Monday, November 28, 2011

Mengimbas Kembali : Milford Sound, New Zealand ( part II )


Cuti persekolahan sudahpun bermula dan ramai yang mula untuk merancang tempat percutian masing-masing. Ramai yanag merancang untuk ke Eropah, Asia Timur , benua selatan dan sebagainya.  Atas permintaan ramai ada yang mahukan saya mengabadikan kenangan manis lalu semasa bercuti di New Zealand pada tahun yang lalu.  Untuk tidak menghampakan hasrat tersebut, saya upload kembali antara gambar-gambar menarik dan ekslusif yang tidak pernah dipaparkan untuk paparan umum serta panduan . Kalau nak tahu semua gambar-gambar ini telah di ambil di Milford Sound dan sekitar Homer Tunnel  di musim panas. Kata orang" the things speak by its picture " ..So ..jom kita tgk foto-foto ekslusif di bawah   untuk paparan bersama.. ( Foto-foto ini adalah tertakluk kepada hakmilik dan rekacipta Beladauseri Photography )





Perjalanan kami ini untuk sampai ke Milford Sound kena melalui beberapa bandar - bandar kecil dari Queenstown. Antara laluan kami adalah Queenstown - Kingston- Lumsden - Mossburn - Te Anau - Fiordland National Park - Milford Sound.Di sepanjang perjalanan tersebut, pelbagai bentuk muka bumi telah kami lalui dan ianya sungguh menakjubkan. Kalau nak tahu lebih kedudukannya bolehlah tengok dalam peta yang telah saya upload di atas. Kali ni kami pergi dengan menaiki van sewa sahaja dan saya memandunya sendiri.


Sekarang saya berada di jeti untuk menaiki cruise ke sekitar Teluk di Milford Sound, New Zealand.  Backgrond di belakang adalah yang original dan unedited  yer..moment pun pada masa nie memang berkabus..



 Tidak lupa Cik Nabihah dan Faiq sudah bersedia untuk menaiki cruise di belakang tuu..



2 orang pelawat dari Malaysia pun bersedia untuk menaiki cruise ni . Pelawat berbaju pink tu sedang mendukung anak kecilnya..hebat-hebat..kata orang Malaysia Boleh..tak perlu nak tunggu umur anak-anak besar baru nak pergi kes sini..



Nie macam sesi penggambaran yang hebat . Satu-satunya model terpilih dari Malaysia untuk bergambar di sini ..semuanya ditanggung oleh penaja ..



Antara model cruise yang terdapat di sini. Cruise ni memang selesa ..macam 3 bintang dan ada aircon



Nie pun model cruise yang lain pulak..jadi boleh pilihlah nak naik yang mana satu

cepatlah  abah .....saya dah tak sabar lagi ning nak naik cruise  tuu..



sebelum kita naik cruise nie ..berposing sekali lagi untuk wat balik Malaysia



Sepanjang perjalanan menaiki cruise ni, kita akan melihat air terjun yang keluar dari tepi kaki gunung..kalau kat Malaysia air terjun ada di dalam hutan tetapi di lain pulak ..tengoklah sendiri ..Di sini juga dikatakan antara salah satu dari 8 keajaiban yang ada di dunia ini..


   
Kat sini pun ada anjing laut macam dalam citer Discovery Channel .. Tak tahulah binatang nie panjat macam mana..yang penting kita boleh tengok " live "



Suhu pada masa nie agak sejuk sikit ..tapi sajer pakai t shirt ..nak rasa angin kat teluk nie..tempat nie memang sangat cantik ..tambah pula berkabus..



Wah..hebatnya ..tak takut ker bawak anak kecik tu naik cruise ...pegang kuat-kuat nanti jatuh plak..



Cik Najla bersama ibunya 




Gaya Zuhal Nakhoda di New Zealand .aku dengan gayaku  tersendiri...



Kat sini adalah tempat untuk berehat dan minum coffee untuk para pelawat yang ingin menaiki cruise



Kelihatan seorang anak muda yang tampan bergaya bersama cameranya.Saya suka melihat pokok-pokoknya yang menarik yang terdapat di sini.



Sini adalah pergunungan Homer ..Lihatlah kabus di belakang saya ... Kalau musim salji kawasan nie memang ditutup untuk laluan awam kerana ianya akan penuh diliputi salji tebal..



