Setelah melawat Forbidden City di Beijing, kami kemudian sempat dibawa melihat persembahan Acrobatic Cina di suatu lokasi yang dinamakan Qin Yue Musical Palace, Beijing. Kumpulan ini dikatakan telah membuat persembahan di beberapa buah negara seperti Perancis, U.S.,Hong Kong , Taiwan , Japan , Macao dan beberapa buah negara lagi. Mungkin suatu hari nanti mereka akan sampai ke negara kita. Persembahan mereka memang cukup hebat dan menakjubkan sekali. Kalau tengok macam tidak percaya . Badan boleh lentok macam plastik dan getah. Itu mungkin antara kelebihan seni akrobatik kat sini. Bagi yang tidak melihat secara " live " persembahan mereka, di sini Penulis blog ingin berkongsi dengan anda semua sebahagian dari persembahan mereka secara ekslusif di sini.. Foto-foto ini juga adalah ekslusif dan tertakluk kepada Hak Rekacipta Terpelihara ( Beladau Seri Photography copyright ) ..hee..hee... Sekiranya anda ke Beijing, jangan lupa pergi ke tempat ini ...sorry ..promote negara orang sikit...
Showing posts with label vacation. Show all posts
Showing posts with label vacation. Show all posts
Monday, May 16, 2011
Wednesday, May 4, 2011
Tasik Kenyir.. Menggamit Memori 2011
Kali ini krew Beladau Seri sempat mengikuti satu XPDC ke Tasik Kenyir dengan menaiki 2 buah bot setingkat yang telah diubahsuai oleh tuannya. Kalau nak tahu macam mana rupanya bolehlah tengok foto di atas nie. Katil, dapur , toilet , astro dan semua kelengkapan disediakan termasuk " life jacket ". Jadi bagi pelancong - pelancong yang tidak pernah melalui pengalaman sebegini ..jangan Takuuut...Insyaallah selamat.. Joran jangan lupa ..Wajib kena bawak... Sambil bot bergerak sampai ke destinasi bolehlah Anda melihat keadaan semulajadi ciptaan Allah...
Nie adalah gambaran suasana apabila 2 bot parking sebelah menyebelah di sekitar Tasik Kenyir. Boleh rehat- rehat dan pergi ke bot jiran sebelah.cari makanan lebih .ha..ha... Gambar pun sedikit klasik..
Ini adalah suasana di salah satu anak jeram di Tasik Kenyir. Kawasannya sedikit berbatu tetapi ianya amat menarik bagi pecinta alam yang sukakan suasana yang adventure dan semulajadi. Batu ni bukan tiruan yer..
Ni adalah suasana di sekitar Tasik Kenyir. Sesiapa yang memandangnya pasti terasa tenang dan aman. Jauh dari hiruk pikuk bandaraya...dan anak-anak kecil menangis..he..he..kerana anak-anak kecil tidak digalakkan dalam XPDC ini..
Wahhh..ni lah hasil tangkapan yang diperolehi dalam xpdc ini..Sesiapa yang pergi pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong..tapi kena lah ada ilmu dulu yer..
" TIDAK PERNAH SEBELUM INI..... dapat ikan sebesar ini ..Wow.Wow...cayalah kawan kita nie...Kalau nak tahu ni lah rupanya ikan Toman Tasik Kenyir..
Ni adalah ikan Toman antara tangkapan sepanjang XPDC ini ..Tengok tu..mata kail pun ada lagi kat mulut ikan tuuu..fresh lagi..
Kat sini adalah tempat " Santuari Kelah " . Krew kami sempat melawat tempat ini dan amat terpegun sekali. Lihat lah betapa jinaknya ikan kelah di sini. Boleh pegang dengan tangan ajer. tapi ikan di sini di larang di bawa keluar yeee..
Kalau nak tahu ikan kelah amat suka di kawasan - kawasan macam ini. kata orang " lubuk kelah "
Kalau nak tahu ..ini lah rupanya ikan Toman Tasik Kenyir. Tengoklah giginya yang tajam dan rupanya yang handsome..
Ni adalah antara tangkapan ikan Toman yang terbesar di sepanjang XPDC ini. Krew Beladau Seri sempat berposing kejap ..jangan maree yerrr...
Kalau nak tahu benda ini di panggil " rapala " . Ia adalah umpan tiruan khusus untuk memancing ikan-ikan seperti Toman, sebarau dan seumpamanya.. Tapi kena berhati - hati bila menggunakannya .jangan termakan diri sudah..
Yang ini pun antara jenis " rapala " . tapi nampak lebih moden siikit. Ikut citarasa ikan-ikan lah.
