Baru - baru nie kami sempat berkunjung ke Rumah Peranginan Persekutuan Persekutuan di Pulau Sah Besar, Tasik Kenyir, Terengganu. Rasanya tidak ramai yang tahu berkenaan tempat ini. Nak sampai ke sini anda boleh menaiki bot dari Pengkalan Gawi, Kenyir dan mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja. Jangan risau, anda takkan sempat mabuk laut punya sebab anda bukannya naik bot ke laut pun hehehe. Apa - apa pun jika Anda ingin mengetahui lokasi dan gambaran tempat ini Jom...Kita tengok gambar - gambar yang sempat kita snap kat sana..Jom..Jomm... Follow me..
Ini adalah jeti di mana tempat yang pertama sekali Anda akan sampai di sini. Kat sini juga ada disediakan kemudahan untuk berkayak bagi yang minat sukan air. Sewanya berpatutan, RM5.00 saja sorang...kayuhla puas-puas....
Indahnya sentuhan ciptaan Allah SWT...ini sebahagian daripada puncak bukit yang tidak ditenggelami air tasik ini...
Ni adalah jambatan yang menghubungkan dengan Pulau ini dengan Pulau Herba. Kalau nak pergi ke Pulau yang ditanam dengan pelbagai tumbuhan herba kena melalui jambatan ini. Bagi yang sukakan aktiviti rekreasi bolehlah berjalan kaki ke Pulau Herba ini.
Haaaaa ni lah gaya tersendiri oleh Zuhal Nakhoda....hahaha...
Ini adalah tempat / pondok yang direka khas untuk pengunjung yang datang ke Pulau Herba ini. Jadi Anda boleh lah mencuba pelbagai air herba yang disediakan secara percuma di sini seperti air Tongkat Ali , air Kacip Fatimah dan sebagainya. Ianya adalah asli serta tidak ada campuran bahan-bahan kimia yang lain. Kalau nak kenal macam mana rupanya pokok herba tongkat ali dan kacip fatimah, nanti kita tunjukkan di bawah.
Sesi berkenalan dengan jenis-jenis herba di Taman Herba....kena menapak la nak datang ke sini.
Ni adalah pokok Raja Berangkat. Namanya agak unik tapi ia juga banyak khasiat bagi yang mengetahuinya.
Yang ini orang panggil Tongkat Ali Hitam
yang ini rasanya semua orang dah tahu...orang laki-laki paling suka pokok ni...
Pokok ini pula sangat digemari oleh kaum wanita...Khasiatnya pun banyak...
Yang ini pulak orang panggil pokok misai kucing..mungkin namanya begitu kerana bunganya seperti misai kucing..Ia juga mempunyai banyak khasiat ..
Pokok ini pulak adalah antara pokok yang jarang kita lihat
Yang ini pulak orang panggil pokok kepala berok...pelik jugak namanya..mungkin sebab bentuknya seperti kepala berok...
ni adalah sebahagian daripada taman yang ada di sini
Ni adalah pokok kayu yang tumbuh melata . Ianya nampak unik pulak.
Lihatlah betapa besarnya pokok ni..mungkin umurnya sudah menjangkau beratus tahun..
Jika Anda berkunjung ke sini jangan lupa pergi ke Air Terjun Saok, Kenyir. 10 minit jer dari jeti Pulau Sah Besar kalau menaiki bot laju.
Ni adalah gambaran air terjun saok. Ia nampak bertingkat - tingkat. Tapi kena hati-hati bila mandi di sini kerana batu-batunya agak licin..
Antara pengunjung yang melawat ke Pulau Herba , Kenyir
Ni adalah antara rumah banglo yang terdapat di sini. Rumahnya agak selesa. Semua kemudahan seperti dapur gas, periuk nasi, peti ais , tv, astro di sediakan. Anda cuma perlu membawa makanan mentah sendiri untuk di masak di sini. Barulah adventure sikit.
Kanak - kanak antara yang suka pergi ke tempat seperti ini. Taman Permainan juga ada disediakan di sini.
No comments:
Post a Comment