Showing posts with label milford sound. Show all posts
Showing posts with label milford sound. Show all posts

Monday, November 28, 2011

Mengimbas Kembali : Milford Sound, New Zealand ( part II )


Cuti persekolahan sudahpun bermula dan ramai yang mula untuk merancang tempat percutian masing-masing. Ramai yanag merancang untuk ke Eropah, Asia Timur , benua selatan dan sebagainya.  Atas permintaan ramai ada yang mahukan saya mengabadikan kenangan manis lalu semasa bercuti di New Zealand pada tahun yang lalu.  Untuk tidak menghampakan hasrat tersebut, saya upload kembali antara gambar-gambar menarik dan ekslusif yang tidak pernah dipaparkan untuk paparan umum serta panduan . Kalau nak tahu semua gambar-gambar ini telah di ambil di Milford Sound dan sekitar Homer Tunnel  di musim panas. Kata orang" the things speak by its picture " ..So ..jom kita tgk foto-foto ekslusif di bawah   untuk paparan bersama.. ( Foto-foto ini adalah tertakluk kepada hakmilik dan rekacipta Beladauseri Photography )





Perjalanan kami ini untuk sampai ke Milford Sound kena melalui beberapa bandar - bandar kecil dari Queenstown. Antara laluan kami adalah Queenstown - Kingston- Lumsden - Mossburn - Te Anau - Fiordland National Park - Milford Sound.Di sepanjang perjalanan tersebut, pelbagai bentuk muka bumi telah kami lalui dan ianya sungguh menakjubkan. Kalau nak tahu lebih kedudukannya bolehlah tengok dalam peta yang telah saya upload di atas. Kali ni kami pergi dengan menaiki van sewa sahaja dan saya memandunya sendiri.


Sekarang saya berada di jeti untuk menaiki cruise ke sekitar Teluk di Milford Sound, New Zealand.  Backgrond di belakang adalah yang original dan unedited  yer..moment pun pada masa nie memang berkabus..



 Tidak lupa Cik Nabihah dan Faiq sudah bersedia untuk menaiki cruise di belakang tuu..



2 orang pelawat dari Malaysia pun bersedia untuk menaiki cruise ni . Pelawat berbaju pink tu sedang mendukung anak kecilnya..hebat-hebat..kata orang Malaysia Boleh..tak perlu nak tunggu umur anak-anak besar baru nak pergi kes sini..



Nie macam sesi penggambaran yang hebat . Satu-satunya model terpilih dari Malaysia untuk bergambar di sini ..semuanya ditanggung oleh penaja ..



Antara model cruise yang terdapat di sini. Cruise ni memang selesa ..macam 3 bintang dan ada aircon



Nie pun model cruise yang lain pulak..jadi boleh pilihlah nak naik yang mana satu

cepatlah  abah .....saya dah tak sabar lagi ning nak naik cruise  tuu..



sebelum kita naik cruise nie ..berposing sekali lagi untuk wat balik Malaysia



Sepanjang perjalanan menaiki cruise ni, kita akan melihat air terjun yang keluar dari tepi kaki gunung..kalau kat Malaysia air terjun ada di dalam hutan tetapi di lain pulak ..tengoklah sendiri ..Di sini juga dikatakan antara salah satu dari 8 keajaiban yang ada di dunia ini..


   
Kat sini pun ada anjing laut macam dalam citer Discovery Channel .. Tak tahulah binatang nie panjat macam mana..yang penting kita boleh tengok " live "



Suhu pada masa nie agak sejuk sikit ..tapi sajer pakai t shirt ..nak rasa angin kat teluk nie..tempat nie memang sangat cantik ..tambah pula berkabus..



Wah..hebatnya ..tak takut ker bawak anak kecik tu naik cruise ...pegang kuat-kuat nanti jatuh plak..



Cik Najla bersama ibunya 




Gaya Zuhal Nakhoda di New Zealand .aku dengan gayaku  tersendiri...



Kat sini adalah tempat untuk berehat dan minum coffee untuk para pelawat yang ingin menaiki cruise



Kelihatan seorang anak muda yang tampan bergaya bersama cameranya.Saya suka melihat pokok-pokoknya yang menarik yang terdapat di sini.



Sini adalah pergunungan Homer ..Lihatlah kabus di belakang saya ... Kalau musim salji kawasan nie memang ditutup untuk laluan awam kerana ianya akan penuh diliputi salji tebal..



