Monday, June 10, 2013

Jom kita ke " Khlong Hae Floating Market " Thailand


Kali ini kita akan singgah ke pasar terapung di Khlong Hae , Selatan Thailand. Pasar ini dikatakan telah dibuka pada awam pada bulan ogos 2008 . Apa yang menarik di sini adalah semua peniaga berniaga di atas sampan di sepanjang terusan Khlong Hae dan kebanyakannya adalah wanita Islam seakan-akan berada di pasar besar Khatijah Kelantan dan Kedai Payang Terengganu. Lokasinya pun adalah tidak jauh dari bandar Hatyai, Thailand. Bagi yang kali pertama sampai ke sini ianya suatu pengalaman yang sungguh menarik serta tidak ada di Malaysia. Nak tahu apa yang menarik di sini ..jom kita terokai gambar-gambar yang sempat saya snap di sana ..jommmm...



 tu dia kelihatan banyak sampan-sampan yang berlabuh di tepian



peniaga pun muda-muda belaka ..dah pandai berdikari. jual apa tu dik  ..



masing-masing dengan fesyen tersendiri serta daya kreativiti masing-masinguntuk menarik pelanggan


amboii..amboi ..Cik adik nie sempat lagi berposing tuu..nak masuk blog beladauseri ka. bukan senang nak dapat publisiti free dalam blog beladauseri nie.



Tidak kurang juga makcik-makcik yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan ini dengan resipi yang tersendiri ..lemang ke tu ..memang steady lah



yang ni pulak sedang menggoreng kentang goreng di atas perahu . Tong gas pun ada kat belakang



waa..bestnya air kelapa muda di jual dalam bekas tuu..boleh try nie



macam-macam jenis air minuman ada dijual 


yang nie jual pisang goreng ke tuu...baik-baik nanti jatuh dalam air


cantik bekas-bekas minuman yang disediakan ..pelbagai bentuk." rare " nie

Berposing skali kat sini sebelum balik ..kat sini memang best dan " recommended " bagi yang sukakan hobi jalan-jalan cari makan 



Kelihatan 2 orang gadis Malaya  yang senyum bila gambarnya di ambil oleh cameraman . Seronok agaknya bila sampai kat sini. Mesti banyak nak shopping tuu..



perrgh..penuh gaya tradisional pakcik nie 



marii..marii..marii....macam-macam ada ..



sambil berniaga boleh lah sembang-sembang dengan orang sebelah ..


Beginilah kemeriahannya setiap malam di sini . Kebanyakan pengunjung yang datang ke sini adalah orang Malaysia ..


ahaa apa nie ....nie adalah serangga yang telah di goreng ..ada sapa-sapa berani 



yang nie ..cuba teka buah apa ? nak kata buah durian bukan ..


Sebelum balik ..bolehlah beli mana-mana T-shirt yang berkenan di hati buat kenangan  ..





pelbagai cenderamata pun ada di jual di sini . tak tahu nak pilih yang mana satu


 yang ni pulak penulis sempat mengambil gambar di sini pada waktu petang . Pakcik nie maintain lagi lah



Banyak makanan tuuu ..macam - macam jenis sosej ada



cik adik jual kuih apa tuu ..warna warni lah .



woww...terliur tengok udang galah saiz XXL ..


waa..sotong bakar pun ada di sini bagi yang sukakan makanan laut ..okeylah cukup dulu setakat ini yang sempat penulis kongsikan bersama anda melalui foto-foto yang sempat di ambil di sini. Apa yang menariknya di sini ialah suasana peniaga yang menjual makanan di atas perahu di tepi sungai adalah suasana yang jarang-jarang kita boleh temui di Malaysia dan kebanyakan yang berniaga adalah golongan wanita . Mungkin kita boleh mencontohi cara mereka berniaga secara  kreatif ini dan dikembangkan di Malaysia  suatu hari nanti.





Sunday, June 9, 2013

Bersantai di Restoren Terapung , Thailand


Jumpa lagi ..kali ini kita akan singgah di suatu tempat untuk berehat serta menjamu selera di restoren terapung di Selatan Thailand . Nak tahu macam mana rupanya jom tengok gambar-gambar di bawah nie ..

tu dia suasana yang memang klasik tetapi sudah agak uzur sedikit


skali skala berposing dengan rakan-rakan seperjuangan





aiiikk ..ada jugak pelawat wanita yang kali pertama sampai ke sini ..sungguh teruja nampak tuu..




Inilah gaya retro Zuhal Nakhoda ..sorry lah pemandangan di belakang agak klasik



orang lama kelihatan santai sahaja