Sunday, November 18, 2012

Jom singgah ke Sabah Tea Garden, Sabah

Kali nie Penulis akan singgah pula ke Sabah Tea Garden, Sabah . Ini merupakan kali pertama kami singgah dan bermalam di sini. Ianya terletak di daerah Ranau iaitu kira-kira 3 jam perjalanan dari Kota Kinabalu, Sabah. Rombongan kami sampai ke sini agak lewat sedikit serta sempat makan malam di sini. Namun layanan staf di sini agak mesra serta mereka memberi kerjasama yang baik. Nak tahu apa yang menarik di sini, jom tengok gambar-gambar di bawah ini..



Kat sini sebenarnya Restoren Sabah Tea Garden yang disediakan untuk pengunjung-pengunjung yang baru tiba untuk berehat serta menjamu selera. Makanan kat sini boleh dikatakan sedap-sedap jugak serta ada pelbagai jenis tea disediakan mengikut citarasa anda. Kat sini juga ada disediakan " free Wifi " untuk tetamu-tetamu yang datang bertandang. Padanlah Faiq pun dan pandai bawa Galaxy Tab kat restoran nie..

 

 Nie lah pemandangan ladang teh yang dapat dilihat dari Restoren ini di waktu pagi. 
Hijau dan sayup mata memandang..



" Breakfast time " sambil menikmati pemandangan ladang teh yang segar .. masih ada lagi kabus-kabus pagi di belakang.




 Di sini juga ada disediakan pondok kecil untuk berehat serta menikmati pemandangan kehijauan ladang teh . Kelihatan Faiq dan Nabihah sedang membuat lawatan ke sekitar ladang teh.



Nie adalah antara pelbagai cenderamata serta cenderahati yang terdapat di sini. Kami difahamkan di sini banyak persatuan-persatuan, pelajar-pelajar  serta jabatan kerajaan membuat pelbagai aktiviti di sini. 



 Lagi koleksi cenderamata oleh tetamu serta pengunjung-pengunjung yang datang serta mengadakan pelbagai program di sini .



 Antara aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pentadbiran Sabah Tea Garden untuk pengunjung - pengunjung di sini. Ada jungle trekking , melawat kilang pemprosesan teh , berbasikal di ladang teh dan sebagainya.




 Kalau nak tahu nie lah van Nissan Urvan ( 12 seats ) yang kami sewa untuk travelog ke Sabah  kali nie. Lebih selesa serta luas di dalamnya. Hanya dengan bantuan GPS kami sampai juga ke sini. Penginapan di sini pun menarik serta agak selesa dengan rekabentuk homestay yang menarik serta moden. Harga di sini pun adalah berpatutan serta juga diberi breakfast percuma untuk tetamu yang menginap di sini.



Nie lah bentuk " cottage " tempat penginapan kami di Sabah Tea Garden.  Cantik, menarik serta ada ala-ala English style .  Rumah ini juga ada disediakan aircon seperti hotel .




 Lagi bentuk cottage  yang menarik serta simple




 Cik Najla dan Najibah sedang berposing sekejap sebelum bersiap-siap untuk breakfast .



  Hiee..semua ..



 Memperkenalkan " Muhammad Fikri Najwan " ..kecik-kecik sudah sampai ke Sabah Tea Garden, Sabah. Baru berumur 8 bulan yer ..

 


 Cottage ini juga kelihatan kemas serta menarik jika dilihat dari jauh




 Selain penginapan ala-ala homestay, di sini juga disediakan "  rumah panjang"  bagi mereka yang ingin merasai suasana tradisional serta mengenali budaya orang Sabah.  Kat belakang Cik Najibah tu adalah rupa rumah panjang .




 Nie adalah dewan makan yang disediakan sekiranya bilangan pengunjung adalah ramai seperti pelajar-pelajar sekolah dan sebagainya.