 " I was here....what amazing place." kata faiq



Nie adalah baki salji yang masih membeku ..lihatlah betapa besarnya salji tu dengan kita ..



kelihatan tinggalan salji yang sedang mencair di musim panas....kalau nak tahu betapa sejuknya ais tu bolehlah pergi kat situ ..



Di sepanjang perjalanan ini, kami sempat berjumpa dengan seekor burung yang aneh dan cantik..tak tahu lah burung nie nama apa..



jinaknya burung nie ..kalau buat balik Malaysia best nie..boleh tambah koleksi burung..



Sebelum pulang, kami sempat berposing untuk kenang-kenangan dan pengalaman di sini tidak dapat  dilupakan.



Semasa dalam perjalanan pulang, kami terjumpa dengan bunga lavenda yang tumbuh di kaki gunung di sini ..Ini merupakan kali pertama kami jumpa bunga ini yang tumbuh melata dan mempunyai pelbagai warna disepanjang perjalanan kami ke Milford Sound dari Queenstown..



Cik Najla sedang berposing dengan bunga Lavenda di kaki gunung


Cukuplah setakat ini post yang masih mengimbau kembali kenangan lama buat rakan-rakan. Moga foto-foto ini dapat membantu mereka yang bercadang untuk travel ke New Zealand. Kata orang mengembara ke negara orang untuk melihat keindahan ciptaan Allah dan menambahkan ketaqwaan kepada penciptanya.
 

Sunday, February 6, 2011

Menjejaki Milford Sound. New Zealand


Kali ni kita akan pergi menjejaki Milford Sound pulak. Suatu tempat yang cukup menarik di New Zealand. Kat sana agak sejuk sikit walaupun masih lagi " summer ".So..kenalah pakai baju tebal sikit..macam kita nie lah...Apa lagi..Jom kita tengok apa yang menarik kat sana...Jom..Jom..



Nie adalah terowong " Homer " . Terowong ni di buat di atas gunung . Kalau nak pergi kat Milford Sound kena lalu terowong nie dulu. Kalau kat sini macam terowong karak. Tapi yang ni di buat atas pergunungan. Hebat jugak teknologi diorang...



Yang ni adalah salji telah membeku di musim panas. boleh lah tengok lagi salji di musim panas nie... kat atas tu adalah kabus ...



Wah..kecik - kecik dah sampai kat pergunungan ....baby nie ( najla )  baru berumur 8 bulan...so sapa - sapa nak pergi sini kena tahan mental dan fizikal..macam ibu nie...kata orang nak seribu daya...dan yakin boleh...syabass...



sepanjang perjalanan , eden terjumpa  2 ekor lebah yang sedang mencari madu...so apa lagi shoot kejap..



 Nie adalah jeram kat sini..cantikkan anak sungai dengan pokok - pokok yang kehijauan..tapi air kat sini sejuk giler..nak mandi pun tak tahan...





Ber style tu..pengembara dari Malaysia baru menjejaki Milford Sound..


Subhanallah....Cantiknya pemandangan di kaki gunung ...ada tasik pulak di keliling gunung tuu....



Nie pulak adalah pintu masuk ke jetty kalau nak naik cruise...jom kita masuk ke dalam pulak..kita tengok apa ada kat dalam ..." Kio Ora"  adalah bahasa maori...maknanya  Selamat datang ..


Ni lah rupanya kapal cruise yang bakal kami naik untuk melihat keindahan alam di sekeliling kawasan nie..perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih...kat belakang pun dah menarik ..ada gunung ganang..berkabus pulak tu..



are you ready for the journey....Follow me.......





Nie lah gambaran gunung ganang yang ada kat sini..kalau musim salji kat atas tu semua putih ..masa ni musim panas bolehlah nampak hijau - hijau lagi..



cantik pemandangan..macam dalam filem Juraissic Park...


Wah..wah..faiq dah jadi macam kapten kapal tu...hebat..hebat...



Wah..that 's my girl...all pinky...



Kami sempat melihat anjing laut yg sedang berehat ..waa..relax jer diorang ...macam dalam filem National Geographic ..



Nie adalah air terjun yang turun dari gunung...suatu pemandangan yang jarang-jarang kita lihat dan jumpa..



Naik cruise ni best giler....boleh tengok gunung ganang sekeliling kita...tempat ni dah macam kat dalam filem 
" King kong " ..natural ...


 nie kalau tahu ..orang panggil bunga Lavender ...bunga nie hidup subur di kaki gunung..tengoklah warnanya yang menarik...kalau buat filem bollywood kat sini pun menarik...Okey setakat nie dulu untuk dikongsikan bersama pengalaman mengembara ke Milford Sound..nantikan post yang lain pulak...