Monday, May 9, 2011

Forbidden City , Beijing

Forbidden City of Beijing
Kali ini krew Beladau  Seri berkunjung pula ke Beijing, Repunlic of China . Antara tempat yang sempat kami ziarahi lawati adalah " Forbidden City " atau pun orang panggil Istana Larangan. Istana purbakala ini agak unik kerana lain dari yang lain. Tempatnya agak luas dan mempunyai rekabentuknya tersendiri . Kalau nak tahu lebih dekat ...Jom kita pakat tengok foto - foto menarik yang sempat dirakam di sana. Kalau yang berhajat hendak ke sini boleh lah tengok gambar - gambar nie yer... .Jom..Jommm...


Ini adalah gambaran Forbidden City dari luar.. Sekelilingnya ada parit air yang besar dan temboknya yang tinggi. Mungkin pada masa ni arkiteknya sengaja membuat Istana yang dikelilingi oleh air untuk tujuan pertahanan dan keselamatan.


Di sini adalah pintu nak masuk ke Istana Larangan . Kat sini memang ramai pengunjung tempatan dan luar negara .Nak tahu macam mana rupanya di dalam Istana nie..Jom..ikut kami.... 


Ni adalah suasana di dalam Istana Larangan. Besar tempat nie..kalau tidak tahu jalan boleh sesat dalam istana nie..


Masa ni adalah musim summer..kalau winter penuh salji kat sini kot..


Cantik dan antik pintu gerbang nie..


Wah...Faiq pun dah sampai kat Istana Larangan nie..bukan main happy dia..


Lihat lah terbentang luas Istana Larangan nie..kalau masa dahulu kala mesti penuh pahlawan-pahlawan dan gundik - gundik  kat dalam istana ini.


Wah...mother dan baby nie ( Najla )  pun nak berposing kat Istana Larangan nie..Tahu ke baby tu dia kat mana nie...Tak pe lah bila dah besar nanti baru dia tahu kot..


Dataran dalam istana larangan


Nie adalah istana utama maharaja..di kawal ketat oleh pahlawan baju hijau nie..


lagi pintu gerbang dalam istana ..semua warna merah lah...


Nie adalah pintu keluar istana larangan ..


Berposing kejap di luar Istana sebelum balik ..kat luar pun ramai jugak orang..tdk putus - putus..so..kalau Anda membawa anak-anak kecil pastikan kena pimpin tangan anak-anak tu sepanjang masa...


Wah..kami sempat melihat tempayam besar dan antik di dalam istana ini..tdk tahu lah berapa ribu tahun umur tempayan nie..kalau sesiapa nak mandi bunga  dalam tempayam nie ..best jugak ..


lapangnya di dalam istana ....


Tiba - tiba dalam kunjungan kami, Faiq sempat berfoto dengan pengunjung berpakaian tradisi budaya dia ..peminat lah kot...tapi faiq tetap " kool"  jer tu..


 
Nie  adalah simbolik dalam istana nie..so ..tengok sedirilah..


Pokok ni  sangat unik dan jarang-jarang kita lihat..dahannya berlingkar-lingkar tuu..tak tahulah berapa umur pokok nie..


Ni adalah seorang rakan yang sempat berposing dengan faiq ..kata orang nak tumpang tuah kot...haa..ha..


Ni adalah bangunan muzium berhampiran dengan Dataran Tienmen..kat sini orang berbasikal adalah pemandangan biasa ...untuk kesihatan dan awet muda kot...



Kami sempat berkunjung ke Masjid Niujie di Beijing. masjid ni adalah antara masjid lama di sini . Rekabentuknya masih lagi mengekalkan tradisi China dan penuh ukiran-ukiran Cina. Biasalah masjid mengikut sosio budaya di sini... Kalau kat sini lainlah pulak ukiran dan rekabentuknya..


Ni adalah susana di dalam kawasan masjid Niujie..tenang jer jiwa bila berada di dalam masjid lama di sini..


Ni adalah antara muslim warga tua yang sempat kami temui di masjid ini..nampak warak jer diorang ..tapi peramah bila kami bagitau kami dari Malaysia..


Krew Beladau Seri sempat berjabat tangan dengan penjaga masjid ini....tidak kira dimana dan apa jua bangsa ..KITA adalah bersaudara ...Salam Perantauan  2011..


Nie adalah ukiran dan rekabentuk Masjid di China. ..Ok lah setakat ini dulu ..nantikan post-post yang lain pulak yang lebih menarik di Beijing nanti...kata orang  " Sharing is Caring  " .





                    





No comments:

Post a Comment