kali nie kita akan jelajahi Queenstown pulak. mcm best ajer buah cherry kat atas nie..fresh ..
kalau datang kat sini tempat yang pertama kena pergi adalah " I Sight " . Kat sini semua maklumat pasal Queenstown dan tempat2 nak melawat boleh dapat kat sini. Kalau tdk percaya tgk kat belakang tu...semuanya Free...boleh ambik banyak2 ..Caya lah faiq...dah mcm pelancong tu..promote apa tuu...
Suasana tenang dan damai di tepi teluk Queenstown di waktu senja. nampak gunung ganang kat belakang tu... Nie kalau buat cover majalah ada can menang nie...ha..haa...
nie adalah queenstown city. kecik aje bandarnya. Roundboard pun guna line putih ajer.so kena pandai-pandailah drive kat sini. kat dlm bandar ni kelajuan dibenarkan dlm 30km - 50km ajer. So semua kenderaan jalan slow2. sebab tu lah jarang ada accident kat sini...kat belakang tu adalah gunung2..sori tdk tahu nama gunung apa..
yang nie adalah kedai shoping. sapa ada duit lebih bolehlah mai sini. Nak beli bangunan nie pun tak pa..cantik design bangunan nie.
Kat sini adalah tempat orang menjamu selera. Waktu petang - petang penuhlah kat sini. tempat lepak sambil borak-borak. Orang kat sini bersih2. mana ada sampah - sampah kat sini. Oppps...Model ni terlupa pulak nak simpan botol susu tu...tak pe ..promote botol susu jenama Malaysia pun boleh lah...
besaunya burger ..boleh habis ke tuu...kat malaysia susah cari burger saiz mcm nie...
Termenung kejap....nak ode apa nie ye...kat sini mana ada nasi dagang , nasi ayam , nasi berlauk , tomyam , char kuey teow....
Bagi peminat teddy bear ..kat sini ada byk jugak jual benda macam nie..pilihlah yang mana suka. kalau nak buat teman tidur...
hai ...sempat lagi posing kat bot laju nie...tak pe nanti boleh cuba ..mintak FAMA sponsor..
Are you ready ....YES! YES ! Kita boleh lakukannya....
Yang ni nak jadi anak orang putih jugak ke...nampak berminat org putih nie kat baby nie...mak dia boleh bagi ke nie..
Wah...nie lah rupanya bot laju. laju giler..dlm 80km per/jam..melambung-lambung atas air..yang kecik2 pun naik jugak...Tak pe..Yakin Boleh...Malaysia Boleh...
Kat sini petang - petang nilah aktiviti org - orang kat sini masa musim panas... Suka berehat kat tepi pantai sambil berborak- borak..susana dingin ajer kat sini walaupun musim panas..panas kat sini lain dari yang lain..
Kapal klasik berlabuh...mcm kapal titanic..
Menanti waktu senja..cantik pemandangan bila matahari nak jatuh...
sekali sekala nak jadi model jugaklah...amacam ada ok tak..??
Antara Pelancong muda yang datang kat Queenstown. Pasal apa dok tengok kat atas. Ada apap-apa ke kat atas tu.......
Ni lah rupa Queenstown city pada waktu malam.. meriah jugak..
Pemandangan di sekitar Queenstown. cantik dan menarik...ok ..nantikan post yang lain pulak ..masih lagi di sekitar Queenstown...
No comments:
Post a Comment