 " I was here....what amazing place." kata faiq



Nie adalah baki salji yang masih membeku ..lihatlah betapa besarnya salji tu dengan kita ..



kelihatan tinggalan salji yang sedang mencair di musim panas....kalau nak tahu betapa sejuknya ais tu bolehlah pergi kat situ ..



Di sepanjang perjalanan ini, kami sempat berjumpa dengan seekor burung yang aneh dan cantik..tak tahu lah burung nie nama apa..



jinaknya burung nie ..kalau buat balik Malaysia best nie..boleh tambah koleksi burung..



Sebelum pulang, kami sempat berposing untuk kenang-kenangan dan pengalaman di sini tidak dapat  dilupakan.



Semasa dalam perjalanan pulang, kami terjumpa dengan bunga lavenda yang tumbuh di kaki gunung di sini ..Ini merupakan kali pertama kami jumpa bunga ini yang tumbuh melata dan mempunyai pelbagai warna disepanjang perjalanan kami ke Milford Sound dari Queenstown..



Cik Najla sedang berposing dengan bunga Lavenda di kaki gunung


Cukuplah setakat ini post yang masih mengimbau kembali kenangan lama buat rakan-rakan. Moga foto-foto ini dapat membantu mereka yang bercadang untuk travel ke New Zealand. Kata orang mengembara ke negara orang untuk melihat keindahan ciptaan Allah dan menambahkan ketaqwaan kepada penciptanya.
 

Sunday, November 20, 2011

Melihat Telaga Minyak di Seria, Brunei ( Part 2 )


Dari Kuala Belait kita melawat pula ke tempat pengeluaran minyak di Seria, Brunei. Kami dimaklumkan bahawa kebanyakan minyak di sini berada di darat dan di kendalikan oleh syarikat gergasi Shell sejak dahulu lagi. Bersempena dengan pengeluaran minyak yang ke 1-bilion pada bulan Julai tahun 1991 syarikat Shell telah membina monumen di atas sebagai penghargaan serta sumbangan kepada negara Brunei. Tapi setakat tahun 2011 tak taulah dah berapa bilion.Monumen ini mempunyai maksudnya yang tersurat dan tersirat. Kalau nak tahu lebih detail kenalah datang ke sini. Tapi yang agak susah nak pergi ke sini bolehlah tengok gambar-gambar yang saya shoot kat sana Hanya ekslusif di dalam blog Beladau Seri ini  ..Jooommm......., kita tengok gambar-gambar yang menarik di bawah..




Ini adalah gambaran monumen dari pandangan arah hadapan.



Wah ! Bukan main bergaya tuu sambil promote monumen pengeluaran tong minyak yang ke 1 bilion . Kat Brunei ni tulisan jawi menjadi kewajipan di mana-mana jua.termasuklah di bandar-bandar kecil  di Brunei. Kata orang bahasa menunjukkan bangsa..



Sebagai kenang - kenangan Faiq sempat bergambar dengan kawan barunya bernama Cik Amani yang kebetulan menetap di Brunei . Walaupun berbeza negara tetapi masih lagi boleh bersatu kerana bahasa kita adalah serupa dan kita adalah bangsa  Melayu.




Faiq bersama ibunya berposing di hadapan monumen 



Yang ni rasanya paham-paham sendirilah yee...



 Cantik tak di belakang saya nie..semuanya mempunyai sejarahnya tersendiri


Ni adalah antara jentera yang digunakan untuk menggali minyak di daratan


Jentera ini pulak orang panggil " Nodding Donkey ". Terdapat beribu Nodding Donkey di sini dalam pelbagai saiz.


Tu dia faiq berposing di hadapan Nodding Donkey



Ni adalah paip minyak yang digunakan untuk menyalurkan minyak ..agaknya lah



Ni adalah replika tempat simpan minyak model jenis lama .Macam gerabak keretapi lah pulak




Kat sini pun ada pantai yang menarik. Rasanya kat sini pun ada banyak lagi minyak 



Ewah - ewah ...Faiq nak bagi bunga kat sapa tuu..atau main petik bunga ..



Cik Najla bersama ibunya ..Tahu ke anak kecik dia dah sampai ke Brunei. Mungkin bila dah besar kelak barulah dia paham kot..


