Monday, May 23, 2011

The Amazing Great Wall Of China. Menjejaki Keajaiban Dunia di Tembok Besar China

Kali ni kita menjejaki pula kesan peninggalan sejarah di negara China iatu Tembok Besar China. Kalau nak tahu penjang tembok besar ni adalah lebih kurang 5,6660 km bemula dari tebing Sungai Talu di Timur hinggalah ke Gunung Tianshan di sebelah barat. Bayangkan lah berapa lama orang dahulu kala membina tembok besar ini. Sebab itulah kat sini juga dikenali antara salah satu dari 7 keajaiban di dunia pada suatu masa dahulu...Apa - apa pun bagi yang tidak pernah sampai lagi ke sini, jom tengok gambar-gambar yang sempat saya snap semasa kat sana..


Lihatlah binaan batu batan yang dibina oleh orang Cina dahulu kala. Kemas dan teratur ajer kan


 Ni adalah pemandangan yang diambil dari Tembok Besar China. kat belakang tu pun ada tembok besar .Panjang dan berlingkar-lingkar ..


Jom kita tengok apa ada kat atas pulak ....


Beginilah keadaannya setiap hari....ramai ajer pengunjung samada pengunjung tempatan dan luar negara ..kat sini kalau nak exercise naik dan turun tangga kat sini lah tempatnya..


Yang nie adalah kubu di sekitar Tembok Besar China 


Yang nie adalah kota-kota lama peninggalan dahulu kala



Nie adalah antara kota dan kubu yang terdapat di Tembok Besar China


Wah...kecik-kecik dah sampai kat Tembok Besar China. Boleh ke naik ke atas tuu..tengok tangga tinggi-tinggi tuu...Kalau nak tahu faiq sebenarnya dah berjaya sampai ke atas yer..macam pengunjung-pengunjung yang lain...Tahniah.! Tahniah !


yang nie pun adalah pemandangan dari atas..cuba tengok tembok-tembok yang dibina di tepi lereng-lereng gunung tu...macam manalah orang dahulu kala terfikir nak buat tembok macam nie..Tapi kata orang tidak ada yang " Mustahil ". Jika ada kemahuan dan usaha semuanya boleh berjaya ..

Semasa sampai kat atas, Faiq sempat berposing bersama - sama Pengawal dan penjaga Tembok Besar nie..Diorang " sporting"  jer bila ambik gambar..kalau tak percaya ..Cuba tengok..


Yang ni pulak, Cik Najibah juga berjaya sampai ke atas Tembok China  . katanya " Peace " ..kalau nak turun kena hati-hati yer .tangganya curam jugak...


Bila dah sampai sini kalau tak beli cenderahati memang tidak sah...


Berposing sekejap di Tembok Besar China sebelum balik Malaysia


Kalau nak naik tangga nie sampai ke atas , anda kenalah sihat tubuh badan dan fit untuk aktiviti ini.


Ni adalah antara Replika Pahlawan Cina yang menjaga Tembok Besar China ni pada suatu masa dahulu


Opps..yang nie pulak adalah Pahlawan masa kini yang menjaga Tembok Besar ini dari musuh-musuh


Satu Malaysia...saya dah berjaya sampai ke Tembok Besar China



Nie adalah antara pengunjung Malaysia yang sempat berposing di kaki Tembok Besar China. Bergaya sakan nampaknya ...

Tak kurang hebat jugak makcik nie..Dah berumur pun masih lagi kuat dan gagah naik Tembok Besar China ..Apa petuanya nie.??.

Nie adalah antara rombongan dari Malaysia yang sama-sama dalam Beijing Tour  2011. Sebagai kenang-kenangan penulis blog ini abadikan foto ini di dalam blog ini .

2 comments:

  1. sukanya tenguk gambar kamu jejalan kat negara china..teringin gak nak gi ke negara ni tapi hb tak nak gi.

    ReplyDelete