Showing posts with label Tasik Kenyir. Show all posts
Showing posts with label Tasik Kenyir. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir,Terengganu


Baru - baru nie kami  sempat berkunjung ke Rumah Peranginan Persekutuan Persekutuan di Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir, Terengganu. Rasanya tidak ramai yang tahu berkenaan tempat ini. Nak sampai ke sini anda boleh menaiki bot dari Pengkalan Gawi, Kenyir dan mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Jangan risau, anda takkan sempat mabuk laut punya sebab anda bukannya naik bot ke laut pun hehehe. Apa - apa pun jika Anda ingin mengetahui lokasi dan gambaran tempat ini Jom...Kita tengok gambar - gambar yang sempat kita snap kat sana..Jom..Jomm... Follow me..



Ini adalah jeti di mana tempat yang pertama sekali Anda akan sampai di sini. Kat sini juga ada disediakan kemudahan untuk berkayak bagi yang minat sukan air. Sewanya berpatutan, RM5.00 saja sorang...kayuhla puas-puas....



Indahnya sentuhan ciptaan Allah SWT...ini sebahagian daripada puncak bukit yang tidak ditenggelami air tasik ini...


Ni adalah jambatan yang menghubungkan dengan Pulau ini dengan Pulau Herba. Kalau nak pergi ke Pulau yang ditanam dengan pelbagai tumbuhan herba kena melalui jambatan ini. Bagi yang sukakan aktiviti rekreasi bolehlah berjalan kaki ke Pulau Herba ini.


Haaaaa ni lah gaya tersendiri oleh Zuhal Nakhoda....hahaha...



Ini adalah tempat / pondok yang direka khas untuk pengunjung yang datang ke Pulau Herba ini. Jadi Anda boleh lah mencuba pelbagai air herba yang disediakan secara percuma di sini seperti air Tongkat Ali , air Kacip Fatimah dan sebagainya. Ianya adalah asli serta tidak ada campuran bahan-bahan kimia yang lain. Kalau nak kenal macam mana rupanya pokok herba tongkat ali dan kacip fatimah, nanti kita tunjukkan di bawah.




Sesi berkenalan dengan jenis-jenis herba di Taman Herba....kena menapak la nak datang ke sini.



Ni adalah pokok Raja Berangkat. Namanya agak unik tapi ia juga banyak khasiat bagi yang mengetahuinya.


Yang ini orang panggil Tongkat Ali Hitam



yang ini rasanya semua orang dah tahu...orang laki-laki paling suka pokok ni...




Pokok ini pula sangat digemari oleh kaum wanita...Khasiatnya pun banyak...




Yang ini pulak orang panggil pokok misai kucing..mungkin namanya begitu kerana bunganya seperti misai kucing..Ia juga mempunyai banyak khasiat ..




Pokok ini pulak adalah antara pokok yang jarang kita lihat



Yang ini pulak orang panggil pokok kepala berok...pelik jugak namanya..mungkin sebab bentuknya seperti kepala berok...



ni adalah sebahagian daripada taman yang ada di sini




Ni adalah pokok kayu yang tumbuh melata . Ianya nampak unik pulak.



Lihatlah betapa besarnya pokok ni..mungkin umurnya sudah menjangkau beratus tahun..



Jika Anda berkunjung ke sini jangan lupa pergi ke Air Terjun Saok, Kenyir.  10 minit jer dari jeti Pulau Sah Besar kalau menaiki bot laju.


Ni adalah gambaran air terjun saok. Ia nampak bertingkat - tingkat. Tapi kena hati-hati bila mandi di sini kerana batu-batunya agak licin..




Antara pengunjung yang melawat ke Pulau Herba , Kenyir



Ni adalah antara rumah banglo yang terdapat di sini. Rumahnya agak selesa. Semua kemudahan seperti dapur gas, periuk nasi, peti ais , tv, astro di sediakan. Anda cuma perlu membawa makanan mentah sendiri untuk di masak di sini. Barulah adventure sikit.



Kanak - kanak antara yang suka pergi ke tempat seperti ini. Taman Permainan juga ada disediakan di sini.



Ni adalah antara rombangan kami yang pergi berehat dan bermalam di Pulau Sah Besar selama 2 malam 3 hari. Kenyir Terengganu. .Insyaallah ..jika ada kelapangan kami ingin datang ke sini lagi untuk bermalam di sini..Apa-apa pun tempat ini adalah menarik bagi yang sukakan suasana hijau dan tenang.