Penulis blog  juga sempat berposing di monumen bersejarah ini. Kalau sapa-sapa nak tahu saya lah
" Zuhal Nakhoda " . nama samaran jer di alam maya nie...


 Oklah cukup setakat ini dulu untuk post kali ini di sekitar lawatan ke Seria, Brunei. Kalau nak citer panjang2 kat sini sehari pun tak habis. Untuk post yang akan datang, kita akan menjelajah pula tempat-tempat lebih menarik di Bandar Seri Begawan, Kampung Air dan sebagainya. Kat atas ni adalah antara masjid berkubah emas yang terdapat di Bandar Seri Begawan.So nantikan kemunculan post terbaru nanti ...Yezzarrr...















Wednesday, November 16, 2011

Menziarahi Negara Jiran Brunei Darussalam


Kali ini kami menziarahi pula ke negara jiran kita iaitu Brunei Darussalam. Negara yang terkenal dengan negara minyak di bawah naungan Sultannya yang bijaksana.. Sebagai intro di atas ni adalah antara wang kertas sah digunakan di negara ini. Nilai matawangnya agak tinggi berbanding negara kita. Kira RM2.50 = 1BND (  Brunei Dollar ) . Tetapi yang menariknya di sini juga menggunakan perkataan " RINGGIT ".Oleh itu jika bertandang ke sini kena pandai-pandailah berbelanja. Okey ..jom kita tengok gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa berada di sini...Jomm..jommm..



" Welcome to Brunei Darussalam "...tu dia satu group dari Malaysia ( Terengganu ) baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan. Perjalanan dari Lcct mengambil masa  lebih kurang 2 jam 30 minit.
Anak kecil Cik Najla yang baru berumur 1 tahun 7 bulan pun ada jugak. ..wah..kecik-kecik dah sampai negara Brunei Darussalam.



 Sementara menunggu di Lapangan Terbang untuk ke Kuala Belait sempat lagi Faiq dan Nabihah membuat kerja mewarna buku . Kata orang mengisi masa yang terluang ..ada jugak faedahnya...



 Ini adalah Masjid yang sempat kami kunjungi untuk bersolat jumaat . Masjid ini adalah masjid Kuala Belait, Brunei. Ianya mempunyai rekabentuk dan seni bina yang tersendiri..Ini adalah pandangan dari hadapan masjid. Di dalam ruang solatnya dilengkapi dengan aircond untuk keselesaan para jemaah dan tetamu Allah.



Ini adalah pandangan dari belakang masjid Kuala Belait, Brunei



Ini adalah pekan kecil Kuala Belait, Brunei. Jam di tengah-tengah jalan ini dikatakan mempunyai sejarahnya yang tersendiri serta masih lagi mengekalkan keasliannya.



Ini pula adalah stesyen/terminal  bas Kuala Belait, Brunei



Di sini pun ada nama Jalan Shahbandar ..macam kat Kuala Terengganu pun ada ..



 Ini adalah pelabuhan kecil Kuala Belait.




Ini adalah Sungai Kuala Belait, Brunei



Ini adalah antara jenis rumah yang terdapat di Kuala Belait., Brunei



Kami juga sempat berkunjung ke Taman Awam Miri , Sarawak..Perjalanan dari Kuala Belait ke Miri mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja.Taman ini agak menarik kerana mempunyai jambatan gantung yang agak panjang serta kolam mandi untuk kanak-kanak. Satu kombinasi Taman  Awam yang jarang-jarang kita temui .




 Ini adalah antara Taman Permainan yang ada disediakan disini .



 Ni adalah antara permainan air yang terdapat di sini. Anak kecil ni begitu asyik dan kehairanan melihat air turun dari atas. Maklumlah kali pertama bermain air kat sini



Tu dia satu pengalaman melalui jambatan gantung ..Joomm ikut saya ..




Bukan main happy Cik Najla dan sangat teruja bila kali pertama melalui jambatan gantung ini


Tapi botol susu tdk dilupakan di mana-mana jua..Ye lah jauh nak berjalan nie..dahaga lah jugak.



Hooree..horeee...saya sampai dulu..



Aksi berposing sambil memegang botol susu..


Puan Nabilah bersama rakan karibnya Puan Diana di Brunei Darussalam. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana menerima kunjungan kami selama 5 hari di sini. Jasamu akan tetap dikenang selamanya.