Kali ini krew Beladau Seri sempat mengikuti satu XPDC ke Tasik Kenyir dengan menaiki 2 buah bot setingkat yang telah diubahsuai oleh tuannya. Kalau nak tahu macam mana rupanya bolehlah tengok foto di atas nie. Katil, dapur , toilet , astro dan semua kelengkapan disediakan termasuk " life jacket ". Jadi bagi pelancong - pelancong yang tidak pernah melalui pengalaman sebegini ..jangan Takuuut...Insyaallah selamat.. Joran jangan lupa ..Wajib kena bawak... Sambil bot bergerak sampai ke destinasi bolehlah Anda melihat keadaan semulajadi ciptaan Allah...
Nie adalah gambaran suasana apabila 2 bot parking sebelah menyebelah di sekitar Tasik Kenyir. Boleh rehat- rehat dan pergi ke bot jiran sebelah.cari makanan lebih .ha..ha... Gambar pun sedikit klasik..
Ini adalah suasana di salah satu anak jeram di Tasik Kenyir. Kawasannya sedikit berbatu tetapi ianya amat menarik bagi pecinta alam yang sukakan suasana yang adventure dan semulajadi. Batu ni bukan tiruan yer..
Ni adalah suasana di sekitar Tasik Kenyir. Sesiapa yang memandangnya pasti terasa tenang dan aman. Jauh dari hiruk pikuk bandaraya...dan anak-anak kecil menangis..he..he..kerana anak-anak kecil tidak digalakkan dalam XPDC ini..
Wahhh..ni lah hasil tangkapan yang diperolehi dalam xpdc ini..Sesiapa yang pergi pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong..tapi kena lah ada ilmu dulu yer..
" TIDAK PERNAH SEBELUM INI..... dapat ikan sebesar ini ..Wow.Wow...cayalah kawan kita nie...Kalau nak tahu ni lah rupanya ikan Toman Tasik Kenyir..
Ni adalah ikan Toman antara tangkapan sepanjang XPDC ini ..Tengok tu..mata kail pun ada lagi kat mulut ikan tuuu..fresh lagi..
Kat sini adalah tempat " Santuari Kelah " . Krew kami sempat melawat tempat ini dan amat terpegun sekali. Lihat lah betapa jinaknya ikan kelah di sini. Boleh pegang dengan tangan ajer. tapi ikan di sini di larang di bawa keluar yeee..
Kalau nak tahu ikan kelah amat suka di kawasan - kawasan macam ini. kata orang " lubuk kelah "
Kalau nak tahu ..ini lah rupanya ikan Toman Tasik Kenyir. Tengoklah giginya yang tajam dan rupanya yang handsome..
Ni adalah antara tangkapan ikan Toman yang terbesar di sepanjang XPDC ini. Krew Beladau Seri sempat berposing kejap ..jangan maree yerrr...
Kalau nak tahu benda ini di panggil " rapala " . Ia adalah umpan tiruan khusus untuk memancing ikan-ikan seperti Toman, sebarau dan seumpamanya.. Tapi kena berhati - hati bila menggunakannya .jangan termakan diri sudah..
Yang ini pun antara jenis " rapala " . tapi nampak lebih moden siikit. Ikut citarasa ikan-ikan lah.
Yang ini pun " rapala " jugak. Tapi bentuknya yang pelik sikit.
Ini adalah antara tangkapan ikan lampan yang banyak diperolehi di sepanjang XPDC ini.
Wah...pelbagai jenis ikan toman tuu... Yang hujung sebelah kanan orang panggil ikan " Belida" yer..
Tengoklah..jangan jeles yer..kita pegang ikan kelah hidup-hidup lagi tuuu..
Amacam..ada gaya tak..seorang pengail macho yang berjaya di tasik Kenyir.
Tidak ketinggalan..kawan-kawan yang turut serta di dalam XPDC ini ingin turut bergambar dengan krew Beladau Seri..Lihat lah riak muka ..semua sangat teruja dan gembira di sepanjang XPDC ini..Moga ianya menjadi suatu memori yang tidak akan dilupakan selamanya..
Tidak ketinggalan bagi Pemudi - pemudi yang turut serta di dalam XPDC ini. satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ..Bukan main suka berendam dalam air sungai tuu..
Di waktu senja di Tasik Kenyir..anda dapat melihat suasana matahari terbenam di sini. Lihatlah betapa tenangnya air di waktu senja.. Keesokan harinya XPDC ini akan kembali ke daratan dengan sejuta memori yang pasti tidak akan dapat dilupakan..Selamat Tinggal Tasik Kenyir..kami akan kembali lagi suatu hari nanti
menarik!
ReplyDeletewahhhh bestnyerrrr klu dpt join....ehehe
ReplyDelete