Malaysia kita ke kembara ke negara jiran kita plak. Nak tahu ke mana lokasi yang telah kami kunjungi jom tengok gambar-gambar yang sempat di ambil di bawah.



Lembah Anai terletak di Nagari Singgalang Kecamatan X Koto persisnya di jalan raya Padang-Bukittinggi. Lembah Anai terkenal dengan air terjunnya. Air terjun yang berketinggian sekitar 35 meter ini, merupakan bagian dari aliran Sungai Batang Lurah Dalam dari Gunung Singgalang yang menuju daerah patahan Anai.  Air terjun ini berada di bagian barat Cagar Alam Lembah Anai.

Airnya sangat jernih mengalir menyusuri perbukitan menuju lereng dan mengalir terus melewati jalan yang berkelok-kelok dengan pemandangan yang indah. Di sebelah kanan dan kiri jalan anda dapat menyaksikan lembah dan bukit yang menghijau ditumbuhi aneka pohon. Di sepanjang jalan menuju Air Terjun Lembah Anai anda juga dapat menyaksikan monyet-monyet yang berkeliaran seakan-akan dengan senang hati menyambut kehadiran para wisatawan yang datang dari jauh. Bila Anda menempuhnya dari kota Padang ke wisata Air Terjun Lembah Anai ini, Anda akan memakan waktu selama kurang lebih satu jam perjalanan darat.


Ini lah rupanya air terjun yang dapat dilihat dari tepi jalan besar sahaja. Tak perlu berjalan jauh untuk melihat air terjun ini .


 Adik Nabihah mengambil peluang untuk berposing sekejap di sini .


Tempat ini memang sangat sejuk hinggakan adik Najwan ini tertidur di bahu ibunya . 



 Kawasan di sekitar Bukit Tinggi kebanyaknnya kawasan pertanian. Dalam perjalanan kami terserempak dengan pekerja yang sedang mengumpul hasil pertanian. Ianya seperti suasana di Cameron Highland.

 
Rombongan kami berhenti seketika di sini ( Kiniko Industri ) untuk melihat cara kopi, pisang salai dan pelbagai jenis makanan ringan  dibuat secara tradisional 
 






ni adalah cara pisang salai di buat dan di proses di sini . 





 waa..banyak nya serbuk kopi yang sedang dibungkus. bergotong royong nampaknya


 sambil-sambil berehat bolehlah bermain congkak di sini sekejap. Ramai peminat tuu..



 Tu dia model cilik juga nak berposing di sini. Kenapa nampak masam je muka .. ada yang tak kena ke adik .. sekejap je yee.. 1..2..3..snap .


 Berposing gaya apa tu dik Fahim ..senyumlah sikit ..



Tu dia Puan Nabilah pun nak berposing di sini ..memang stylo lah ..



okey.. masa untuk bergambar dengan aksi bebas plak



Horeee..kita dah berjaya sampai di sini . Adik Najwan yang paling hadapan kelihatan paling ceria


okey ibu-ibu pulak nak berposing di sini ..ketepi..ketepi ..



  Dalam kembara ke sini juga kami terserempak dengan kawasan padang yang agak luas. rupanya di sini adalah tempat mereka melatih kuda-kuda liar .


 waa.. bukan senang nak dapat pengalaman menaiki kuda berlatarbelakangkan gunung 



 waa ..adik Nabihah dan Najla pun dah berani menaiki kuda ..hebak..hebak..ready to ride


okey ..cukup dulu setakat ini. Pengalaman menaiki kuda di sini memang best kerana kita akan dibawa menaiki kuda di trak yang terdapat di sini. Landskap di sini pun memang sungguh menarik bagi yang meminati pemandangan gunung ganang dan berkabus.Di sini suasana yang sungguh berbeza dari tempat lain. okeylah ..setakat ni dulu. Jumpa lagi di post yang lain pulak.

Wednesday, November 4, 2015

Kembara ke Magic Eye 3D Museum Hatyai


 Kali nie kita akan singgah ke Magic Eye 3D Museum di Hatyai. Ianya terletak di 1408 Kanjavanich Road, Hatyai Road Hatyai Songkhla Thailand . Muzium 3D sekarang nampaknya semakin popular di mana-mana hinggakan di Pulau Langkawi pun sudah ada muzium 3D. Ianya dibina atas daya kreativiti masing-masing. Apa-apa pun jom tengok pengalaman kami ke Hatyai baru-baru nie memasuki muzium 3D. 



Nie adalah gambaran cermin ajaib. Tengoklah apa yang pelik dalam gambar nie. 


Awas ...Giant Iguana tuuu ...

selamatkan diri anda dari batu batan yang besar tuu..larii ..larii ..



Aku seorang Pengembara

Yang nie adalah meja ajaib.  Cuba teka di mana badannya berada ..



Aduh ... terkena panahan


Tolong ! Tolong ! ...jangan makan saya ..


Pertarungan terhebat dan  terakhir di akhir zaman ..hanya seorang yang akan hidup ..



Jom ikut saya mengembara menaiki unta ini di Padang pasir..



Sediakan Payung sebelum hujan ..antara watak klasik dan moden


Nak naik ke awan ke tuu ..kawan karib nie tak dapat dipisahkan


Ready to fly . saya dah ada sayap .hee..hee..


Sejuknya tempat nie ..boleh lepas ke nak lompat gaung nie..




hai ..nak berjoget dengan anak kanggaroo ke ..




Hidup kita ini  ibarat neraca masa 


Secara keseluruhannya pengalaman kami di sini sungguh menarik kerana gambar-gambar yang di pamerkan di sini nampak seolah-olah hidup. Terdapat pelbagai gambar dari pelbagai zaman di pamerkan di sini. Bagi kanak-kanak ia pasti amat menarik minat mereka di sini. Bagi yang minat fotografi pula di sini adalah tempat yang sesuai untuk anda belajar mengambil foto dari pelbagai sudut berdasarkan daya kreativiti masing-masing. Gambar yang terdapat di sini sudah pasti tidak sama dengan gambar yang terdapat di muzium 3D yang lain di Malaysia . okey setakat nie dulu untuk kali nie . Nantikan post yang lebih menarik nanti.