Wednesday, May 4, 2011

Tasik Kenyir.. Menggamit Memori 2011

Kali ini krew Beladau Seri sempat mengikuti satu XPDC ke Tasik Kenyir dengan menaiki 2 buah bot  setingkat yang telah diubahsuai oleh tuannya. Kalau nak tahu macam mana rupanya bolehlah tengok foto di atas nie.  Katil, dapur , toilet , astro dan semua kelengkapan disediakan termasuk " life jacket ". Jadi bagi pelancong - pelancong yang tidak pernah melalui pengalaman sebegini ..jangan Takuuut...Insyaallah selamat.. Joran jangan lupa ..Wajib kena bawak... Sambil bot bergerak sampai ke destinasi bolehlah Anda melihat keadaan semulajadi ciptaan Allah...

Nie adalah gambaran suasana apabila 2 bot parking sebelah menyebelah di sekitar Tasik Kenyir. Boleh rehat- rehat dan pergi ke bot jiran sebelah.cari makanan lebih .ha..ha... Gambar pun sedikit klasik..


Ini adalah suasana di salah satu anak jeram di Tasik Kenyir. Kawasannya sedikit berbatu tetapi ianya amat menarik bagi pecinta alam yang sukakan suasana yang adventure dan semulajadi. Batu ni bukan tiruan yer..


Ni adalah suasana di sekitar Tasik Kenyir. Sesiapa yang memandangnya pasti terasa tenang dan aman. Jauh dari hiruk pikuk bandaraya...dan anak-anak kecil menangis..he..he..kerana anak-anak kecil tidak digalakkan dalam XPDC ini..


Wahhh..ni lah hasil tangkapan yang diperolehi dalam xpdc ini..Sesiapa yang pergi pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong..tapi kena lah ada ilmu dulu yer..



  " TIDAK PERNAH SEBELUM INI..... dapat ikan sebesar ini ..Wow.Wow...cayalah kawan kita nie...Kalau nak tahu ni lah rupanya ikan Toman Tasik Kenyir..



Ni adalah ikan Toman antara tangkapan sepanjang XPDC ini ..Tengok tu..mata kail pun ada lagi kat mulut ikan tuuu..fresh lagi..


Kat sini adalah tempat " Santuari Kelah " . Krew kami sempat melawat tempat ini dan amat terpegun sekali. Lihat lah betapa jinaknya ikan kelah di sini. Boleh pegang dengan tangan ajer. tapi ikan di sini di larang di bawa keluar yeee..


Kalau nak tahu ikan kelah amat suka di kawasan - kawasan macam ini. kata orang " lubuk kelah "


Kalau nak tahu ..ini lah rupanya ikan Toman Tasik Kenyir. Tengoklah giginya yang tajam dan rupanya yang handsome..



  Ni adalah antara tangkapan ikan Toman yang terbesar di sepanjang XPDC ini. Krew Beladau Seri     sempat berposing kejap ..jangan maree yerrr...



Kalau nak tahu benda ini di panggil " rapala " . Ia adalah umpan tiruan khusus untuk memancing ikan-ikan seperti Toman, sebarau dan seumpamanya.. Tapi kena berhati - hati bila menggunakannya .jangan termakan diri sudah..

              Yang ini pun antara jenis " rapala " . tapi nampak lebih moden siikit. Ikut citarasa ikan-ikan lah.


   Yang ini pun " rapala " jugak. Tapi bentuknya yang pelik sikit.


                    Ini adalah antara tangkapan ikan lampan yang banyak diperolehi di sepanjang XPDC ini.


             Wah...pelbagai jenis ikan toman tuu... Yang hujung sebelah kanan orang panggil ikan " Belida" yer..


               Tengoklah..jangan jeles yer..kita pegang ikan kelah hidup-hidup lagi tuuu..


                Amacam..ada gaya tak..seorang pengail macho yang berjaya di tasik Kenyir.


Tidak ketinggalan..kawan-kawan yang turut serta di dalam XPDC ini ingin turut bergambar dengan krew Beladau Seri..Lihat lah riak muka ..semua sangat teruja dan gembira di sepanjang XPDC ini..Moga ianya menjadi suatu memori yang tidak akan dilupakan selamanya..


Tidak ketinggalan bagi Pemudi - pemudi yang turut serta di dalam XPDC ini. satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ..Bukan main suka berendam dalam air sungai tuu..


Di waktu senja di Tasik Kenyir..anda dapat melihat suasana matahari terbenam di sini. Lihatlah betapa tenangnya air di waktu senja.. Keesokan harinya XPDC ini akan kembali ke daratan dengan sejuta memori yang pasti tidak akan dapat dilupakan..Selamat Tinggal Tasik Kenyir..kami akan kembali lagi suatu hari nanti