Kali ini kami menziarahi pula ke negara jiran kita iaitu Brunei Darussalam. Negara yang terkenal dengan negara minyak di bawah naungan Sultannya yang bijaksana.. Sebagai intro di atas ni adalah antara wang kertas sah digunakan di negara ini. Nilai matawangnya agak tinggi berbanding negara kita. Kira RM2.50 = 1BND ( Brunei Dollar ) . Tetapi yang menariknya di sini juga menggunakan perkataan " RINGGIT ".Oleh itu jika bertandang ke sini kena pandai-pandailah berbelanja. Okey ..jom kita tengok gambar-gambar yang sempat saya ambil semasa berada di sini...Jomm..jommm..
" Welcome to Brunei Darussalam "...tu dia satu group dari Malaysia ( Terengganu ) baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan. Perjalanan dari Lcct mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.
Anak kecil Cik Najla yang baru berumur 1 tahun 7 bulan pun ada jugak. ..wah..kecik-kecik dah sampai negara Brunei Darussalam.
Sementara menunggu di Lapangan Terbang untuk ke Kuala Belait sempat lagi Faiq dan Nabihah membuat kerja mewarna buku . Kata orang mengisi masa yang terluang ..ada jugak faedahnya...
Ini adalah Masjid yang sempat kami kunjungi untuk bersolat jumaat . Masjid ini adalah masjid Kuala Belait, Brunei. Ianya mempunyai rekabentuk dan seni bina yang tersendiri..Ini adalah pandangan dari hadapan masjid. Di dalam ruang solatnya dilengkapi dengan aircond untuk keselesaan para jemaah dan tetamu Allah.
Ini adalah pandangan dari belakang masjid Kuala Belait, Brunei
Ini adalah pekan kecil Kuala Belait, Brunei. Jam di tengah-tengah jalan ini dikatakan mempunyai sejarahnya yang tersendiri serta masih lagi mengekalkan keasliannya.
Ini pula adalah stesyen/terminal bas Kuala Belait, Brunei
Di sini pun ada nama Jalan Shahbandar ..macam kat Kuala Terengganu pun ada ..
Ini adalah pelabuhan kecil Kuala Belait.
Ini adalah Sungai Kuala Belait, Brunei
Ini adalah antara jenis rumah yang terdapat di Kuala Belait., Brunei
Kami juga sempat berkunjung ke Taman Awam Miri , Sarawak..Perjalanan dari Kuala Belait ke Miri mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja.Taman ini agak menarik kerana mempunyai jambatan gantung yang agak panjang serta kolam mandi untuk kanak-kanak. Satu kombinasi Taman Awam yang jarang-jarang kita temui .
Ini adalah antara Taman Permainan yang ada disediakan disini .
Ni adalah antara permainan air yang terdapat di sini. Anak kecil ni begitu asyik dan kehairanan melihat air turun dari atas. Maklumlah kali pertama bermain air kat sini
Tu dia satu pengalaman melalui jambatan gantung ..Joomm ikut saya ..
Bukan main happy Cik Najla dan sangat teruja bila kali pertama melalui jambatan gantung ini
Tapi botol susu tdk dilupakan di mana-mana jua..Ye lah jauh nak berjalan nie..dahaga lah jugak.
Hooree..horeee...saya sampai dulu..
Aksi berposing sambil memegang botol susu..
No comments:
Post a Comment