Sunday, September 18, 2011

Suatu kenangan di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands,


 Kali ni kami melawat dan berkunjung pula ke Cameron Highland, Pahang. Biasanya orang lebih suka memilih untuk tinggal di hotel-hotel yang tumbuh bagai cendawan di sini. Walaubagaimanapun, kali ini kami memilih untuk tinggal dan bermalam di Rumah Peranginan Persekutuan untuk beberapa malam. Sebelum ni kami telah  bermalam di Pulau Sah Besar Tasik Kenyir Terengganutetapi kali ini kami memilih lokasi di tempat tinggi iaitu Cameron Highland pulak. Bagi anda yang ingin tahu bagaimana rupanya dan suasana di sini boleh tengok foto-foto yang sempat saya ambil semasa berada di sana.. Kata orang gambar boleh menceritakan segala - galanya.  Jomm ikut saya ...kita tengok foto-foto di bawah nie..


 Kat sini ada beberapa kategori rumah penginapan khusus untuk yang bekerja dengan kerajaan. Jadi anda bolehlah memilih bilik / apartment / banglo mengikut keselesaan dan kelayakan anda



Ini adalah tempat untuk anda mendaftarkan diri dan diberi kunci bilik berdasarkan tempahan yang telah dibuat. Tempahan boleh dibuat secara manual atau internet. Alaah..macam hotel lah jugak...bukan tdk biasakan...




Ini adalah rupanya beberapa bilik yang disediakan untuk anda. Di dalam bilik ini ruangnya agak luas dan sesuai untuk satu keluarga yang sederhana besar. Kemudahan semuanya ada termasuk Astro. Taman permainan untuk kanak-kanak juga disediakan di sini. Yang menariknya di sini bayaran penginapan di sini sungguh murah dan ekonomi berbanding dengan hotel-hotel di sini..Jadi terpulang kepada pilihan masing-masing..


 Antara aktiviti yang menarik di sini ialah melawat ke kebun teh dan berposing di sini ...macam saya nie sambil memegang daun teh asli...hee..heee....backgroundnya sungguh menarik dan penuh kehijauan.



Bagi peminat kaktus dan bunga-bungaan di sini juga terdapat pelbagai spesies dan jenis bunga ada di jual di sini...harganya  lebih murah dan berpatutan..



wah..cantiknya  kaktus yang berwarna merah dan kuning..


  Tahu dah kat mana ni kan.tdk perlu lah nak story lagi..



Ini adalah antara jenis daun teh yang telah diproses. kalau nak tahu lebih lanjut kenalah pergi sendiri yer..



Kat sini ada menjual pelbagai cenderahati dan produk - produk teh..jadi setelah berjalan sekeliling kawasan ini bolehlah singgah untuk membelinya..

  
Kalau nak tahu beginilah rupanya pokok teh hijau ..


Yang ini pula kisah seorang anak kecil yang baru pandai berjalan sedang memetik bunga di Taman Bunga di sini ..sungguh teruja bila melihat bunga-bunga tu..


Wow..besarnya strawberi tuu..boleh naik dan duduk lagi tuu....


Lagi aktiviti memetik bunga yang berwarna warni..

hai..sikecil nie suka berjalan dan mencari buah strawberi yang sudah masak..


Bukan main suka dan teruja Cik Najla ni bila berjumpa kolam air..tak apalah tak boleh mandi  main dengan tangan pun jadilah..






Wah..banyaknya belon...yang mana satu saya punya ..



Cantiknya bunga nie..



Hai ..cantik tak senyuman saya nie..


Saya sukalah main permainan nie...



Wah, banyaknya pelbagai spesies rama-rama dan kumbang  yang dijual di sini..tak tahu nak pilih yang mana satu ...ummi..saya nak yang inilah..



Ini adalah antara rama-rama yang sempat diambil di Butterfly Farm, Cameron Highlands

No comments:

Post a Comment