Pandangan rumah panjang dari jauh 



 Pemandangan dari dalam rumah panjang. Cukup kesenian dan diperbuat dari buluh serta kulit kayu. Kalau nak tahu bagaimana rupa di dalam bilik nie kenalah datang dan bermalam di sini.



Ok lah setakat ini dulu post berkaitan Sabah Tea Garden, Sabah. Secara keseluruhannya tempat serta penginapan yang disediakan di sini adalah selesa serta menarik serta memerlukan sekurang-kurangnya 3 hari untuk mengikuti aktiviti yang disediakan di sini. Bagi yang sukakan suasana tradisional seperti rumah panjang , anda bolehlah datang serta memilih untuk bermalam di sini...anda kenalah merasainya sendiri. Jumpa lagi di dalam post yang lain pulak nanti ..bye....


Thursday, November 8, 2012

Apa ada di Kundasang, Sabah ? Jom teroka ..



Post kali nie kita akan pergi ke Kundasang Dairy Farm ( Desa Cattle ), Sabah iaitu tempat ternakan lembu tenusu di tanah tinggi.  Ia terletak lebih kurang 15-20 minit memandu dari bandar Kundasang dan jalan untuk sampai ke sini agak mencabar. Tapi bagi yang berpengalaman memandu ianya tidak menjadi satu masalah . Pemandangan di sekitar kawasan ternakan ini memang cantik dan menarik kerana ianya dikelilingi gunung - ganang serta berkabus. Anda juga boleh menikmati susu segar yang dibungkus dan dijual di sini kerana di sini juga terletaknya kilang pemprosesan susu segar. Nak tengok sekitar kawasan nie , Jom pakat tengok gambar-gambar di bawah nie .


Fikri Najwan sedang belajar menikmati keindahan alam di sini ..Banyak lagi yang perlu dia pelajari serta nampak agak kekok tuu..




Rumput di sini juga agak tebal serta hijau



Itu dia Puan Nabilah pun berposing bersama Fikri Najwan berlatarbelakangkan gunung - ganang . Suatu pemandangan yang cantik serta menarik serta jarang kita temui



Welcome to Kundasang .. " lihatlah alam ini " ..promo sikit



Gaya Najla dan Nabihah yang tersendiri



Kat belakang nie adalah pusat memproses susu segar  dan menjual susu segar



Penulis pun nak ambil kesempatan jugak untuk berposing di sini sebelum memandu pulang 




waah seronoknya mereka berdua bersantai di sini di samping di tiup angin. macam tak nak balik



mari..mari..mari...Nie nak promo susu segar yang di jual  di sini . Susu dalam kotak nie lembu - lembu ini yang punya..



Selepas pergi ke Kundasang Dairy Farm , kami singgah ke Kundasang War Memorial. Lokasinya adalah di pinggir pekan Kundasang. Nak sampai ke atas kenalah menapak dari sini yer ..



antara Taman bunga yang terdapat di sini yang dibuat ala-ala British



Nabihah berposing dari memorial di sini



Kat dinding tu adalah antara nama-nama tentera Australia dan British yang telah terkorban di sini dan di abadikan di memorial ini. Kalau yang minat sejarah bolehlah berkunjung ke sini.



Pemandangan yang dapat di lihat dari memorial ini.



Lagi pemandangan penempatan penduduk - penduduk di sini



Akulah Zuhal Nakhoda sudah sampai ke sini . Anda bila lagi ?? hee..hee..jangan mare yer



Setakat ini dulu untuk post kali ini. Keseluhannya tempat ini memang antara tempat yang kena anda singgah jika datang ke sini. Suasana kehijauan serta bergunung-ganang yang masih lagi tdk tercemar oleh arus kemajuan amat sesuai bagi mereka yang sukakan keindahan alam. Tempat ini juga menarik bagi mereka yang sukakan fotografi lansdcape lebih-lebih lagi di awal pagi apabila ianya masih diselaputi kabus . okey lah, cukup dulu setakatini. nantikan post-post yang menarik lagi selepas ini ...semuanya ada  di Sabah...Jom terokai ..