Yang ini pun " rapala " jugak. Tapi bentuknya yang pelik sikit.
Ini adalah antara tangkapan ikan lampan yang banyak diperolehi di sepanjang XPDC ini.
Wah...pelbagai jenis ikan toman tuu... Yang hujung sebelah kanan orang panggil ikan " Belida" yer..
Tengoklah..jangan jeles yer..kita pegang ikan kelah hidup-hidup lagi tuuu..
Amacam..ada gaya tak..seorang pengail macho yang berjaya di tasik Kenyir.
Tidak ketinggalan..kawan-kawan yang turut serta di dalam XPDC ini ingin turut bergambar dengan krew Beladau Seri..Lihat lah riak muka ..semua sangat teruja dan gembira di sepanjang XPDC ini..Moga ianya menjadi suatu memori yang tidak akan dilupakan selamanya..
Tidak ketinggalan bagi Pemudi - pemudi yang turut serta di dalam XPDC ini. satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ..Bukan main suka berendam dalam air sungai tuu..
Di waktu senja di Tasik Kenyir..anda dapat melihat suasana matahari terbenam di sini. Lihatlah betapa tenangnya air di waktu senja.. Keesokan harinya XPDC ini akan kembali ke daratan dengan sejuta memori yang pasti tidak akan dapat dilupakan..Selamat Tinggal Tasik Kenyir..kami akan kembali lagi suatu hari nanti
Sunday, February 6, 2011
Menjejaki Milford Sound. New Zealand
Kali ni kita akan pergi menjejaki Milford Sound pulak. Suatu tempat yang cukup menarik di New Zealand. Kat sana agak sejuk sikit walaupun masih lagi " summer ".So..kenalah pakai baju tebal sikit..macam kita nie lah...Apa lagi..Jom kita tengok apa yang menarik kat sana...Jom..Jom..
Nie adalah terowong " Homer " . Terowong ni di buat di atas gunung . Kalau nak pergi kat Milford Sound kena lalu terowong nie dulu. Kalau kat sini macam terowong karak. Tapi yang ni di buat atas pergunungan. Hebat jugak teknologi diorang...
Yang ni adalah salji telah membeku di musim panas. boleh lah tengok lagi salji di musim panas nie... kat atas tu adalah kabus ...
Wah..kecik - kecik dah sampai kat pergunungan ....baby nie ( najla ) baru berumur 8 bulan...so sapa - sapa nak pergi sini kena tahan mental dan fizikal..macam ibu nie...kata orang nak seribu daya...dan yakin boleh...syabass...
sepanjang perjalanan , eden terjumpa 2 ekor lebah yang sedang mencari madu...so apa lagi shoot kejap..
Nie adalah jeram kat sini..cantikkan anak sungai dengan pokok - pokok yang kehijauan..tapi air kat sini sejuk giler..nak mandi pun tak tahan...
Ber style tu..pengembara dari Malaysia baru menjejaki Milford Sound..
Subhanallah....Cantiknya pemandangan di kaki gunung ...ada tasik pulak di keliling gunung tuu....
Nie pulak adalah pintu masuk ke jetty kalau nak naik cruise...jom kita masuk ke dalam pulak..kita tengok apa ada kat dalam ..." Kio Ora" adalah bahasa maori...maknanya Selamat datang ..
Ni lah rupanya kapal cruise yang bakal kami naik untuk melihat keindahan alam di sekeliling kawasan nie..perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih...kat belakang pun dah menarik ..ada gunung ganang..berkabus pulak tu..
are you ready for the journey....Follow me.......
Nie lah gambaran gunung ganang yang ada kat sini..kalau musim salji kat atas tu semua putih ..masa ni musim panas bolehlah nampak hijau - hijau lagi..
cantik pemandangan..macam dalam filem Juraissic Park...
Wah..wah..faiq dah jadi macam kapten kapal tu...hebat..hebat...
Wah..that 's my girl...all pinky...
Kami sempat melihat anjing laut yg sedang berehat ..waa..relax jer diorang ...macam dalam filem National Geographic ..
Nie adalah air terjun yang turun dari gunung...suatu pemandangan yang jarang-jarang kita lihat dan jumpa..
Naik cruise ni best giler....boleh tengok gunung ganang sekeliling kita...tempat ni dah macam kat dalam filem
" King kong " ..natural ...
nie kalau tahu ..orang panggil bunga Lavender ...bunga nie hidup subur di kaki gunung..tengoklah warnanya yang menarik...kalau buat filem bollywood kat sini pun menarik...Okey setakat nie dulu untuk dikongsikan bersama pengalaman mengembara ke Milford Sound..nantikan post yang lain pulak...
Subscribe to:
Posts (Atom)
